Thursday, May 4, 2017

Bolehkah Letak Nama Isteri Dalam Geran Rumah Yang Masih Ada Pinjaman Bank? Ini Penjelasan Dari Peguam Hartanah

Dalam berumah tangga, sudah pasti ada di antara pasangan di luar sana yang mempunyai aset, sama ada rumah, atau kereta. Semasa bersama, ianya digunakan secara bersama-sama, tanpa ada masalah.




Namun begitu, sekiranya isteri, ingin meletakkan namanya sekali, di dalam geran rumah, yang mana masih lagi dalam pembiayaan pihak bank, adakah ianya boleh?

Menerusi penjelasan dari seorang peguam hartanah, iaitu saudara Salkukhairi Abd Sukor ini, kita boleh mengetahui akan apa yang mungkin boleh dilakukan oleh isteri, atau adakah cara lain yang membolehkan isteri juga mendapat hak akan rumah tersebut.


Iklan


Mari kita baca panjelasan dari peguam ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

MACAM MANA NAK LETAK NAMA ISTERI UNTUK RUMAH YANG MASIH ADA LOAN BANK?

Saya selalu jugak terima soalan macam ini:

Tuan,

Dulu masa beli rumah, letak nama suami saya seorang sahaja. Loan pun atas nama suami. Saya bimbang kalau suami kawin lain nanti rumah tersebut tak dapat kepada saya.

Boleh tak kalau saya nak mintak suami letak nama saya juga dalam geran rumah tu sedangkan rumah tu masih ada loan dengan bank lagi? Kalau boleh, macam mana caranya?


Iklan


Jawapan saya :

Sebelum suami puan boleh pindah milik kan sebahagian atau semua bahagian daripada rumah tersebut kepada nama puan, suami puan hendaklah terlebih dahulu buat penyelesaian penuh terhadap baki hutang rumah tersebut dengan bank, sama ada melalui simpanan tunai yang beliau ada atau dengan cara beliau menjual rumah tersebut kepada puan dan puan buat pinjaman bank untuk beli rumah tersebut daripada suami.

Setelah penyelesaian penuh dibuat, bank akan serahkan geran kepada suami puan. Suami puan hendaklah mendaftarkan permohonan melepaskan gadaian di pejabat tanah.


Iklan


Selepas itu barulah pindah milik kepada nama puan boleh dibuat sama ada sebahagian atau kesemuanya.

Cuma, walaupun nama puan tidak ada dalam geran, itu tidak bermakna puan tiada hak ke atas rumah tersebut.

Sekiranya rumah tersebut dibeli ketika dalam masa perkahwinan, rumah tersebut dianggap sebagai harta sepencarian. Dan sebagai isteri, puan layak menuntut rumah tersebut sebagai harta sepencarian seandainya ditakdirkan puan bercerai atau suami meninggal dunia, walaupun nama puan tiada dalam geran.


IKlan


Jadi puan tak perlu risau sangat lah tentang perkara tu. Yang puan perlu risaukan adalah bagaimanakah cara untuk pastikan nama puan sentiasa ada di dalam hati suami puan.

==============================================


ANDA INGIN IKLANKAN DAN VIRALKAN PRODUK ATAU SERVIS ANDA SEPERTI INI??

WHATSAPP SEGERA KE:

+6011-11966553
+6011-11966553
+6011-11966553


KAMI MEMPUNYAI MEDIUM ONLINE SEPERTI
INSTAGRAM,FACEBOOK DAN BLOG
YANG MAMPU VIRALKAN PRODUK DAN SERVIS ANDA!





No comments:

Post a Comment