Wednesday, March 29, 2017

Masuk Dalam Bubur Atau Dalam Dubur, Lepas Ini Jangan Tersilap Pula, Ini Apa Yang Ibu Bapa Harus Tahu

Sudah menjadi kebiasaan buat kita, kalau dapat ubat mestilah kena makan, tidak kira buat anak, atau dewasa. Tapi, bagaimana pula, kalau sudah bagi makan, masih tidak elok-elok juga, salah makan, atau salah cara.



Menerusi perkongsian dari ahli farmasi, iaitu saudari Maryam Jamilah ini, terdapat ubat yang mana, ia tidak semestinya dimakan, atau melalui mulut, tetapi dengan cara lain. Macam mana tu?

Mari kita ikuti perkongsian darinya, untuk mengetahui lebih lanjut, lebih-lebih lagi ubat buat anak-anak.



UBAT JANGAN SILAP MASUK KE BUBUR

"TIPU BETUL ubat hospital bagi ni. Kenapa makan, tapi tak baik-baik? Makan dah ikut cara yang betul dah macam cik farmasi ajar. Masuk dalam bubur. 4 kali sehari atau apabila perlu" 

Nampak macam lucu kan? Tapi itu lah hakikatnya. Kisah benar. Umie saya seorang jururawat (sekarang dah matron agaknye). Ada pesakit mengadu tak kebah-kebah tapi makan dah ikut seperti yang diajar. 



Bila tanya macam mana, dia kata masuk ke dalam bubur dan gaul sampai larut lepas tu makan. Bertukar hijau muka jururawat. Salah bagi arahan ke ni? Ke pesakit salah dengar?

Itu kes orang dewasa. Kadang-kala, baby dan juga kanak-kanak akan diberi ubat seperti ini (suppository atau singkatannya supp) terutama kalau demam terlalu panas, dan sukar untuk kebah kalau diberi minum sirap paracetamol. 



Apa anda perlu tahu?

1. Dos

Dos supp paracetamol tak sama macam sirap paracetamol (Ubat Demam Anak Salah Dos?) iaitu 30-40mg/kg. Jadi kalau berat anak anda 9kg, dos sepatutnya adalah 270mg-360mg, akan tetapi kebiasaannya akan diberikan supp Paracetamol 125mg atau 250mg

2. Cara penyimpanan

Tidak digalakkan simpan dalam peti sejuk sama seperti sirap paracetamol. Tetapi misalkata terlalu panas, dan ubat macam mencair, boleh masukkan 1-2 biji standby dan keluarkan bila nak guna (basahkan sedikit dengan air supaya licin). 

Reminder, jangan masukkan ubat yang sejuk terus ke dalam dubur anak ye. Kesian baby, terkejut badan dia.

3. Lap dengan tuala basah

Supp paracetamol cepat menurunkan suhu badan anak, tapi cepat juga suhu naik kembali. Misalkata dah masukkan ubat, tak lama selepas itu panas semula, mohon lap dengan tuala basah. Jangan berikan ubat lagi (sirap atau supp) selagi belum sampai jarak minima 4 jam, atau akan ada kebarangkalian keracunan paracetamol.
.
4. Pastikan cara pemberian yang betul

Yang paling penting sekali. Ingat. Ubat suppository dimasukkan ke dubur, bukan dicampur dengan bubur dan dimakan.

Jadi, selepas baca artikel ni, teringin lagi nak TERmasukkan ubat dalam bubur tak?



Notakaki : ubat paracetamol kadangkala ditukar kepada diclofenac, tetapi fungsinya untuk anak yang demam adalah sama.

‘Sampai Bila Nak Jadi Pengotor?’ – Realiti Tinggal Di Rumah Pangsapuri

Kebersihan di kawasan rumah pangsapuri mahupun flat ini kerap menjadi topik hangat meniti di bibir orang ramai. Mungkin kerana sikap mementingkan diri sesetengah pihak, mereka yang lain terpaksa tinggal dalam persekitaran yang kurang bersih.

Baca berikut ini perkongsian dari Chef Wan berdasarkan pengalamannya ketika sesi rakaman yang beliau telah kongsikan di instagramnya:



ADA YANG BALING TV DARI ATAS!!


While filming at kawasan Aras Damansara rumah Pangsa i captured this image of garbage bersepah di bawah flat.
The drain were also choked by sampah sarap everywhere.
I was told ada penghuni yg lempar TV rosak dari atas pun ada!

Its shocking.
This area also have huge problem with Nyamuk Denggi.
Itu belum lagi hal2 tikus dan lipas lagi and its disgusting and revolting.
Terus terang saya kata kan saya jarang sekali dapat melihat kawasan2 rumah2 orang2 yg susah didalam keadaan begini.



Kesian sungguh dgn manusia2 yg bersih terpaksa tinggal sebumbung dgn manusia2 yg pengotor ni semua.

Eeee kita orang Islam sejak kecil tak di ajar kebersihan diri bermula dari mengambil wuduk dan segala mandian?
Why have we become some filthy and irresponsible human beings to societies?
I had a tough and poor lifestyle too growing up but hari2 saya sapu sampah di keliling rumah.



JANGAN JADI PENGOTOR!!


Even now in my garden satu helai daun mati jatuh ke kawasan taman rumah saya akan saya usaha mengutipnya.
Kemiskinan is not a reason for kita untuk menjadi manusia yg kotor dan jijik sebegini.
Its an eye sore and so in hygenic.
I spoked to some local people there just now and was told all this politics going on with Kerajaan wilayah dan State sehingga tidak boleh di selesai and our government have no money and the contractors all stop cleaning now!
How can people live with this mountain of thrash as its not safe and unhealthy.
What i saw was shocking.



Ini one area sahaja.there more!
Tu la bila hidup bermasyarakat begini dan kita tidak boleh sama2 membantu membersih kan kawasan masing2 and yr kaki litter pulak tak kisah ni la jadinya.
That why this country need to pass law like Singapore!
Berbuih cakap kan esok balik to square one.

Jika saya jadi Menteri mati saya kerja kan manusia2 pengotor ini!
Our country social issues is getting from bad to worse these days.
May be JAWI should hunt for this pengotor and jail them!


Sumber: Instagram/Chef Wan

‘Maafkan Saya Ibu, Ampun Saya Ayah’ – Mangsa Rogol

‘Maafkan saya ibu, ampunkan saya ayah’, itulah luahan gadis berusia 23 tahun melutut di hadapan kedua orang tuanya setelah didakwa menjadi mangsa rogol oleh majikannya sendiri di Oman, Arab Saudi dua tahun lalu.



Gadis kampung yang berasal dari negara seberang ini berkata, dia bekerja sebagai tenaga kerja wanita di negara itu semata-mata untuk membantu keluarganya yang hidup susah di kampung.

Mangsa ditempatkan dengan majikan yang dikenali sebagai Khaliq Saidi, akan tetapi keadaan menjadi pilu apabila mangsa diperlakukan seperti hamba hingga dirogol berkali-kali dan mengandung.



Tak tahan dengan perkara itu, mangsa kemudian lari dan membuat laporan di kedutaan Indonesia di Oman. Gadis itu kemudian di hantar balik ke Indonesia dan sampai ke kampung halamannya pada 18 Mac lalu.

‘Saya sangat sedih melihat keadaannya, dia telah meminta maaf kepada ibu bapanya kerana balik dalam mengaibkan’ memetik dari sumber.



Menurut sumber yang sama juga, mangsa sebelumnya dipaksa oleh suspek untuk menggugurkan kandungan yang sudah pun berusia 8 bulan. Namun, mangsa menolak dan melarikan diri dari rumah majikannya itu.

Bagaimanapun, ibu bapa mangsa meminta bantuan bagi mana mana pihak yang mampu untuk menuntut keadilan terhadap anak gadis mereka.

Beza Orang Cerdik Dengan Orang Bangang, Kau Bezakan Farah Elmo Dengan Natasya Qisty

Jika sebelum ini, netizen sentiasa memberikan perhatian terhadap gerak-geri instafamous, King Coco. Namun, boleh dikatakan perhatian netizen itu sudah beralih arah dan digantikan dengan wanita yang dikenali sebagai Farah Elmo atau Mami ini.



Semenjak itu, populariti King Coco dilihat semakin berkurangan berbanding dengan sebelum ini.

Setelah aksi Mami menari semasa menggunakan aplikasi Bigo Live menjadi tular, Mami telah memuatnaik status ke laman Facebook menerangkan perkara sebenar mengenai video terbabit.



Menurutnya, video tersebut dimuatnaik semasa beliau menyertai pertandingan melawak dan merupakan sebuah aksi spontan.

Status itu bagaimanapun telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan di antara yang menarik perhatian adalah komen yang ditinggalkan oleh Siti Norbaizura.

Setakat ini, komen itu telah mendapat lebih 1,178 suka dan turut meraih perhatian daripada netizen lainnya yang bersependapat dengannya.

Buat yang tidak mengenai Natasha Qisty, dia merupakan seorang pelajar cantik yang mendapat keputusan SPM cemerlang baru-baru ini di mana kisahnya ditularkan media atas talian tempatan selepas ditemuramah oleh agensi berita BERNAMA.



Selepas menjadi tular, Natasya Qisty kemudiannya mengambil keputusan memadamkan segala akaun media sosial setelah teruk dikecam oleh netizen yang mencemburui kecantikan dan kepintarannya.

Mael XPDC Ditemui Tidak Sedarkan Diri Di Rumahnya

Vokalis kumpulan XPDC, Mael atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim telah dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor selepas ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya, lapor Utusan Online.



Menurut laporan portal berkenaan memetik sumber yang mahu dikenali sebagai Mad Rox, penyanyi berkenaan kini masih belum sedarkan diri di wad kecemasan sementara menunggu rawatan selanjutnya.



“Saya mendapat panggilan dari hospital kira-kira pukul 11.40 pagi tadi memberitahu bahawa Mael telah dibawa ke hospital menggunakan ambulans.


“Difahamkan, Mael rebah ketika berada di rumahnya kerana keadaannya begitu lemah selepas tidak makan disebabkan sakit gout yang dihidapinya.



“Sekarang ini anaknya, Syed Israfil telah dimaklumkan keadaan yang menimpa ayahnya dan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Muar,” jelas Mad Rox yang merupakan kenalan rapat Mael.

Mad Rox juga memberitahu sepanjang beliau mengenali Mael, penyanyi itu tidak menghidapi sebarang penyakit serius selain gout.


'Semua Turun': Harga Rasmi Petrol & Diesel Dari 30 Mac Hingga 5 April 2017

Kuala Lumpur, 29 Mac - Harga runcit untuk petrol RON95 dan RON97 akan mengalami penurunan mulai tengah malam ini.



Harian Metro melaporkan, harga RON95 akan dijual pada RM2.13 seliter (turun 17 sen) manakala RON97 pula dijual pada RM2.41 (turun 19 sen) mulai tengah malam ini.

Diesel turut mengalami penurunan sebanyak 9 sen menjadikan harga runcitnya pada RM2.11 seliter.

Harga baru ini akan berkuat kuasa pada 30 Mac 2017 hingga 5 April 2017 selepas kaedah mingguan setiap Rabu dikuatkuasakan kerajaan berbanding secara bulanan sebeblum ini.

Sumber: Harian Metro


Mawar Rashid Dedah Hubungan Dengan Kekasih Untuk Elak Fitnah

Hubungan rapat dengan Raf Yaakob bukanlah rahsia lagi bagi Mawar Rashid yang dilihat begitu terbuka berkongsi status mereka berdua. Mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan lelaki itu, Mawar tidak pernah menjadikan status Raf yang merupakan duda kepada dua anak itu sebagai penghalang buatnya menyayangi lelaki terbabit.




“Buat masa ini memang saya berkawan rapat dengan Raf. Jadi, saya terbuka untuk memuat naik gambar bersama kerana tiada apa yang perlu disorokkan kepada umum, sekali gus bagi mengelakkan sebarang spekulasi tidak betul. Memang pada mulanya saya berhasrat untuk tidak memikirkan soal cinta buat waktu ini, namun jodoh dan pertemuan itu rahsia Allah”

“Saya pula dipertemukan dengan lelaki yang mempunyai pakej lengkap dan berasal dari keluarga yang baik. Memandangkan keluarga juga memberikan restu kepada kami untuk saling mengenali hati budi, saya berharap semua pihak mendoakan yang terbaik. Apa yang penting, Raf boleh membimbing saya di dunia dan akhirat,” jelasnya kepada Berita Harian Online.



Berkenalan sejak dua bulan lalu, Mawar menjelaskan bahawa beliau memang sengaja bersikap terbuka dengan peminat mengenai hubungan mereka bagi mengelakkan spekulasi yang tidak elok timbul. Jadi kini segalanya sudah terjawab, akhirnya hati Mawar sudah dimiliki, semoga hubungan yang terjalin berkekalan hingga ke jinjang pelamin.


"Saya Tidak Kisah Apa Orang Nak Cakap"

Menerima pelbagai kecaman dari peminat berikutan pergolakkan rumah tangga pelakon, Aqasha mengaitkan dirinya sebagai orang ketiga, Rita Rudaini enggan mengambil pusing mengenai perkara tersebut. Mengambil langkah selamat dengan berdiam diri, Rita tidak kisah jika namanya dikatakan pemusnah rumah tangga orang.




“Saya tak mahu komen apa-apa. Tak perlu saya panjangkan isu ini. Saya tak kisah apa yang berlaku dan apa yang diperkatakan orang. Saya tidak kisahlah apa orang nak cakap. Biarlah apa saja tanggapan orang terhadap saya. Apa yang penting saya fokus dengan apa yang dilakukan”




“Saya lebih fokus terhadap perkara yang dincintai. Kerjaya saya harus diteruskan dan apa yang saya mulakan tidak boleh terhenti begitu saja. Saya ada anak untuk dibesarkan,” jelasnya kepada Berita Harian Plus mengenai dakwaan dirinya menjadi orang ketiga.


Sebelum ini hangat diperkatakan isu rumah tangga Aqasha yang sedang bermasalah apabila isterinya memuat naik luahan resahnya. Lebih hangat lagi apabila nama Rita dikaitkan menjadi punca keretakan tersebut apabila perbualan mesra diantara Rita dan Aqasha tersebar.



Bagaimanapun Rita yang terkenal dengan ketabahannya memperjuangkan haknya percaya ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Buat masa ini, beliau lebih selesa memberikan fokus terhadap kerjayanya dan menjadikan fitnah yang dilemparkan sebagai kekuatannya.