Monday, April 17, 2017

Aidil Zafuan Berang Dengan Rita Rudaini Kerana Komen Biadap Ini?



Kita memang tahu persengketaan antara Rita Rudaini dan bekas suaminya yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan. Hubungan mereka tak pernah baik sejak disahkan bercerai pada tahun 2013.

Terbaru, Aidil Zafuan memuatnaik komen Rita Rudaini di laman Instagramnya. Dan komen itu memang ditujukan buat Aidil. Apa lagi, hangin la Aidil. Korang bacalah sendiri.




“Memang saya nak dia ketawa & happy

“Apa motif nak buat benda macam ni?



Admin pon tak pastilah apa motif Rita. Tapi orang cakap barang yang lepas jangan dikenang. Aidil pon dah move on kan. Rita pun why not move on kan?

Iklan

Iklan

Bagi Adik-adik Yang Pernah Melalui Kegagalan, Tidak Pandai Semasa Sekolah Rendah, Bukanlah Penghalang Untuk Berjaya Atau Menjadi Lebih Pandai

SPM Dulu Hanya 1A, Mohon Universiti Kali Ke 6 Baru Dapat, Berkat Usaha Beliau Kini Dalam Persiapan Sambung PhD.Setiap orang sudah ditentukan rezekinya masing-masing, ada yang dahulunya dilihat biasa-biasa apabila sudah meningkat dewasa menjadi orang yang berjaya.



Ianya bukanlah ketetapan semata-mata, semuanya datang dengan usaha mereka seperti yang telah dijanjikan, ''mereka yang berusaha pasti akan berjaya."

Bagi adik-adik yang pernah melalui kegagalan, tidak pandai semasa sekolah rendah, bukanlah penghalang untuk berjaya atau menjadi lebih pandai, ianya dibuktikan sendiri oleh saudara Wan Mohamed Syafuan apabila dia yang dahulunya pelajar biasa-biasa yang SPMnya hanya 1A kini sedang bertungkus-lumus membuat persiapan dalam peringkat doktor falsafah (PhD).

Jom kita baca sebagai inspirasi kepada mereka yang pernah gagal diluar sana.

Iklan


Tersepuh sinar matahari pagi tadi, dewan bertuah itu menjadi saksi, tertumpanglah aku di upacara keramat itu untuk suatu anugerah yang tidak aku mimpikan sebelum ini. Aku bukanlah budak pandai. Keputusan SPM aku cuma 1A sahaja. Kemudian, rezeki aku meneruskan pengajian ke Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS).

Pada awal aku di politeknik, aku jangka mungkin di situ institusi pengajian yang terakhir untuk aku menimba ilmu. Tiga tahun di politeknik dalam peringkat diploma banyak memberi pengalaman kepada aku. Setelah aku menamatkan pengajian di politeknik, aku pernah diejek oleh majikan syarikat tempat aku temuduga, gara-gara ‘CGPA’ diploma aku tidak setinggi mana.

Iklan


Setelah gagal memohon beberapa pekerjaan, aku nekad untuk menyambung pelajaran pada peringkat ijazah. Aku mula membuat permohonan setiap kali mana-mana IPT yang buka pengambilan pelajar baru. Namun, aku juga gagal dalam permohonan tersebut. Sebanyak enam kali permohonan aku tidak diterima oleh mana-mana IPT. Hinggalah permohonan aku yang ketujuh menemui kejayaan untuk menyambung pelajaran di UiTM Shah Alam.

Kisah aku di UiTM amat berlainan dengan ketika berada di politeknik. Tiap-tiap semester pasti ada saja ‘paper’ yang aku kena ‘repeat’. Pada awal aku dalam pengajian peringkat ijazah, ‘pointer’ aku cuma 2.50 sahaja. Istilah gagal sudah lali dalam hidup aku. Namun, berbaki dua semester terakhir aku berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan aku ‘graduate on time’ dan mendapat ‘CGPA’ lebih dari 3.0 iaitu Ijazah Kelas Kedua Tinggi. Dengan usaha dan tidak peduli apa orang kata pada aku, akhirnya aku berjaya ‘graduate on time’ dan mendapat Ijazah Kelas Kedua Tinggi pada tahun 2016.

Iklan


Pengajian peringkat ijazah belum cukup memuaskan hati aku untuk terus belajar dan berusaha. Aku melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana (Master). Aku cuma perlu menunggu dalam tempoh dua bulan sahaja untuk mendapat tawaran ke peringkat ini. Aku terima tawaran tersebut, dan meneruskan pengajian ke peringkat ‘Master’ dalam tempoh cuma satu tahun. Peristiwa tiga kali kemalangan jalan raya saat tarikh 'viva' tesis hampir tiba, sangat mencabar buat aku. Alhamdulillah, hari ini aku berjaya ‘graduate’ dengan ‘CGPA’ 3.50 bagi pengajian peringkat ‘Master’ ini.

Kini, aku sedang bertungkus-lumus membuat persiapan dalam peringkat doktor falsafah (PhD). Disamping itu, aku juga kini seorang tenaga pengajar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Iklan


Semoga aku diberi kekuatan untuk terus menuntut ilmu dan meneruskan pengajian ini untuk aku buktikan, gagal sekali bukanlah gagal selamanya. Untuk aku buktikan, istilah ‘budak poli’ itu bukan untuk dipandang enteng. Inilah kisah aku, dari poli menuju PhD.

Wan Mohamed Syafuan,

Johan Mahu Zizan Razak Kahwin Supaya Tahu Makna Kehidupan



Siapa tidak tahu hubungan akrab antara Johan Rajalawak dan Zizan Razak. Melihatkan Johan yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak pasti membuatkan Zizan juga tidak sabar untuk berkahwin. Malah Johan juga akui mereka sering berbincang mengenainya sehingga supaya Zizan dapat menemui makna kehidupan yang sebenar dalam perkahwinan.

Iklan


“Sebenarnya Zizan pernah beritahu yang dia kagum dan suka lihat cara saya yang berpakaian sederhana dan banyak melebihkan isteri serta anak-anak. Dia juga kata suatu hari nanti dia mahu jadi macam saya. Saya terus menasihati dia supaya berkahwin dengan cepat kerana selepas berkahwin baru dia akan tahu makna kehidupan yang sebenar”

Iklan


“Pada saya selagi dia tak berkahwin selagi itu dia tidak akan berfikir tentang tangunggjawab. Lagipun saya rasa dia sudah cukup bersedia dari segi ekonomi untuk berkahwin. Saya habiskan masa hampir dua jam dengan Zizan hanya bercakap mengenai perkahwinan malah sempat saya ceritakan perjalanan saya dan isteri,” jelasnya kepada portal Astro Gempak.

Bagi Johan, setiap individu yang berkahwin pasti akan bersikap lebih matang biarpun masih di usia muda kerana pengalaman berumah tangga itu sendiri banyak mengajar manusia menjadi insan yang lebih baik. Sebelum ini, Zizan pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti jelita seperti Juliana Evans, Emma Maembong dan yang terkini, Mira Filzah. 

Iklan

Orang Perak, Wajah Seiras Rossi

“Dia terkejut, saya pun terkejut,” itu kata Muhammad Izwan Kamal, 25, apabila bintang Moto GP, Valentino Rossi, memeluknya selepas mendapati wajah mereka seiras ketika sesi autograf di Litar Sepang, Oktober tahun lalu.



Mengimbas semula kejadian itu, Muhammad Izwan berkata, itu adalah kenangan manis dalam hidupnya kerana Rossi sanggup bangun memeluknya dan meminta untuk merakam gambar bersama.

Menurut Muhammad Izwan, sesi autograf itu tidak membenarkan peminat bergambar bersama pelumba Moto GP, namun dia antara yang bertuah kerana dipilih juara dunia sembilan kali itu untuk bergambar.

Iklan


“Dia terkejut dengan penampilan dan wajah saya sama seperti dia, saya juga terkejut kerana dia bangun dan memeluk lalu meminta untuk bergambar.

“Sebelum ini ramai yang mengatakan wajah saya mirip Rossi, tetapi menafikannya, apabila saya mengubah penampilan seperti Rossi sejak empat tahun lalu, ya memang ada sedikit sama,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Iklan


Menurutnya yang berasal dari Sitiawan Perak, dia juga mempunyai minat mendalam dalam sukan permotoran sejak di bangku sekolah dan mempunyai kafe dengan nama ‘46 Fans Cafe’ di Subang Jaya sejak setahun lalu.

Katanya, kafe berkonsepkan peminat Rossi 46 itu, disertai dengan trak makanan barat khususnya dari Itali, selain mempamerkan sebuah motosikal berkuasa tinggi mirip kepunyaan Rossi.

Gambar Muhammad Izwan dan Rossi menjadi tular di laman sosial selepas dikongsi netizen kerana mempunyai wajah seiras.

Iklan