Tuesday, April 18, 2017

Datuk Seri Vida Rimas Ramai Hantar Mesej Berkenalan Sejak Bercerai

Bercerai buat kali ketiga pada Januari lalu, Datuk Seri Vida akui ramai lelaki yang menghulurkan salam perkenalan kepadanya setelah mengetahui dirinya kembali solo. Namun keadaan itu membuatkan Datuk Seri Vida rimas dengan puluhan mesej yang mahu berkenalan dengannya.



“Buat masa ini, pintu hati saya belum terbuka untuk menerima lelaki dalam hidup dan lebih selesa bersendirian. Jika ada sekalipun biarlah individu itu sanggup hidup susah dan senang bersama saya. Lagipun keutamaan saya kini untuk membahagiakan anak-anak dan perniagaan”

Iklan


“Tiada masa untuk lelaki buat masa ini. Alhamdulillah, saya makin kuat mendepani hari mendatang bersama anak-anak. Saya baik-baik sahaja,” jelasnya kepada Harian Metro mengenai perkembangan terbaru dirinya selepas bercerai buat kali ketiga tempoh hari.

Iklan


Dalam kenyataan sebelum ini juga Datuk Seri Vida pernah mengatakan bahawa buat masa sekarang dirinya sudah serik untuk berkahwin lagi, dek kerana kegagalan rumah tangga buat kali ketiga. Bagi menenangkan fikirannya, Datuk Seri Vida telah berehat seketika sebelum ini.

Terdahulu perkahwinan selama tiga tahun Datuk Seri Vida dan bekas suami, Fairuz Ahmad Zainuddin akhirnya musnah apabila pasangan itu sah bercerai di Mahkamah Syariah Ipoh, Perak 7 April lalu. Perkahwinan Datuk Seri Vida bersama jejaka itu merupakan perkahwinan kali ketiga. 

Iklan

Guru Terkejut Anak Murid Bawa 'Kotex' Dalam Kelas, Tapi Bila Dibuka, Rupa-Rupanya...

Bagi sesetengah ibu bapa, tak ada masalah untuk membeli keperluan anak-anak sekolah. Namun ada juga segelintir ibu bapa yang tidak mampu memberi segala yang diperlukan untuk anak-anak belajar.



Itulah yang ditemukan oleh seorang guru, Syafaat Nasir, yang terkejut apabila salah seorang anak muridnya membawa 'kotex' ke sekolah.

Bagaimanapun, isi dalam di dalamnya bukan lah seperti yang kita semua sangka. Menurut guru terbabit, sebaik sahaja dibuka, dia mendapati terdapat alatan mewarna di dalamnya.

Iklan


"Terkejut tengok anak murid bawa dalam kelas. Bila check, rupanya dalam ada color pencils. Takpa la. Janji boleh letak color pencils leklok." tulis beliau.

Kejadian sedih itu dikongsi oleh guru tersebut di akaun Twitternya hari ini.

Iklan


Tapi itu bukan penghujung kisah berkenaan. Guru berkenaan kemudian menghadiahkan pelajar tersebut sebuah kotak pensil baharu bersama satu beg kecil untuk menyimpan pensil warnanya.

"Haaaa pencil box dan color pencils box baru. Nasib baik ada stok hadiah pertandingan lebih haritu. Parents jangan tak sensitif sangat ya!" tulis Syafaat.

Kata Syafaat juga, selepas kejadian sedih itu dikongsi di Twitter, orang ramai mula menghubunginya untuk menyumbang.

Iklan


"Laju gila orang whatsapp gua nak bagi sumbangan color pencils baru untuk students gua. Baik betul hati. Murah rezeki la semua!".

Ini sekaligus menunjukkan betapa pemurahnya orang Malaysia. Syabas semua!

Sumber: Twitter Syafaat Nasir