Sunday, April 16, 2017

Zero Kongsi Kisah Hidup Penuh Inspirasi Sebelum Sertai MLM

Final program Maharaja Lawak Mega 2017 semakin hampir. Antara kumpulan yang mula mendapat tempat di hati peminat adalah kumpulan 3 adik beradik yang berasal dari Sabah iaitu Zero.



Ditanya mengenai kisah hidup mereka bertiga sebelum menyertai MLM, mereka meluahkan bahawa kehilangan ayah yang cacat penglihatan menjadi pembakar semangat untuk mengubah hidup yang lebih baik demi adik beradik yang lain.

Pemergian ayah menjadi pembakar semangat kepada kami untuk mengubah kehidupan sedia ada. Hal ini kerana tanggungjawab untuk meneruskan kehidupan dipikul penuh oleh kami adik-beradik setelah kehilangan ayah.

Iklan


Alhamdulillah, kami diterima menjadi finalis Raja Lawak musim keenam ketika itu, sekali gus berjaya memperoleh tempat kedua (selepas Shiro). Pentas tersebutlah yang banyak membuka ruang kepada kami untuk terus menapak dalam industri seni.

Pekerjaan kami sebelum bergelar pelawak ialah nelayan dan buruh kasar. Hanya pekerjaan itu sahaja yang menjadi kepakaran kami bertiga semenjak kecil.

Iklan


Lagipun, memang lumrah kami sebagai suku kaum Bajau yang tinggal di pesisiran pantai dan bekerja sebagai nelayan. Kami berharap agar dapat menjadi pengusaha ikan dan mempunyai kedai sendiri di Kudat, Sabah suatu hari nanti.

Sejak kecil sehingga dewasa, kehidupan kami hanya berkisar di kampung sahaja. Memang kami budak kampung sudah terbiasa dengan aktiviti kampung dan pelajaran bukanlah menjadi keutamaan pada ketika itu.

Iklan


Tambahan pula dengan kesempitan wang pada ketika itu menyebabkan saya mengambil keputusan untuk berhenti belajar setakat tingkatan satu sahaja bagi membantu menyara kehidupan keluarga.
Bermula dari situlah saya hanya bekerja sebagai seorang nelayan bagi mengumpul wang membantu ayah dan menampung kos kehidupan keluarga kami.

Alhamdulillah, sedikit pintu rezeki dibuka bagi kami kini untuk meneruskan kehidupan dan saya berharap pentas lawak ini mampu menjadi platform kami supaya lebih berjaya dalam bidang seni.
Kami akui, bukan mudah dan sukar sekali untuk mencari idea yang segar dan bernas setiap minggu di pentas MLM 2017. Setiap strategi perlu diatur rapi bagi memastikan lawak yang dihasilkan segar dan belum pernah dipertontonkan sebelum ini.

Iklan


Adakalanya, kami pernah bergaduh sesama sendiri apabila berbincang mengenai pemilihan tema dan idea yang sesuai. Bagaimanapun, pergaduhan tersebut terlerai dengan sendirinya apabila masing-masing mencapai kata sepakat.

Insya-Allah, kami akan lebih rajin melakukan penyelidikan dan berbincang mengenai lawak-lawak yang sesuai dengan semua jenis masyarakat, sekali gus mampu diterima baik oleh peminat kami.
Sebelum ini, saya akui agak sukar untuk kami mendapat tempat dalam kalangan peminat tempatan, terutamanya disebabkan kesukaran kami untuk mengetahui apa yang dikehendaki oleh peminat. Tambah menyukarkan ialah loghat kami yang tidak semua orang faham terutama masyarakat di Semenanjung.

iklan


Bagi mendapat tempat dan menjadi perhatian, kami mencuba keistimewaan lain seperti menggunakan lawak yang lebih kepada pergerakan fizikal. Itulah yang menjadi keutamaan kepada kami untuk terus mencuri hati peminat.

Insya-Allah. Kami memang mahu menang dan tempat pertama menjadi sasaran utama kami. Kami berjanji akan memberi sepenuh perhatian dalam mencari idea pada malam yang diharapkan menjadi sejarah paling bermakna bagi kami. Sumber Oh Media


Payu Dara Wanita Malaysia Ke-2 Terkecil Di Dunia Selepas Filipina!

Kajian terkini mendedahkan, ukuran buah dada wanita Malaysia adalah yang kedua paling kecil di dunia selepas Filipina.



Berdasar kajian terbaharu yang diterbitkan oleh majalah terkenal di New York, Journal of Female Health Sciences, golongan wanita kulit putih Amerika Syarikat, memiliki ukuran payu dara paling besar di dunia.

Iklan


Uniknya, penyelidik ini ialah ukuran tersebut bukan berdasarkan ukuran bra kerana saiz bra di beberapa negara adalah berbeza.
Marc Olivier Le Blanc photography, Pictures by San Francisco Photographer, advertising and editorial.

Iklan


Para saintis melakukan kajian berkenaan dengan mengukur secara langsung volume tisu payu dara seramai 11,682 responden wanita berusia 28 tahun hingga 30 tahun melibatkan 108 buah negara di dunia.

Wanita Caucasian di AS, memiliki volume tisu payu dara paling besar di dunia. Sementara itu, wanita yang lahir di benua Afrika, Asia dan rantau Asia Tenggara, dikesan cuma memiliki volume tisu buah dada paling kecil.Bahkan buah dada wanita kulit putih di AS memiliki bentuk yang jauh lebih bulat.



Apa yang pasti, kedudukan wanita Indonesia dan Singapura jauh meninggalkan Malaysia.

Iklan

"Saya Bukan Anti-Poligami, Tapi Tak Suka Perampas Suami Orang"



Nampaknya tidak habis lagi kisah kontroversi Rita Rudaini bermain cinta dengan suami orang, Aqasha diperkatakan. Kali ini pula Rita memberitahu beliau bukan seorang anti-poligami, dalam erti kata lain dirinya tidak kisah andai bermadu. Kenyataan itu dibuat berikutan peminat mempertikaikan prinsip pelakon itu yang dulunya benci benar dengan perampas suami orang.

Iklan


“Saya tidak pernah cakap anti -poligami, tidak pernah. Cuma saya tidak suka kepada perampas rumah tangga orang. Sesiapa pun tidak suka, kalau ada perempuan datang dan ambil suami kita, disuruhnya ceraikan isteri pertama, itu sudah salah

Iklan

"Harap Jep Sepahtu Bersikap Lebih Matang Selepas Berkahwin"



Tidak menjemput sebarang media ke upacara perkahwinan mereka terdahulu mungkin membuatkan segelintir pihak berkecil hati dengan pasangan Jep Sepahtu dan Sari Yanti. Berkawan rapat dengan pelawak itu, Rahim menghormati keputusan kawannya itu namun berpendapat Jep perlu bersikap lebih matang dan menjaga hubungan baik dengan media.

Iklan


“Saya tidak boleh mewakili dia sebab dia ada sebabnya yang tersendiri. Secara peribadi, saya rasa hubungan baik artis dengan media itu perlu. Kurang adil dan tidak berapa elok jika saya komen bagi pihak dia. Kita harapkan benda yang baik selepas ini”

Iklan


“Setiap manusia ada kerenahnya. Kami nak buat di radio ini lama. Susah bekerja jika tiada persefahaman kerana setiap hari mengadap muka. Ada benda yang perlu, saya nasihat. Dia pun sudah bergelar suami, tanggungjawabnya pun akan lebih. Saya harapkan dia menjadi lebih matang. Itu harapan dan doa saya,” katanya kepada Projek MMO.

Sementara itu, Rahim yang juga penyampai radio terlibat sama dalam segmen Sepahtu Sinar, berharap kerjasamanya bersama Jep dan Shuib akan kekal lebih lama walaupun ada kalanya mereka juga berselisihan faham pendapat. Apapun kawan mana tidak sayangkan kawan bukan, mana kurang ditegur agar sama-sama boleh perbaiki diri. 

Iklan