Monday, March 27, 2017

312,068 Peminjam PTPTN Disenarai Hitam Telah Berunding

SEPANG: Seramai 586,863 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disenarai hitam Jabatan Imigresen sehingga 31 Januari lalu, membabitkan amaun berjumlah RM11.6 bilion. 



Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff, berkata daripada jumlah itu, seramai 312,068 peminjam sudah melakukan perundingan dengan pihaknya dan mula membuat bayaran balik berjumlah RM967.9 juta. 
"Peminjam yang sudah dikenakan tindakan senarai hitam dikehendaki membayar keseluruhan hutang pinjaman atau tunggakan. 

"Sekiranya tidak mampu, peminjam boleh berbincang dengan PTPTN bagi membuat penstrukturan bayaran apa-apa jumlah yang dipersetujui antara kedua-dua pihak. "Selepas rundingan dan bayaran dibuat, peminjam akan diberi pelepasan senarai hitam. 
Kita mahu peminjam lebih bertanggungjawab untuk membuat pembayaran balik bagi memudah pinjaman diberikan kepada pelajar baharu," katanya. 



Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pejabat PTPTN cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini, hari ini. Perasmian terbabit disempurnakan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching. 
Pejabat PTPTN cawangan klia2 mula beroperasi sejak 1 Mac lalu yang bertujuan bagi memberi kemudahan kepada peminjam PTPTN yang akan ke luar negara dan menghadapi masalah dalam membuat bayaran balik pinjaman.

FAKTA: 93 Peratus Rakyat Malaysia Masih Tiada Rumah Sendiri

Sebanyak 93 peratus rakyat Malaysia yang masih tidak memiliki rumah sendiri dan terus-menerus menyewa rumah.

Menurut kajian Beyond the Brick’ oleh HSBC Holdings, mereka yang masih tidak memiliki rumah sendiri dijangka mampu bebuat demikian dalam tempoh lima tahun akan datang.





Ia berikutan peningkatan penawaran kediaman mampu milik dan infrastruktur pengangkutan oleh pemaju hartanah membantu menstabilkan harga sepanjang tempoh berkenaan.

Ia berdasarkan kajian ke atas 9,000 pemilik kediaman dan pemilik bukan kediaman di Australia, Kanada, China, Perancis, Malaysia, Mexico, Emiriyah Arab Bersatu, United Kingdom dan Amerika Syarikat.



Kajian turut menunjukkan 75 peratus golongan muda yang berhasrat membeli rumah tidak mempunyai simpanan untuk bayaran pendahuluan dan 43 peratus pula menangguhkan hasrat itu kerana tidak mampu membeli rumah idaman.

Mengenai kekurangan tunai untuk membeli rumah, 62 peratus golongan muda sedia mempertimbangkan bagi mengurangkan perbelanjaan untuk aktiviti masa lapang, 41 peratus sedia membeli kediaman yang lebih kecil dan 23 peratus pula mempertimbangkan untuk membeli hartanah bersama-sama anggota keluarga.



Sumber: Bernama

Rizqie Azharin Azhar Disahkan Meninggal Dunia

Anak angkat kedua kepada Azharina iaitu Rizqie Azharin Azhar disahkan telah meninggal dunia jam 10.30 pagi tadi di hospital Putrajaya, lapor Harian Metro.

Menurut Azharina, 32, dia redha dengan pemergian anak keduanya itu selepas dimasukkan wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Putrajaya.



"Saya redha dengan pemergian Rizqie. Saya bersyukur kerana sempat menjaganya meski hanya 22 hari.

"Selama dia dirawat di wad ini sejak semalam, saya tak sanggup melihat keadaan Rizqie," katanya.

Ahad lalu, Rizqie telah dimasukkan wad akibat demam panas dilapor kritikal selepas mengalami komplikasi buah pinggang, pendarahan otak, jangkitan paru-paru dan darah di mana sejak semalam Rizqie dirawat menggunakan alat bantuan pernafasan.





Jenazah Rizqie akan disembahyangkan di Masjid Batu 14 Puchong dan dikebumikan kawasan sama masjid itu selepas waktu Asar. - 

Dicerai Suami, Wanita Perit Membanting Tulang Demi Anak Tapi Disamun & Dirogol

Dirogol Ketika COD barang niaga Online.


Asiah seorang janda anak 5. Selepas diceraikan talak 2 dalam sms, bekas suami terus menghilangkan diri. Tidak pernah bertanya khabar anak anak dan memberikan nafkah.



Asiah terpaksa bekerja menyara anak anak. Demi mencukupkan keperluan anak anak yang sedang belajar , Asiah terpaksa membuat 2 kerja. Waktu siang bekerja di kilang. Habis waktu kerja balik rumah menguruskan anak anak.

Waktu malam cod barang barang niaga online. Hantar ke alamat yang pelanggan minta. Hantar naik motosikal.

Suatu malam, Asiah pergi cod barang di kawasan perumahan yang agak sunyi jalannya. Dipertengahan jalan Asiah telah disamun dan diheret ke dalam semak. Kemudian dirogol beramai ramai. Oleh kerana gelap dan sunyi Asiah tidak nampak wajah lelaki lelaki yang merogolnya. Jeritan Asiah tidak didengar oleh sesiapa pun.



Selepas kejadian itu Asiah trauma. Asiah silap tidak membuat laporan polis. Asiah balik rumah dalam keadaan sakit sakit, terus berehat dan tertidor.

Asiah takut melaporkan kepada polis kerana nanti menganggu urusan kerjanya. Asiah perlu mencari nafkah untuk menyara anak anak. Asiah sangat sayang anak anaknya.

Oleh kerana kedatangan haid memang tidak stabil , kelewatan beberapa bulan haid dianggap biasa oleh Asiah. Asiah hanya menyedari dirinya mengandung setelah beberapa bulan kemudian, apabila merasai ada gerakan di dalam rahimnya. Perawakan tubuh Asiah yang gempal, lapisan kulit dan lemak yang tebal dibahagian perut membuatkan Asiah tidak menyedari dirinya mengandung.



Apabila tahu, Asiah berasa sangat sedih. Mujur adik beradik Asiah memahami kesusahan Asiah. Mereka sepakat membantu. Mereka menyarankan Asiah ke rumah perlindungan untuk mendalami ilmu agama sehingga melahirkan anak sementara mereka tolong menjaga anak anaknya yang lain. Selama menjadi janda dan terpaksa bekerja menyara anak anak, adik beradik sering membantu. Mereka tahu Asiah gigih bekerja menyara anak anak tanpa mengharapkan bantuan sesiapa.

Walau apa pun, bagi adik beradik maruah dan aib Asiah tetap kena jaga. Anak anak Asiah sudah besar, mereka tidak mahu anak anak Asiah mendengar tohmah masyarakat terhadap ibu mereka. Ibu mereka bukan terlanjur dengan sesiapa tetapi telah diperkosa ketika mencari nafkah.



Maka duduklah Asiah di Baitus Solehah sambil belajar mendalami ilmu fardhu ain dan membetulkan bacaan Al Quran.
Semoga Allah mengurniakan kesabaran dan ketabahan kepada Asiah untuk menjalani kehidupan yang penuh duri dan ranjau ini sambil menyara anak anaknya.


Lelaki yang diharap menjadi pelindung, meninggalkan dia dengan anak anak, lelaki yang patut menjaga perempuan telah mengambil kesempatan pulak dengan menyamun duit dan kehormatan dirinya. Lelaki mana lagi yang boleh diharapkan?

Remaja Muslim Berusia 14 Tahun Yang Digelar 'Manusia Kalkulator' Ini Adalah Pensyarah Matematik Termuda Di Universiti Leicester.

Dengan muka yang innocent, dan berbadan kecil, anda pasti tidak menyangkakan apa-apa yang luar biasa mengenai remaja ini. Remaja genius yang beragama Islam ini baru sahaja berusia 14 tahun, namun beliau merupakan salah seorang daripada kanak-kanak terbijak di Britain, yang diambil menjadi tenaga pengajar di sebuah universiti mengajar orang dewasa dalam bidang matematik.



Yasha Asley, 14, diambil bekerja oleh Universiti Leicester kerana kebolehannya memahami permasalahan matematik dan dapat menerangkan dengan sangat jelas. Selain mengajar, beliau juga merupakan pelajar ijazah sarjana muda di universiti tersebut. Tugas Yasha adalah untuk mengajar tutorial setiap minggu kepada pelajar dewasa. Beliau merupakan pelajar termuda di universiti tersebut, dan juga pekerja termuda.



Kanak-kanak genius ini ditemuduga dan ditawarkan bekerja ketika beliau berumur 13 tahun, mengalahkan pemohon dewasa. Pegawai pentadbiran perlu memohon kepada majlis bandaraya Leicester untuk kebenaran khas untuk mengambil beliau bekerja kerana umurnya yang terlalu muda. Tutorial yang diajar Yasha setiap minggu adalah untuk pelajar dewasa yang memerlukan bantuan dan tunjuk ajar menyelesaikan soalan.




"Saya sedang menjalani masa yang paling seronok dalam hidup saya. Saya sangat suka pergi ke universiti dan saya seronok dengan kerja baru saya membantu pelajar lain. Tiada lagi pakaians seragam sekolah pada saya. Saya sangat berterima kasih,"

- Yasha Asley


Yasha yang juga digelar sebagai "manusia kalkulator", sekarang berada di tahun akhir dan bercadang untuk menyambung pelajaran di tahap PhD apabila tamat kursus. Pelajar pintar ini bersekolah di sekolah rendah di negeri itu sebelum mendapat tempat untuk belajar di tahap ijazah sarjana muda dalam bidang matematik ketika hanya berusia 12 tahun pada 2014. 

universiti leicester 510



Beliau merupakan pelajar pertama di dunia yang mendapat gred A dalam matapelajaran matematik dalam A Level dengan mendapat markah 100 dan 99 dalam 2 kertas daripada 6 kertas peperiksaan ketika beliau hanya berusia 8 tahun. Beliau lulus A Level dalam mata pelajaran matematik dan statistik ketika berumur 9 dan 10 tahun.

Selepas menamatkan tahun 6 di sekolah rendah beliau terus sambung belajar di universiti. Dengan pencapaian beliau, Yasha berkata :

"Saya amat menyukai matematik kerana ia sains yang tepat. Ianya adalah satu-satunya sains yang anda boleh buktikan apa yang anda cakap itu betul. Ia juga sangat mudah dan subjek yang seronok untuk dipelajari,"

- Yasha Asley

pensyarah matematik

Bapa bertuah, Moussa Asley, 53, yang membesarkannya bersendirian di rumah mereka di Leicester berkata, anaknya dialu-alukan oleh kakitangan dan pelajar universiti.



Bapanya yang menghantar Yasha setiap hari ke kuliah berkata, "Saya sangat berbangga melihat dia berkembang maju dan membesar melakukan sesuatu yang dia sangat suka. Yasha sangat pintar dalam memahami sesuatu masalah dan menerangkan dengan sangat jelas membuatkan dia sangat bersesuaian dengan kerja tersebut,"

Lelaki Kongsi Tips Kurus Dalam Masa 21 Hari

Memiliki badan yang gempal dan gemuk adalah igauan untuk setiap orang baik lelaki mahupun perempuan. Sering dikutuk, disindir dan menjadi bahan gurauan adalah norma buat mereka yang mempunyai badan sebegini.




Ada yang mengambil pendekatan mudah dengan memakan pil diet atau pil kuruskan badan. Natijahnya, tak ramai pun berjaya menguruskan badan walau sudah bermacam pil dan ubat digunakan.



Kami kongsikan dengan anda berkenaan status Facebook oleh Razak Rahim mengenai pengalamannya menguruskan berat badan dalam masa hanya 21 hari.



Tiada karbohidrat, gula dan buah

Menurut Razak, dia menggunakan diet yang ketat selama 14 hari untuk menghilangkan lemak di badannya. Razak tidak memakan makanan yang mempunyai karbohidrat dan gula yang tinggi termasuk buah-buahan.

Tenaga dari lemak asal dalam badan digunakan untuk memproses protein yang dimakan pada 14 hari pertama.




Menu selama 14 harinya dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Untuk sarapan, dia mengambil tiga biji telur rebus setiap pagi secara konsisten.

Menjelang tengah hari, dia hanya makan ayam goreng, grill, atau yang dibakar. Makan malamnya pula cuma sup sayur hijau, ayam atau daging sebelum jam 7 malam.

Disiplin mestilah kuat

Razak mengamalkan pemakanan protein yang banyak setiap hari. Lagi banyak kilogram berat turun kerana lemak-lemak asal dalam badan akan bekerja sekuatnya untuk membakar protein yang kita makan.



Paling utama, disiplin mestilah kuat. Menurutnya, dia langsung tidak mengambil karbohidrat, gula dan buah selama 14 hari.


Sayur yang dalam kategori buah pun dielakkannya. Malah, makanan laut juga tidak dimakan. Cuma dia memastikan air kosong yang mencukupi sebanyak 3 liter sehari.

Menjelang hari ke-15, barulah dia mengambil karbohidrat dalam jumlah yang sedikit. Jika selalu makan 4-5 senduk nasi, bolehlah ambil cuma satu senduk sahaja. Lauk dilebihkan dan jangan skip untuk makan.

Kurus semasa berkahwin

Kunci utama adalah semangatnya untuk kelihatan kurus di hari perkahwinan. Katanya, ramai yang menganggap dia kurus kerana sakit. Hakikatnya, dia mengamalkan diet atkins.

Sumber dari Razak Rahim
Jika dahulunya dia kerap dimarahi sebab diet yang melampau hingga nampak kurus sangat. Kesemua ahli keluarga, rakan sekerja sememagnya tak suka Razak terlalu kurus.

Untuk mengelakkan kemarahan orang lain, dia hanya memberi alasan bahawa dia sedang sakit. Faktor inilah yang menyebabkan dia berjaya menguruskan berat badannya dalam hanya 21 hari.

'Senangnya Kecam Si Ibu, Kamu lelaki Tak Merasa Seksanya Badan Masa Berpantang'

Belek-belek Facebook, terbaca kes seorang ibu mengelar bayinya sendiri. Bila baca comment, astaghfirullahalazim. Sedih sangat. Baik lelaki atau perempuan, ada yang melemparkan comment negatif tanpa memikirkan apa sebab terjadinya begitu? Mesti ada puncanya.



Kamu lelaki tak merasa nikmat mengandung, bersalin, menyusukan anak
Kamu lelaki tak merasa sakitnya, letihnya badan membawa perut selama 9 bulan ke hulur hilir
Kamu lelaki tidak merasa malam susah nak tidur sebab sakit pinggang, perut tiba-tiba mengeras
Kamu lelaki tidak merasa macam mana sakitnya contraction dan nak teran bayi keluar
Kamu tak merasa pedih dijahit di bahagian sensitif
Kamu lelaki tak merasa sakitnya bengkak susu semasa berpantang
Kamu tak merasa seksanya badan semasa berpantang!

Senang-senang comment, 'Kalau ada iman, tak jadi gini". Kamu Tuhan ke tahu tahap iman seseorang?



Perempuan mengandung sehingga bersalin, emosinya memang sukar dijangka, sensitif. Tiba-tiba saja boleh menangis sebab tak tahan sakit badan. Bila sedang berpantang, jagalah kata-kata yang keluar dari mulut kita bila berhadapan dengan ibu berpantang. Suami wajib beri perhatian kepada isteri. 

Banyak kes di mana si suami kurang memberi perhatian kepada isteri berpantang. Ada pula yang memaksa ajak bersama sebelum habis berpantang. Dalaman ibu berpantang masih belum sihat sepenuhnya sudah digasak bersama, GILA! Ada pula yang kata isteri lembik sangat, sedangkan orang lain okay sahaja. 



Jangan tengok orang lain, orang lain mungkin dijaga oleh ibunya 100% semasa berpantang. Terurus dan terjaga, semuanya lengkap. 

Tetapi isteri kamu? 

Perempuan yang masih belum berumahtangga lagi, belum merasa sakit bersalin dan berpantang, janganlah nak comment seolah-olah kamu tahu sakitnya apa yang kami rasa. Semua itu boleh berbalik kepada kamu nanti. 

Post Partum Depression (PPD) atau istilah Melayu, meroyan ada bermacam-macam jenis. Panjang kalau nak diceritakan. Tetapi apa yang saya boleh huraikan ialah, suami jangan ambil mudah selepas isteri bersalin dan sedang berpantang. Suami perlu sentiasa berkomunikasi dengan isteri. 



Tanyalah isteri dia okay atau tidak, ada sakit di mana-mana bahagian, penat ke bagai. Selalu ingatkan isteri jangan terlalu banyak berfikir. Selain itu suami tolong tengokkan anak yang baru lahir dan tolong apa yang patut di rumah kalau ada anak kecil yang lain. 

Tak sempurna kerja rumah seperti yang dilakukan isteri tak mengapa. Yang penting janganlah sampai jadi seperti tongkang pecah. 

Netizen mudah berkata-kata, padahal mereka tidak berada di tempat ibu berkenaan. 

Kredit: Aisy Rose

'Umur & Kemiskinan Bukan Penghalang' - 'Pak Guard' Berjaya Bergraduasi Dari Kolej Yang Dijaganya Sejak 20 Tahun Lalu, Dapat Anugerah Dekan

Seorang pengawal keselamatan, atau lebih biasa disebut sebagai 'pak guard' di Malaysia, berjaya menghabiskan pelajaran di sebuah kolej di Filipina yang dijaganya sejak 20 tahun lalu.



Erwin Macua, 38, bertungkus lumus selama empat tahun belajar sambil bekerja di Kolej St Theresa di Bandar Cebu disamping menjadi ayah kepada tiga anaknya.

"Umur bukan halangan, kemiskinan juga bukan penghalang," kata Erwin kepada ABS-CBN News.

"Capai impian anda dengan formula ini: kerja keras dicampur dengan azam berserta doa dan cita-cita hidup anda akan tercapai."

Biarpun bekerja pada shift malam dari pukul 7 malam ke 7 pagi, Erwin berjaya menghadiri semua kelasnya yang bermula pada 7:30 pagi hingga 4 petang, lapor Cebu Daily News.




Malah, nama Erwin juga tersenarai dalam pelajar anugerah Dekan sejak dari tahun pertama dia mula belajar iaitu 2013.


Erwin berkata memang cita-citanya untuk menghabiskan pelajaran dan dia mahu menjadi guru kerana dia sangat gemar akan kanak-kanak.




"Pendidikan adalah kursus yang baik untuk berurusan dengan pelajar dan anda boleh mengubah kehidupan mereka (dengan mengajar)," katanya lagi.

Pengawal itu juga menggunakan wang simpanan sendiri untuk membiayai yuran pada tahun pertama, tetapi, dia kemudian ditaja oleh seorang penderma tidak dikenali untuk tahun-tahun seterusnya.

Bercakap tentang pelannya pula, Erwin berkata dia akan terus menjadi pengawal di kolej tersebut sementara dia menunggu ujian untuk mendapatkan lesen mengajar.


Nora Danish, Nedim Nikah 30 Mac Ini 2017

Nora Danish, Nedim Nikah 30 Mac Ini



Berita baik buat peminat Nora Danish yang tidak henti henti mendoakan agar dia dan juga Nedim Nazri cepat kahwin kerana pasangan ini akan melangsungkan majlis pernikahan pada 30 Mac ini.




“Selepas majlis itu selesai, saya akan kongsi semuanya. Tapi majlis ini adalah untuk ahli keluarga dan rakan sahaja,” katanya kepada Utusan Online. Majlis itu juga akan berlangsung di ibu negara dengan tema tradisional.



Terjawab sudah akhirnya spekulasi tentang tarikh pernikahan mereka. Semoga ikatan yang bakal terjalin di antara Nora dan juga Nedim nanti kekal selain dipermudahkan urusan mereka menjelang hari bahagia.



Apa yang pasti selepas ini pasti peminat akan menantikan destinasi mereka berbulan madu selain menunggu kehadiran cahaya mata pasangan ini.

Sumber Post : ROTIKAYA

3 DOA PEMBUKA PINTU REZEKI Dr Fadzilah Famsah




VIDEO - JOZAN diserbu Peminat Ketika BERBASIKAL - Zizan dan Johan Raja Lawak



Minyak Lintah Tradisi Gunung Asli Memang Power +6011-11966553


Kelebihan Minyak Lintah Gunung Asli:

1. Dapat meningkatkan prestasi permainan.
2. Dapat menigkatkan masa permaianan.
3. Dapat meningkatkan aksi permainan.
4. Dapat meningkatkan deria rasa.
5. Dapat menbuatkan isssterri mengeletarrrr...



Minyak Lintah gunung asli telah digunakan sejak berabad yang lampau bagi mengatasi masalah tenaga batin seperti:

-mati pucuk
-zakar kecil
zakar pendek
-zakar tidak kerass

Dengan serapan pati minyak lintah gunung asli,dapat mengatasi masalah-masalah seperti di atas.


DAPATKAN HARI INI JUGA PADA HARGA PROMOSI

TAIP:
"NAK HARGA PROMOSI 2 BOTOL"
"NAK HARGA PROMOSI 2 BOTOL"
"NAK HARGA PROMOSI 2 BOTOL"

SEKARANG!!!

WHATSAPP KE :
+6011-11966553
+6011-11966553
+6011-11966553