Apa saja yang tidak kena di mata warga laman sosial pastinya akan diperkatakan selain mereka sendiri mengeluarkan pendapat masing-masing. Jika kesalahan orang kebiasaan turut menjadi bahan kecaman, apatah lagi barisan selebriti tanah air.
Panas lagi isu cium mulut berdurasi sedetik lebih di antara Nora Danish dan juga suaminya, Nedim Nazri, tanda luahan rasa cinta dan sayang kepada isterinya itu. Namun tindakan mereka itu bagaimanapun kurang mendapat sokongan warga laman sosial.
Ada yang menyifatkan Nora dan Nedim umpama tidak menghormati majlis pernikahan tersebut lebih lebih lagi perbuatan mereka itu turut disaksikan anak anak mereka sendiri. Well, rasanya Nora Danish sudah cukup kebal untuk berhadapan dengan situasi sebegini.
Apa pun, semoga pasangan ini akan terus kekal bahagia dalam meniti hari sebagai pasangan suami isteri. Malah Nora sendiri sebelum ini pernah menyatakan harapan agar perkahwinan kali ini adalah yang terakhir.
Friday, March 31, 2017
Nora Danish "Dihentam" Pakai Gaun Seksi Untuk Nikah
Kalau dulu pasangan ini asyik dikritik ke hulur ke hilir bersama tanpa ikatan sah, dan semalam selepas selamat bernikah, Nora Danish sekali lagi menarik perhatian ramai apabila tampil memakai gaun pengantin yang agak terdedah dan jarang. Dengan itu ramai berpendapat baju itu tidak menepati ciri-ciri agama Islam dan tidak sesuai untuk majlis akad nikah.
Semalam ketika berlangsungnya majlis akad nikah, Nora telah tampil dengan gaun pengantin yang menggunakan material nipis dan jarang, sebahagian tubuhnya hanya ditutupi dengan kain renda. Lebih panas lagi apabila tersebarnya gambar sisi belakang gaun itu yang menampakkan sebahagian tubuhnya yang hanya dilapisi dengan kain jarang.
Bagaimanapun rata-rata peminat berasa kecewa dengan majlis terbabit yang dilihat lebih mengamalkan cara barat setelah lama menantikan pasangan ini naik ke jinjang pelamin. Malah keseluruhan majlis terbabit juga turut dikritik hebat apabila meja nikah yang diduduki Nedim bersama kadi juga dipenuhi lilin yang dilihat seperti majlis perkahwinan di gereja.
Tidak kurang dengan itu, adegan Nedim mencium mulut isterinya juga dikecam hebat oleh peminat. Sampai ada yang menyifatkan pasangan ini tidak menghormati Islam. Mungkin Nora sendiri menyedari kesannya apabila tampil begitu, namun mungkin juga beliau sudah malas hiraukan kata-kata negatif peminat. Doa yang baik-baik sahajalah!
Subscribe to:
Posts (Atom)