Wednesday, April 12, 2017

Meraih Pendapatan Sehingga RM10,000 Sebulan

Johor Bahru: Seorang pemandu kereta sapu mampu meraih pendapatan sehingga RM10,000 sebulan berdasarkan caj yang dikenakan kepada penumpang bagi setiap perjalanan dari daerah ini ke Singapura tanpa perlu membayar sebarang cukai kepada kerajaan.

Anggota SPAD Menahan Pemandu Kereta Sapu Di Terminal Feri Stulang Laut


Malah, kebanyakan pemandu kereta sapu dari daerah ini dikatakan akan melakukan sekurang-kurangnya tiga perjalanan ke republik berkenaan sehari dengan caj RM150 sehala.



Caj mahal dikenakan dengan alasan kereta digunakan lebih selesa iaitu kenderaan pelbagai guna (MPV) berbanding teksi dan mereka sanggup menghantar penumpang hingga ke kawasan perumahan berbanding hanya di hentian teksi di Rochor, Singapura.

Kumpulan pemandu yang menetapkan kadar itu dikatakan sudah beroperasi sejak beberapa tahun lalu, namun menimbulkan kemarahan pemandu dan penumpang apabila mereka mula bertindak kurang ajar apabila ditegur pemandu teksi.


Farahdhiya Tidak Berminat Untuk Bercinta Dengan Suami Orang

Mengakui pernah mengenali beberapa lelaki yang berstatus suami, namin penyanyi dan pelakon Farahdhiya menjelaskan bahawa dia memilih untuk tidak bercinta dengan suami orang. Malah perkara tersebut merupakan perkara utama yang perlu diketahuinya jika berkawan.



“Kalau tanya mana-mana perempuan pun, sudah tentu pilihan utama adalah seseorang yang masih single dan duda pun tidak ada masalah. Sekarang ini nak kenal orang pun kena tanya dulu sama ada dia single atau sudah berkahwin”


“Sekejap lagi kalau keluar tiba- tiba suami orang dah cakap pula Farahdhiya rampas laki orang. Kadang-kadang lelaki ini sudah pun dia cakap tidak,” katanya kepada Rotikaya.

Iklan


Tambahnya lagi, lelaki pilihannya bukanlah semestinya seseorang itu kaya tetapi memadailah untuk menyaranya serta keluarga. Selain itu, perlulah bersikap matang.


“Bagi saya biarlah orang itu boleh menyara saya, kalau saya tak bekerja pun dia boleh sara juga. Saya tak cakap awak kena bagi saya sebuah banglo, Ferrari dan Lamborghini.

Iklan


“Kalau umur pula saya pilih seseorang yang matang dan bukanlah lelaki yang berpangkat bapa atau lelaki orang, itu semua minta jauh. Kalau dapat umur lingkungan saya yang masih single pun lagi bagus. Sebab bapa saya pernah cakap jangan pilih orang yang terlampau berumur sangat nanti hidup dengan dia berapa tahun saja,” katanya sambil berseloroh.

Sementara itu, Faradhiya juga turut berkongsi bahawa sebelum ini ada beberapa lelaki yang mengenalinya bersikap kebudak budakan kerana walaupun baru sahaja keluar bersama sudah mula untuk mengawal gerak gerinya. 

Iklan

Farahdhiya Idam Lelaki Gigi Cantik, Kaki Gym, Hitam Manis



Masih lagi belum berpunya, pelakon dan penyanyi Fardhiya menyatakan bahawa dia mahukan bakal suaminya nanti berpenampilan kemas selain mempunyai beberapa ciri yang digemarinya.


Iklan



“Dia tidak perlu terlalu kacak atau cukup sekadar kulit hitam manis. Dia juga mesti memiliki gigi yang cantik dan gusi bersih. “Ini paling penting buat saya kerana dengan senyuman yang menampakkan gigi dan gusi yang bersih, ia akan membuatkan raut wajah lebih bersinar”


Iklan


“Dia juga mestilah ‘kaki’ gimnasium dan pandai menjaga penampilan diri. Tapi kalau dia suka mengawal dan mengatur apa yang perlu saya buat, lupakan hasrat itu,” jelasnya kepada BH Online.

Namun apa yang penting, jejaka pilihannya itu adalah berbangsa Melayu. Tambah Faradhiya, selepas putus cinta sebelum ini, perkara tersebut membuatkannya lebih berhati hati dalam memilih teman hidup.


Iklan



Iklan


Iklan


Iklan

Pelawak Charlie Murphy Meninggal Dunia

NEW YORK: Pelawak terkenal dari Amerika Syarikat, Charlie Murphy yang juga abang kepada pelakon Eddie Murphy dilaporkan telah meninggal dunia pada umut 57 tahun, lapor CNN.



Menurut wakil beliau, Domenick Nati berkata, Murphy meninggal dunia di sebuah hospital di New York, pada awal pagi akibat leukemia.

Mendiang pernah digandingkan dengan bintang terkenal, Rick James dan Prince dalam persembahan komedi Dave Chapelle dan membintangi beberapa filem, termasuk Jungle Fever, Night at the Museum dan Lottery Ticket.

Iklan


"Kami sedih dengan pemergian Charlie," kata keluarga Murphy.

Isteri Murphy, Tisha Taylor Murphy, telah meninggal dunia pada tahun 2009 lalu akibat kanser serviks.

IKlan


Nak Kekalkan ‘Performance’ Komputer & Laptop Supaya Sentiasa Tip Top, Jom Kita Baca 4 Tips Ini



Komputer peribadi (PC), mahu pun komputer riba (laptop), sudah menjadi salah satu alat elektrronik dalam melakukan kerja, mahu pun tugasan, lebih-lebih lagi buat pelajat, mahu pun mereka yang bekerja.

Buat mereka yang menggunakan PC atau ‘laptop’ secara dalam jangka masa panjang, sudah pasti akan menyebabkannya mula untuk perlahan, atau berat, yang mana ‘loading; terlalu lama.

Namun, adakah itu semua penyebab utama PC atau laptop, cepat rosak? 

Iklan


Menerusi perkongsian dari seorang juruteknik komputer, iaitu saudara Mohamad Taufik Jabir, terdapat beberapa aspek yang harus diberi penekanan, dalam memastikan ‘performance’ komputer sentiasa ‘tip top’.

Jom kita tengok sikit apa yang perlu dilakukan.

Iklan


Beberapa hari lepas, aku ada tanya kawan-kawan Fb berkenaan perkara IT yang ingin depa tahu. Terdapat beberapa respon yang aku terima dan aku ingin ucapkan terima kasih kerana memberi respon.

Di dalam posting kali ini, aku akan jawab soalan pertama daripada saudara Khair Zawawi yang bertanya tentang tips penjagaan komputer.

TIPS PENJAGAAN KOMPUTER

Jika kau ingin tahu, sebenarnya penjagaan komputer ini tidak la susah mana. Ada beberapa perkara sahaja yang kau perlu beri perhatian terhadap komputer agar performance nya sentiasa tip top.

1. Pembersihan Habuk

Habuk ni pemusnah utama prestasi sesebuah komputer. Kalau komputer kau dah macam sarang tikus habuknya, tidak pernah servis walaupun sudah 10-15 tahun, processor kau akan mengeluarkan haba yang lebih panas daripada biasa kerana kipas cooler processor akan berputar perlahan.

Apabila itu berlaku, maka komponen seperti processor akan overheat. Apabila overheat, ianya sedikit sebanyak akan effect pada prestasi komputer.

Solusinya, Bila komputer sudah berhabuk, bersihkan segala kekotoran yang terkumpul.

Iklan


2. Penggantian Thermal paste

Thermal paste ini liquid yang diletak atas processor. Tujuannya adalah untuk menyejukkan processor komputer kita. Setahu aku, sekarang ini sudah ada 2 jenis thermal paste, satu jenis liquid, dan satu lagi jenis macam getah. Aku tak ingat apa namanya.

Thermal paste ini eloknya setahun sekali kau kena tukar sebab apabila sudah kering, ianya akan mengeras dan suhu processor akan meningkat.

Kalau kau tak ada bajet nak tukar, buatlah dua tahun sekali tukar thermal paste tu. Itu sudah memadai untuk jaga suhu processor.

Iklan


3. Air Flow Management (Sistem Saliran Udara)

Di dalam sebuah rumah, aliran udara atau air flow sangat penting untuk mengekalkan suhu rumah di dalam keadaan dingin. Apabila sebuah rumah tidak mempunyai air flow yang bagus, bila panas terik sahaja, sudah pasti di dalam rumah akan terasa bahang cahaya matahari. Begitulah juga dengan komputer.

Apabila suhu di dalam komputer itu panas, ianya akan memberi kesan kepada semua komponen di dalam komputer. Terutama sekali motherboard. Sebab itu, bila komputer panas, kau akan rasa sedikit lag pada komputer kau.

Untuk memastikan jangka hayat sesebuah komputer itu panjang, kita kena pandai menguruskan air flow komputer tersebut. Ada angin masuk, dan ada angin keluar. Sebab itu, kipas casing komputer dihasilkan. Tujuannya untuk membuat air flow di dalam komputer.

Guna dua kipas pun sudah memadai. Kau beli yang murah sahaja pun boleh. Janji kau buat macam aku cakap tadi, satu angin masuk, satu lagi angin keluar.

Iklan


4. Susun File

Haa.. yang ni aku nak tegur sikit. Kebanyakan customer yang aku jumpa, boleh kata ramai yang letak file-file mereka ni di Desktop. Adakalanya sampai penuh dekat desktop tu sehingga tak nampak ruang kosong langsung.

Bukan tak boleh kau nak letak file dekat Desktop tu, boleh. Sikit-sikit sudah la. Yang selebihnya, simpan di My Documents atau di partition lain seperti D,E,F dan lain-lain.

Apabila kau letak semua file di Desktop, secara tak langsung, kau memberatkan komputer untuk load semua file tu ketika proses "Booting Windows."

Aku lebih sarankan supaya file-file yang ada di transfer ke partition lain dengan tujuan tidak mengganggu Windows Partition. Walau bagaimanapun, itu hanya pendapat aku. Terpulang la kau nak ikut atau tak.

-----

Kalau kau tak rajin atau tak reti nak buat semua ni, kau hantar sahaja komputer kau di kedai komputer. Beritahu technician kedai untuk servis komputer. Nanti mereka tahu la nak buat apa.

Biasanya, bila kau hantar untuk servis komputer ni, perkara yang mereka buat adalah membersihkan habuk di dalam komputer kau, menggantikan thermal paste jika perlu dan juga buat sedikit "performance test" pada komputer. Caj yang dikenakan itu bergantung pada kedai yang kau pergi. Rasanya setiap kedai caj lain-lain harga. Jadilah pengguna bijak.

Iklan


Mohamad Taufik bin Jabir,
Juruteknik Komputer Persendirian

"Saya Bukan Jenis Ikut Suami Setiap Masa"

Lain orang lain caranya mengendalikan hal rumah tangga dan bagi Datin Alyah, beliau lebih selesa tidak mengikut suami, Datuk Ramli M.S ke semua acara jika tidak melibatkan kehadiran beliau. Malah pasangan suami isteri ini juga memang dari awal perkenalan sudah menerapkan konsep sebegitu supaya masing-masing lebih profesional dan fokus.



“Kalau event atau jemputan itu tidak melibatkan saya, saya tak akan pergi. Saya memang bukan jenis ikut suami. Bukan sebab tidak support. Tetapi rasanya Tok Ram boleh manage dirinya sendiri. Dia sudah lakukan apa yang dia buat sekarang sudah berpuluh tahun”



“Jadi rasanya dia pun sudah selesa dengan cara itu. Apa pun, sebelum Tok Ram keluar, kita sebagai isteri perlulah prepare apa patut. Yang penting, kami sudah belajar sejak dari awal perhubungan, kami selalu terapkan konsep ‘kerja saya, adalah hal saya’, begitu juga dengan dia,” jelasnya kepada Media Hiburan mengenai dirinya yang jarang dilihat bersama suami ke acara.



Terdahulu, Alyah ada memberitahu dirinya tidak pernah merasa tertekan apabila ditanyakan soal anak. Malah beliau dan suami juga tidak pernah merancang dan hanya menantikan rezeki. Selain itu faktor usia Alyah dan suami juga membuatkan beliau redha dengan ketentuan Ilahi.


Henti Beri Wang Kepada Pengemis

Henti beri wang kepada pengemis Antara pengemis  yang dikesan meminta sedekah di kawasan sebuah bank.



KUALA TERENGGANU – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) minta orang ramai henti memberi sedekah kepada pengemis, peminta sedekah dan juga gelandangan yang berkeliaran di Bandaraya Kuala Terengganu, bagi memastikan bandar raya ini bersih.

Pegawai JKM Kuala Terenganu,  Zainal Omar berkata, pihaknya optimis dalam usaha bagi mengurangkan aktiviti tersebut di bandar raya ini daripada masa ke semasa selaras dengan Tahun Melawat Terengganu 2017 atau ‘Visit Beautiful Terengganu’. 

   

Menurutnya, pihaknya juga bertindak sebaik sahaja aduan diterima tetapi mereka bijak meloloskan diri apabila menjalankan aktiviti secara bergerak dari satu tempat ke satu tempat.



“Kita minta kerjasama daripada orang ramai sendirilah, berhentilah memberi (sedekah). Jika kita masih memberi (memberi sedekah), ibaratkan (kita) menggalakkan aktiviti tidak sihat ini berlaku di tempat-tempat tersebut


“Masih terdapat cara lain untuk kita menyalurkan sumbangan kita kepada masyarakat seperti derma di masjid-masjid dan juga kepada agensi yang berkaitan ,” katanya kepada Sinar Harian semasa diminta mengulas berhubung aktiviti meminta sedekah yang masih berlaku.



Malah, beliau juga tidak menolak kemungkinan mereka adalah individu yang sama sahaja walaupun telah diberi amaran.

Zainal berkata, sebahagian besar atau boleh dikatakan 95 peratus kalangan mereka ini sudah menerima bantuan sama ada daripada JKM sendiri atau melalui zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Sementara itu, pihaknya juga sering menerima aduan berhubung pengemis, peminta sedekah di kalangan warga asing tetapi tindakan tidak boleh diambil kerana di bawah bidang kuasa agensi lain dan hanya bertindak memberi amaran sahaja.

Diberi Motosikal Jika Tak Pernah Ponteng

Diberi motosikal jika tak pernah ponteng Mohamad Nur Rahimi (tengah) gembira memenangi sebuah motosikal setelah dia mencatat kehadiran 100 peratus di SMK Senggarang.
BATU PAHAT - Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senggarang bertuah kerana akan diberikan imbuhan jika mencatat kehadiran 100 peratus.



Pihak sekolah itu menawarkan sebanyak empat motosikal jenis SYM e-Bonus 110 bernilai RM13,600 yang menjadi buruan kira-kira 1,226 pelajar, selain menjadi galakan kepada mereka rajin ke sekolah.

Pengetuanya, A S Aziz Salem berkata, usaha ini adalah cetusan idea daripada Guru Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Murid sekolah, Norasyidah Mohd Rasip yang mahukan pelajar tidak mengamalkan budaya ponteng.



Menurutnya, dalam masa sama ia akan dapat memenuhi kehendak Pengukur Indeks Prestasi (KPI) iaitu sebanyak 95 peratus kehadiran pelajar ke sekolah seperti yang ditetapkan Kementerian Pendidikan.

“Idea ini mula dilaksanakan sejak Januari lalu dengan sokongan padu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta persatuan alumni sekolah yang diterajui usahawan tempatan, Datuk A Halim Mohamed yang menaja hadiah berkenaan.



“Bagi kehadiran pelajar pada bulan Januari, ia mencapai 96 peratus, 93 peratus pada Februari dan 94 peratus pada Mac. Dalam tempoh itu seramai 800 pelajar mencatat kehadiran 100 peratus.

“Selain hadiah empat motosikal, pihak sekolah turut mengadakan cabutan bertuah dengan 20 cabutan pada perhimpunan mingguan yang diadakan,” katanya.



Sementara itu, pelajar tingkatan lima sekolah tersebut, Mohamad Nur Rahimi Wagini, 17, memberitahu dia gembira dengan hadiah motosikal dimenanginya itu dan berjanji akan menggunakannya sebaik mungkin.

Manakala ibunya, Saniah Sulong, 54, berkata, anak kelima daripada enam beradik itu bersyukur dengan hadiah diperolehinya itu dan berharap inisiatif seperti ini akan diteruskan.

“Anak saya tak sangka menang hadiah utama tu dan dia bersyukur selain berjanji akan menggunakan motosikal itu untuk perkara kebaikan. Dia juga berjanji akan belajar bersungguh-sungguh.



“Saya harap inisiatif dilaksanakan itu dapat membakar semangat pelajar untuk hadir setiap hari, sekali gus memastikan jadual pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang diatur dapat dijayakan,” katanya.