Dengan dua kali lafaz, pelakon jelita Nora Danish sah bergelar isteri kepada kekasihnya Nedim Nazri yang merupakan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, lapor Berita Harian.
Nedim, 34, dalam satu statusnya di laman Instagram berjanji yang dia akan membimbing pelakon jelita itu ke syurga dengan keizinan Yang Maha Esa.
"Hari ini menjadi permulaan kepada kehidupan baharu kita. Saya tidak pernah tersekat-sekat ketika berkata-kata, namun malam tadi saya berdepan dengan hal itu. Ia berlaku kerana saya bertemu mimpi (kamu) yang menjadi nyata. Saya tak mampu menahan air mata daripada terus jatuh. Ia air mata kegembiraan.
"Saya sentiasa berkata, Allah ialah sebaik-baik perancang dan terpulang kepada-Nya untuk membenarkan dua hati menjadi satu. Dengan izin-Nya, Yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui, semua berlaku malam tadi. Dengan anugerah itu pada hari ini, kepada Nora Danish, isteriku, saya berjanji untuk menjadi suami yang bertanggungjawab seperti diimpikan dan mencintai kamu secara mutlak.
"Saya berjanji untuk membahagiakan kamu dan paling penting dengan restu Allah, insya-Allah saya akan membimbing kamu ke jannah," tulisnya.
Nora dalam satu temebual sebelum itu berkata dia berharap agar perkahwinan keduanya ini akan berkekalan selama-lamanya di mana dia melahirkan rasa bersyukur kerana saat yang dinanti-nantikan ini akhirnya menjadi kenyataan.
Lapan tahun bergelar ibu tunggal kepada Putra Rayqal Ramli, 8, pelakon yang mula dikenali menerusi sitkom Puteri ini berharap semoga kebahagiaan yang baru dikecapinya kini berpanjangan hingga ke syurga.
"Penyatuan ini umpama mimpi menjadi nyata. Sudah lama saya tunggu detik ini untuk disatukan dengan belahan jiwa. Harapan saya, semua dapat doakan kebahagiaan kami," kata Nora.
Sebuah gambar dilaman Instagram Nora memaparkan dia memakai baju bertulisan 'Keep calm. I can't. I'm the bride' di baju itu sangat unik dan menggambarkan dirinya kini sudah menjadi milik orang.
Kuala Lumpur, 5 Apr - Harga runcit bagi RON 95 dan RON 97 naik sedikit bagi minggu kedua untuk April 2017.
Berita Harian berkata, harga bagi RON 95 menjadi RM2.16 seliter (naik 3 sen), RON 97 menjadi RM2.43 seliter (naik 3 sen) manakala diesel pula dijual pada RM2.08 seliter (turun 3 sen).
"Harga minyak seliter minggu kedua April: RON95 pada RM2.16 (naik 3 sen), RON97 pada RM2.43 (naik 2 sen); diesel pada RM2.08 (turun 3 sen)"
tulis akhbar tersebut.
Bermula minggu lepas, kerajaan mengumumkan harga bahan api itu secara mingguan.
Sumber: BHONLINE
Dubai: Seorang polis bertindak menyaman diri sendiri selepas terlanggar sebuah kereta yang diparkir dan meletakkan sekeping salinan saman di atas kereta rosak milik seorang doktor itu.
Tindakan jujur itu menjadi viral selepas nota terbabit dimuat naik seterusnya membuat netizen di negara tersebut tersentuh hati dan memuji tindakan terbabit.
Polis Dubai telah memberi penghormatan kepada Koperal Abdullah Ebrahim Mohammad kerana kejujurannya dan dia telah dinaikkan pangkat atas arahan dari ketua polis Dubai Major Jeneral Abdullah Al Merri.
Selain itu, beliau juga menerima sijil terima kasih dan penghargaan.
"Kejujuran polis itu telah memberi reputasi yang baik kepada polis dubai. Dia menyaman dirinya sendiri kerana melanggar kereta dan meletakkan salinan saman kejadian di cermin hadapan." kata Al Merri.
Al Merri turut menyatakan penghargaannya kepada pemilik kenderaan yang dilanggar, Dr. Mohammad Ahmad Nabeel Abdul Aziz, yang memuat naik secara positif tentang insiden itu di Facebook.
Dr. Abdul Aziz berkata di Facebook:
"Saya meletakkan kereta saya dengan kurang cermat jadi saya fikir itu salah saya. Tapi saya terkejut apabila menemui salinan saman di atas cermin kereta saya yang mengatakan seorang polis melanggar kereta saya dan menyaman dirinya sendiri".
"Ini tindakan yang sangat jujur dan berani oleh polis Dubai," kata Dr. Abdul Aziz.
"Perlakuan seperti ini hanya boleh dilihat di UAE. Apa yang dia lakukan buat saya rasa selamat di tanah ini." tambahnya lagi".
Korporal Mohammad ketika diminta mengulas menegaskan dia hanya melakukan tugasnya sahaja.
"Saya rasa tidak layak menerima kenaikan pangkat ini dan penghargaan dari pemimpin-pemimpin kita. Ia sangat memberi motivasi kepada saya dan rakan-rakan untuk terus berkhidmat." katanya.
Sumber: Zawya