Friday, May 5, 2017

Kisah Ahli Ibadah Yang Membandingkan Amalannya Selama 500 Tahun Dengan Rahmat Allah

Sesungguhnya, hidup kita di dunia adalah semata-mata bergantung kepada rahmat Allah S.W.T. Tanpa rahmat-Nya, binasalah hidup kita. Seringkali kita terlupa akan nikmat yang diberikanNya dan menyangka apa yang kita dapat, sama ada kekayaan harta atau sebagainya, adalah hasil daripada titik peluh dan kerja keras sendiri. Namun, kita tidak sedar semua itu adalah rahmat dan ihsan kurniaan Allah S.W.T.



Ramai yang berusaha, namun tidak diberikan kekayaan. Dan juga ramai yang tidak berusaha, diberikan kemewahan dalam hidup. Semuanya diberikan bersebab. Jika kita tidak dikurniakan sesuatu walaupun sudah berusaha dan patuh perintahNya, berkemungkinan Allah S.W.T mahu menguji kesabaran dan keimanan kita kepadaNya. Dan juga jika kita tidak berusaha dan tidak patuh kepadaNya namun tetap diberikan hidup yang senang-lenang, berkemungkinan kemewahan itu bertujuan untuk menyesatkan kita. Oleh itu, kita haruslah sentiasa bermuhasabah diri.

IKLAN


Terdapat sebuah kisah tentang seorang ahli ibadah yang ingin masuk ke dalam syurga hanya dengan amalannya. Mari kita selami kisah ini dan ambil teladan.

Dari Jabir bin Abdullah, dia berkata "Suatu hari kami keluar bersama Rasulullah S.A.W. Di tengah perjalanan baginda bersabda. "Sebentar tadi Jibril datang kepadaku, dan berkata: "Wahai Muhammad, dahulu kala Allah mempunyai seorang hamba yang sangat soleh. Dia beribadah kepada Allah selama lima ratus tahun. Seluruh hidupnya diabadikan hanya kepada Allah. Dia tinggal di puncak sebuah gunung yang terletak di tengah lautan. Luas dan tinggi gunung tersebut sekitar tiga puluh hasta, sementara lautnya terbentang luas sekitar empat ribu farsakh.

Tidak jauh dari tempat dia beribadah, di kaki gunung, keluarlah air tawar sebesar jari yang keluar dari celah-celah batu sebagai tempatnya menghilangkan rasa haus. Di tempat tadi juga ada sepohon delima yang setiap malam mengeluarkan buahnya. Apabila petang hari tiba, dia turun dari puncak guung menuju kepada air tawar tadi untuk mengambil wudhu sekaligus meminum dan memakan buah delima sebagai mengisi perutnya yang kosong. Setelah itu dia kembali beribadah. Demikianlah rutinnya sehari-hari.

IKLAN


Suatu hari dia memohon kepada Allah agar dimatikan dalam keadaan sujud, lalu Allah mengabulkan permintaannya itu. Dia pun mati dalam keadaan sujud. Ketika dia sudah berada di hadapan Allah (pada hari Kiamat), Allah kemudian berfirman: "Wahai hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga dengan rahmat-Ku,". Hamba itu menjawab, "Ya Allah, aku masuk ke dalam syurga kerana amalku, bukan kerana rahmat-Mu,". Allah kembali berfirman: "Wahai hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga dengan rahmat-Ku,". Hamba tadi kemudian menjawab kembali, "Ya Allah, bukan kerana rahmat-Mu aku masuk ke dalam syurga, melainkan kerana ibadahku. Aku habiskan seluruh umurku hanya untuk beribadah kepada-Mu,".

Allah lalu berfirman: "Hamba-Ku ini membandingkan nikmat yang telah Aku berikan dengan amal ibadah yang telah dilakukannya. Ketahuilah wahai hamba, nikmat penglihatan sahaja yang Aku berikan kepadamu itu cukup untuk membalas amal ibadahmu yang lima ratus tahun itu, belum lagi dengan nikmat-nikmat-Ku yang lain,". Allah berfirman lagi: "Baiklah wahai hamba, mendekatkanlah dan jawablah pertanyaan-pertanyaan-Ku ini. Wahai hamba, siapakah yang telah menciptakanmu dari tiada?". Hamba itu menjawab: "Engkau ya Allah." Allah kembali bertanya: "Siapa yang memberimu kesihatan sehingga kau dapat beribadah selama lima ratus tahun?". Hamba itu kembali menjawab: "Engkau ya Allah,"

IKLAN


Allah kembali bertanya: "Siapa yang menempatkanmu di tengah lautan sehingga kau dapat beribadah dengan tenang? Siapa pula yang telah mengeluarkan air tawar sebagai tempatmu minum padahal kau berada di tengah lautan yang masin airnya? Siapa pula yang telah mengeluarkan buah delima dari pohonnya yang selalu berbuah setiap hari sebagai makananmu padahal buah itu (sepatutnya) ada setahun sekali? Siapa pula yang mematikan ketika kau sedang sujud?" Hamba itu menjawab: "Engkau ya Allah". Allah kembali berfirman: "Semua itu adalah rahmat-Ku, dan kerananya (rahmat) pula Aku memasukkanmu ke dalam syurga-Ku. Engkaulah hamba-Ku yang paling beruntung, kerananya masuklah ke dalam syurga." Hamba itu kemudian masuk ke dalam syurga Allah.

Demikianlah sebuah kisah yang sangat bermanfaat dan perlu kita ambil pelajaran darinya bahawa sebesar mana pun amal yang kita lakukan, tidaklah terbanding dengan nikmat-nikmat yang telah dikurniakanNya. Jika kita solat seharian 24 jam sekalipun, masih tidak boleh membayar segala nikmat yang Allah berikan. Sedangkan tangan yang mengangkat takbir dan mulut yang membaca kalimah Allah ketika kita bersolat itu sahaja adalah pemberian Allah. Tanpa semua itu, bukan sahaja solat, malah bernafas pun kita tak mampu.

IKLAN


Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat Allah S.W.T. Amin.


==============================

ANDA INGIN IKLANKAN DAN VIRALKAN PRODUK ATAU SERVIS ANDA SEPERTI INI??

WHATSAPP SEGERA KE:

+6011-11966553
+6011-11966553
+6011-11966553


KAMI MEMPUNYAI MEDIUM ONLINE SEPERTI
INSTAGRAM,FACEBOOK DAN BLOG
YANG MAMPU VIRALKAN PRODUK DAN SERVIS ANDA!




Antara Bandar-Bandar Di Dunia Yang Digelar Sebagai "Zon Dosa"



Sesetengah bandar yang ada di dunia ini, sudah tentu pesta seks, arak dan sebagainya telah menjadi pusat tumpuan kepada pelancong luar untuk berhibur. Hal ini juga dapat menjana pendapatan ekonomi yang sangat lumayan. Tidak hairanlah mengapa mereka sering berkunjung ke seluruh dunia.

Mari kita lihat bandar mana yang penuh dengan dosa:

1- Pattaya, Thailand : Bandar Seks

Pattaya merupakan syurga seks yang paling banyak dikunjungi oleh para pelancong di seluruh dunia. Di sini terdapat banyak pertunjukan seks dan tarian transeksual yang menjadi tarikan utama oleh pelancong di bandar yang terletak di sisir Teluk Thailand, sebelah Tenggara Bangkok ini. Tidak perlu untuk menunggu sehingga waktu malam kalau nak cari pelacur kerana di sini mereka beroperasi 24 jam. Tidak pelik juga jika pondan cantik ditawarkan di sepanjang jalan di bandar Pattaya ini.

IKLAN


2- Las Vegas : Bandar Judi

Las Vegas merupakan syurga bagi kaki judi. Di sini, ramai yang boleh berjudi tak kira siang atau malam kerana hampir seluruh wilayah Las Vegas telah meyediakan tempat untuk berjudi walaupun belum sah sepenuhnya di sisi undang-undang. Para pelacur juga menjadi daya tarikan aktiviti di setiap kasino yang ada. Tidak kisah walau apa pun latar belakang seorang pengunjung itu, Las Vegas tetap menjadi tempat persinggahan utama yang terbaik di Amerika. Moto "Go and Sin" yang digunakan oleh industri judi tersebut sudah sememangnya menarik perhatian bagi kaki judi.

IKLAN


3- Rio de Janeiro, Brazil : Bandar 'Topless'

Semestinya kita tahu bahawa ramai wanita Brazil ini memiliki wajah yang membuatkan para lelaki terpesona dengan kecantikan mereka. Jadi, tidak hairanlah jika kebanyakan Top Supermodel berasal dari sini. Kalau anda berkunjung di pantai-pantai sana, jangan terkejut melihat ramai wanita di situ yang hanya kelihatan separuh bogel. Mereka tidak kisah untuk lalu lalang tanpa seurat benang di bahagian dada dan suasana semakin liar jika matahari hampir terbenam. Di sini terdapat juga beberapa rumah pelacuran di persisiran pantai untuk mereka yang ingin memuaskan nafsu. Aktiviti pelacuran merupakan satu industri yang sah di bandar ini.

IKLAN


4- Manama, Bahrain : Bandar Pesta

Ucapan "Selamat Datang ke Pesta Oasis Timur Tengah" akan seringkali diucap jika anda berkunjung di sini. Seperti yang kita tahu, kerajaan di Arab Saudi mengeluarkan undang-undang yang sangat ketat untuk rakyatnya jika ingin mengadakan pesta. Walaupun bandar Manama, Bahrain ini berdekatan dengan Arab Saudi, namun di Manama, apa jua perkara boleh dirunding. Tidak kisah sama ada pesta seks mahupun 'clubbing', jangan risau kerana ianya adalah perkara biasa dan sah. Meskipun bandar ini merupakan bandar yang ramai penduduknya beragama Islam di kawasan padang pasir, namun sejak tahun 2004, semuanya telah berubah dan mengamalkan budaya barat.

IKLAN


Order sekarang HARI INI JUGA!!

Untuk dapatkan harga promosi:

TAIP: "NAK HARGA PROMOSI 2 BOTOL"
TAIP: "NAK HARGA PROMOSI 2 BOTOL"
TAIP: "NAK HARGA PROMOSI 2 BOTOL"

WHATSAPP KE:

+6011-11966553
+6011-11966553
+6011-11966553

===========================

ANDA INGIN IKLANKAN DAN VIRALKAN PRODUK ATAU SERVIS ANDA SEPERTI INI??

WHATSAPP SEGERA KE:

+6011-11966553
+6011-11966553
+6011-11966553


KAMI MEMPUNYAI MEDIUM ONLINE SEPERTI
INSTAGRAM,FACEBOOK DAN BLOG
YANG MAMPU VIRALKAN PRODUK DAN SERVIS ANDA!






Telan Duit Kertas RM28,000 Selepas Bergaduh Dengan Suami.



Seorang wanita Columbia bertindak menelan wang kertas berjumlah AS$7,000 (RM28,000) ketika bergaduh dengan suaminya.

Mirror.co.uk melaporkan, wanita berusia 30 tahun itu menelan wang kertas AS$100 yang merupakan wang yang diperoleh hasil menjual beberapa barangan elektrik di rumahnya dan mahu digunakan untuk pergi bercuti bersama suami.

IKLAN


Tidak dapat dipastikan punca pergaduhan tetapi laporan menyebut wanita itu terdesak untuk menyembunyikan wang itu dari si suami.

Doktor terpaksa menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan wang kertas daripada perut wanita terbabit.

IKLAN


Menurut Pengarah Unit Pembedahan Hospital Universiti Satander, sebanyak 57 keping not AS$100 dikeluarkan daripada perut dan usus kecil wanita yang tidak dinamakan itu.

Kebanyakan wang kertas terbabit dikeluarkan menerusi saluran usus manakala kecil dan selebihnya melalui usus besar.

"Duit itu ditelan tanpa dibaluti dengan plastik, menunjukkan tindakan wanita itu sebagai terdesak," katanya.

IKLAN

Order sekarang HARI INI JUGA!!

Untuk dapatkan harga promosi:

TAIP: "NAK HARGA PROMOSI 2 BOTOL"
TAIP: "NAK HARGA PROMOSI 2 BOTOL"
TAIP: "NAK HARGA PROMOSI 2 BOTOL"

WHATSAPP KE:

+6011-11966553
+6011-11966553
+6011-11966553


=============================

ANDA INGIN IKLANKAN DAN VIRALKAN PRODUK ATAU SERVIS ANDA SEPERTI INI??

WHATSAPP SEGERA KE:

+6011-11966553
+6011-11966553
+6011-11966553


KAMI MEMPUNYAI MEDIUM ONLINE SEPERTI
INSTAGRAM,FACEBOOK DAN BLOG
YANG MAMPU VIRALKAN PRODUK DAN SERVIS ANDA!




Punca Gusi Berdarah Ketika Menggosok Gigi.


Perasan tak kalau bangun pagi waktu gosok gigi mesti ada berdarah sikit? Adakah tanda gusi kita sebenarnya bermasalah?
Ya betul, itu tanda-tanda gusi sebenarnya bermasalah, berikut ini 3 sebab yang anda kena tahu kenapa gusi berdarah.

IKLAN

Kita tertinggal satu, dua ruang
Kemungkinan ada beberapa ruang dimana berus gigi kita tidak kena ketika gosok gigi. Ini merupakan punca gusi kita berdarah .
Hormon.

IKLAN

Paras hormon yang turun naik juga menjadi punca gusi akan berdarah. Sebagai contoh, ketika baligh, hamil atau monopouse akan menyebabkan kita jadi lebih sensitif kepada plak, dan perkara ini akan menyebabkan pendarahan pada gusi.

IKLAN

Stres, kurang tidur dan diet yang betul
Punca stres, tidur tak cukup juga pendorong masalah gusi berdarah ini.

IKLAN

Asyik Muatnaik Gambar Makanan Di Media Social, Dia Dicerai Suami.

Sumber Google


Seorang wanita di Amman, Jordan dicerai oleh suaminya gara-gara sibuk mengambil gambar makanan untuk dimuatnaik ke laman sosial.

IKLAN


Perbuatan ini mencetus kemarahan si suami apabila isterinya memaksa si suami untuk berhenti makan agar dia dapat mengambil gambar makanan dan dikongsi ke aplikasi Snapchat.

Menurut sumber, pasangan ini sedang menikmati makan malam yang mewah dan sebelum itu, pasangan ini sudah menunggu selama 30 minit untuk makanan tiba gara-gara pelanggan terlalu ramai.

IKLAN


Namun, selepas menunggu lama, suami yang kelaparan dipaksa untuk tidak menyentuh makanan itu sebelum isterinya mengambil makanan tersebut.

Keadaan menjadi tegang apabila lelaki tersebut hilang sabar dengan kelakuan isteri dan terus melafazkan talak sebelum meninggalkan restoran tersebut.

IKLAN


IKLAN


Order sekarang HARI INI JUGA!!

Untuk dapatkan harga promosi:

TAIP: "NAK HARGA PROMOSI 2 BOTOL"
TAIP: "NAK HARGA PROMOSI 2 BOTOL"
TAIP: "NAK HARGA PROMOSI 2 BOTOL"

WHATSAPP KE:

+6011-11966553
+6011-11966553
+6011-11966553


=================================

ANDA INGIN IKLANKAN DAN VIRALKAN PRODUK ATAU SERVIS ANDA SEPERTI INI??

WHATSAPP SEGERA KE:

+6011-11966553
+6011-11966553
+6011-11966553


KAMI MEMPUNYAI MEDIUM ONLINE SEPERTI
INSTAGRAM,FACEBOOK DAN BLOG
YANG MAMPU VIRALKAN PRODUK DAN SERVIS ANDA!




"Gay Boy" Menyamar Janda Anak 1 Tipu Ramai Lelaki!

Seorang lelaki menjadi mangsa seorang lelaki gay yang menyamar sebagai wanita di Facebook dan turut memperdayakan ramai lelaki sehingga mereka kerugian RM7,000-RM16,000.



Manna Melynna memuat naik di facebook sebuah status menunjukkan hasil siasatannya sendiri terhadap suspek terbabit.

“Hasil siasatan saya, Haris Syakirin Shukri, 23, berasal dari Kampung Belakang Pendang, Kedah, menggunakan gambar orang lain dan menyamar menjadi Chinta Chanduri dan Syarifah Syakilla dengan menagih simpati orang kononnya dia janda anak satu, bercerai kerana dipukul suami,” katanya.

IKLAN


Tambah Manna, suspek turut mengajak mangsa untuk bertunang atau berkahwin, lalu disuruh memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya untuk membeli cincin tunang atau kahwin.

Apa yang melucukan, selepas berjaya ‘dicekup’ suspek bagaimanapun mendakwa dirinya disihir seseorang di mana dia disihir masuk ke dalam badan seorang lelaki. Dan dia perlu minum sperma orang yang dia suka kalau nak kembali ke susuk tubuh asal.

IKLAN


“Secara berdepan, saya agak terkejut kerana dia memang pandai meniru suara perempuan.

“Mangsanya kebanyakan orang Melayu dan warga asing terutama dari Indonesia yang mengalami kerugian sebanyak RM7,000 hingga RM16,000,” katanya.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata hairan bagaimana mereka boleh percaya untuk memberikan sejumlah wang besar walaupun masih belum pernah bersemuka.

“Paling bodoh rasanya bank in 7k nak beli cincin tunang, tapi tak pernah jumpa bakal tunang. Tak masuk akal,” komen netizen.

IKLAN


Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Diharap kejadian sebegini tidak berulang lagi. Kepada pengguna laman sosial, janganlag sewenangnya memberikan wang kepada sesiapa yang dikenali menerusi laman sosial. Siasat dahulu latar belakangnya.

Sumber: facebook/Manna Melynna


IKLAN




Order sekarang HARI INI JUGA!!

Untuk dapatkan harga promosi:

TAIP: "NAK HARGA PROMOSI 2 BOTOL"
TAIP: "NAK HARGA PROMOSI 2 BOTOL"
TAIP: "NAK HARGA PROMOSI 2 BOTOL"

WHATSAPP KE:

+6011-11966553
+6011-11966553
+6011-11966553

===========================


ANDA INGIN IKLANKAN DAN VIRALKAN PRODUK ATAU SERVIS ANDA SEPERTI INI??

WHATSAPP SEGERA KE:

+6011-11966553
+6011-11966553
+6011-11966553


KAMI MEMPUNYAI MEDIUM ONLINE SEPERTI
INSTAGRAM,FACEBOOK DAN BLOG
YANG MAMPU VIRALKAN PRODUK DAN SERVIS ANDA!



Sudah Tidak Bernyawa Ketika Pengasuh Serahkan Anak,



Pelbagai kes kecuaian sejak kebelakangan ini kedengaran di laman media sosial dan ini membimbangkan ramai ibu bapa.

Namun, mereka tiada pilihan lain selain hanya mampu berdoa dan berharap tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Shauqiei Bey di facebook telah memuat naik berkongsi pengalaman, didakwa tersedak susu ketika dibawah jagaan pengasuh. Apa yang dikesalkan ialah sikap tidak bertanggungjawab dan ambil mudah pengasuh tersebut. Baca perkongsian beliau berikut ini.

IKLAN


27 April 2017

Seorang anak yang sangat comel telah dijemput Ilahi. Adam Aryan telah ditetapkn Allah hayat hanya 104 hari. Adam tersedak susu dibawah jagaan pengasuh yang tidak bertanggungjawab dan sangat ambil mudah berkenaan nyawa Adam.

Adam dihantar ke pengasuh jam 12 tengahari. Jam 3 petang lebih ibu Adam whatsApp pengasuh tanya berkenaan Adam, pengasuh jawab Adam menangis, ibu Adam mintak snap gambar Adam namun pengasuh hanya diam.

IKLAN


Jam 6 petang Papa Adam pergi menjemput Adam. Muka pengasuh agak terkejut tengok papa Adam (sebab biasa jika hantar Adam jam 12 tengahari jam 9 malam baru jemput). Pengasuh cakap nak siapkan Adam. Setelah 45 minit baru pengasuh muncul bawa Adam (terlalu lama pengasuh ambil masa siapkan Adam).

Ketika pengasuh serahkan Adam kepada papanya, Adam sudah tidak bernyawa sudah tidak bernyawaaa, tanpa ada rasa bersalah serahkan Adam yang sudah tidak bernyawa. Adam sudah menjadi mayat. Adam sudah biru. Sudah kaku. Pengasuh dengan selamba cakap Adam tersedak susu, tu teksi dah ada bawa la ke hospital. Mudahnya kau wahai pengasuh… Kau tak panggil ambulan kau tak call ibu dan papa Adam, langsung tak info.

IKLAN


Setelah dibawa ke hospital doktor jangka Adam sudah meninggal jam 5 petang lagi. Andai kata papa Adam jemput Adam waktu biasa jam 9 malam tak tau la apa jadi. Mudahnya kau bermain dengan nyawa manusia. Statement kepada polis pengasuh ada buat CPR kepada Adam.

Persoalannya: Apakah CPR itu tindakkan yang betul untuk budak tersedak susu??? Apakah pengasuh mempunyai kelayakkan untuk buat CPR??? Jika tiada ilmu CPR kau bukan jadi penyelamat, tetapi menjadi pembunuh!!!

Kami redha dengan ketentuan ini. Kami juga menuntut keadilan untuk Adam. Supaya tiada lagi ibubapa yang senasib kami. Sesiapa yang ada pengalaman seperti kes ini harap dapat membantu untuk membawa ke muka pengadilan.

IKLAN


Semoga papa Adam Wan Azizie dan ibu Adam Nurul Izzah Ayuni tabah menghadapi ujian ini.

Sumber : Facebook/Shauqiei Bey

=================================

ANDA INGIN IKLANKAN DAN VIRALKAN PRODUK ATAU SERVIS ANDA SEPERTI INI??

WHATSAPP SEGERA KE:

+6011-11966553
+6011-11966553
+6011-11966553


KAMI MEMPUNYAI MEDIUM ONLINE SEPERTI
INSTAGRAM,FACEBOOK DAN BLOG
YANG MAMPU VIRALKAN PRODUK DAN SERVIS ANDA!