Thursday, May 4, 2017

10 Perkara Pasti Terjadi Ketika Ramadhan

Bila tiba bulan puasa, kita akan berhadapan dengan pelbagai dugaan. Ada dugaan kecil (macam nampak budak kecik minum air tebu ais ikat tepi) dan juga dugaan besar (macam nampak betis janda).



Apa yang paling menarik, kadang-kala kita turut sama buat perkara yang buat orang lain menyampah. Dan jangan lupa, anda diuji dengan status Facebook, perangai rakan yang mintak makan kaki dan macam-macam lagi.

1. Update Lokasi Berbuka Puasa Sambil Merendah Diri,

“Hari ini berbuka puasa di Victoria Station je, Alhamdulillah” #Syukur #FirstDayPuasa #Humble

IKLAN


2. Pengejar Pahala #FollowersPerluTahu.

“Alhamdulillah, walaupun tumit rasa macam nak tercabut tapi masih diberi peluang tarawih sebanyak 21 rakaat. Jika tidak keberatan saya akan update status sebelum tahajud nanti, Insya-Allah”

3. Mencari Helah Untuk Melengahkan Bersahur.

“Lain kali kalau kita terbangun pagi, jangan tengok jam terus, nanti kita boleh minum air. Kalau tersedar dah masuk Subuh memang tak boleh minum apa-apa dah. Tekak kering, bro”

IKLAN


4. Menggunakan Wajah Rakan Persis Kaum Lain Untuk Beli McD.

“Eh, kau suruh si Latif tu beli McChicken, muka dia macam Cina. Muka aku pure Melayu. Pergi beli, kita makan kat rooftop” (Ini baru semangat 1Malaysia. Wee hooo!)

5. Ustaz di Facebook
Yang ini kami tidak berani usik lebih sebab biasanya kami sentiasa kalah kalau berdebat. Jangan marah, ya.

IKLAN


6. Kebanjiran Gambar Juadah berbuka di Instagram
Ini memang tidak dapat elak. 

Kami pun hanya mampu telan air liur. Ada gambar siput sedut masak lemak, kambing golek. Aduh, sedap! Erm, Vitdaily buat macam ini tidak mengapa,kan?

7. Rakan Serumah Yang Berpuasa Mengikut Waktu Oversea.

Ketika kita bangun pagi sebelum pergi kerja di bulan Ramadhan, tiba-tiba bau sardin padu digoreng bersama telur dadar. Kemudian bau nasi ditanak pula menusuk hidung. Inilah rakan-rakan kita yang berpuasa mengikut waktu oversea. Kami hampir terjerumus mengikut jemaah mereka ini saban tahun. Hampir.

IKLAN


8. Jenaka dan Harapan Hambar Ramadhan.

“Untungnya kalau bersahur di Semenanjung lepas itu berbuka di Sabah atau Sarawak” – kita semua ada kawan macam ini.

“Eh, tak boleh sentuh-sentuh ini, batal puasa” – Melodi

“Mak, adik tak tahan sakit perut sangat. Tak nak berak, nanti batal puasa” – Adik, seorang kanak-kanak belum mummayiz.

“Tahun ini aku tak nak tinggalkan terawih” – Ini anda dan harapan anda setiap tahun. Kalau cukup, kami tabik satu kali.

IKLAN


9. Penunggu Moreh.

Golongan ini biasanya adalah kanak-kanak yang bising lebih tapi tak sembahyang terawih pun. Sekali dia tibai moreh, terkebil mata pakcik-pakcik. Well, kami juga dulu penunggu moreh (Anda pun mengaku saja lah).

10. Fenomena Masjid Semakin Kurang Orang Menjelang Raya.

Sehingga ke hari ini, fenomena ini masih lagi menjadi satu misteri. Kami pun tidak tahu mengapa ini selalu berlaku.

IKLAN



==================================


ANDA INGIN IKLANKAN DAN VIRALKAN PRODUK ATAU SERVIS ANDA SEPERTI INI??

WHATSAPP SEGERA KE:

+6011-11966553
+6011-11966553
+6011-11966553


KAMI MEMPUNYAI MEDIUM ONLINE SEPERTI
INSTAGRAM,FACEBOOK DAN BLOG
YANG MAMPU VIRALKAN PRODUK DAN SERVIS ANDA!



No comments:

Post a Comment