Thursday, March 30, 2017

OHSEM Kos Perkahwinan Mudah Cuma RM4,710 & Tiada Hantaran

Tak habis-habis lagi meluat mengenai hantaran RM20K? Masing-masing ada pendapat yang berbeza dalam isu ini isu hantaran. Tak kurang ada juga berkongsi pengalaman.

Reginadia Abu Hassan di facebook telah kongsikan kos perkahwinan dirinya yang cukup rendah cuma RM4,710 sahaja. baca berikut ini perkongsian Reginadia ini yang telah diterjemahan ke Bahasa Melayu.



Terbaca satu catatan di Facebook di mana saya sendiri berpendapat, adalah tidak masuk akal.

Untuk perkahwinan saya, (saya & suami) cuma mencetak 40 kad jemputan. Kami menyewa sebuah rumah yang cantik. Kami tiada pengapit lelaki atau pengapit perempuan. Kami tidak mengupah mana-mana MC. Kami tiada jamuan makan Temuan atau apa-apa jelah. Tiada kek perkahwinan. Tiada kompang, silat, menari sekalipun. Kami tiada apa-apa aturan jadual yang ditetapkan untuk VIP. Ibu bapa saya tidak meminta apa-apa “Hantaran” walau RM0.01 dari pengantin lelaki kerana ia adalah perkahwinan saya bukan mereka lol.



Kami menghabiskan,

Ruang acara: RM1100 (Untuk DUA malam)
Makanan: RM1000
Hadiah: RM120
Katil pengantin: RM800 (diskaun)
Kad jemputan: Ditaja
Pakaian perkahwinan: Jubah lelaki RM180 & pengantin perempuan baju kurung RM120 (saya beli dalam talian haha)
Kasut: RM200 untuk pengantin lelaki & RM90 untuk pengantin perempuan
Make-up: RM200
Inai: RM150
Jurugambar: RM750 (diskaun)

JUMLAH: RM4710

Suami saya membelanjakan,

Cincin perkahwinan & RM120 untuk Mas Kahwin (Sarawak)
Saya & suami saya bekerja untuk dapatkan RM4,710 bersama-sama menjadikan ia realiti. Tiada perkara seperti,



“… dan kau ingat perempuan saje-saje mintak hantaran tinggi?”

Mengarut.

Jemputan kurang daripada 100 orang (rakan rapat & keluarga) datang ke majlis perkahwinan kami yang ternyata menjadi hari yang paling indah & tidak dapat dilupakan dalam hidup kami. Sangat intim, indah & diberkati dengan orang bersopan & apa yang paling penting, dengan hanya RM4710 tanpa “Hantaran”.

Hari perkahwinan kami menjadi yang paling eksklusif disemat dalam gambar & kenangan. Alhamdulillah.

Kuncinya adalah, Kurang Itu Lebih



P /S: Saya tahu, “Ia tidak semudah itu, anda tidak tahu ibu bapa saya macam mana”. Benar bahawa ibu bapa saya sedikit lembut tetapi ada juga permintaan sebelum & selepas, mereka faham ianya hari besar adalah hidup saya (& suami saya juga). Mereka faham. Apapun, semoga berjaya.

 P/S: Kesiankan pihak lelaki. Nak hidup bersama, kenalah bersama mulakan. In Sha Allah, dipermudahkan. Aamiin.

Sumber: Reginadia Abu Hassan

Harga Dara Seorang Model, 11 Juta

London: Seorang remaja Romania berusia 18 tahun mendakwa sudah menjual daranya kepada ahli perniagaan Hong Kong dengan harga £2 juta (RM11 juta) tahun lalu, walaupun ibu bapanya mengancam tidak akan mengaku dia sebagai anak jika meneruskan niatnya itu.



Remaja itu, Khefren, model pakaian dalam dari Bucharest, urusan penjualan daranya itu diuruskan Cinderella Escorts, laman web berpangkalan di Jerman yang mengambil komisyen 20 peratus daripada £2 juta itu.

inRead invented by Teads
“Lebih baik saya menjual dara melalui Cinderella Escorts daripada memberinya ‘percuma’ kepada teman yang kemudian saya ditinggalkan. Saya rasa ramai perempuan berfikiran seperti saya.



“Berapa ramai yang sedia melakukan seks pertama kali dengan percuma jika boleh mendapat 2.3 juta euro (£2 juta)?” katanya.

Menurutnya, ahli perniagaan itu amat mesra dan pertemuan pertama mereka ditemani kakitangan Cinderella Escorts.

Menurut Cinderella Escorts sebelum ini, remaja itu dan pelanggannya bertemu di Jerman.



Menurut agensi itu, lebih 300 anak dara menghubungi mereka sejak Khefren mengumumkan secara terbuka mahu menjual daranya.

Ibu bapanya yang kemudian mengetahui perkara itu menjadi berang dan merayu agar dia tidak meneruskan hasratnya. Meski diancam bapanya, Toni, seorang anggota polis dan ibunya untuk tidak mengakui remaja itu anak mereka, Khefren tetap berkeras.



Harga pembukaan untuk lelongan daranya ialah €1 juta Euros (RM4.8 juta). Khefren mendakwa berbuat demikian bagi mendapatkan wang selepas keluarganya bakal kehilangan rumah dan membiayai pengajiannya di Universiti Oxford. - Daily Mail

“Hantaran Mahal Sampai RM13k, Tapi Sekarang Jadi Janda”

Kalau sebelum ini, nama gadis ‘anak mami’ Farah Elmo menjadi bualan ramai selepas videonya viral di media sosial.



Kali ini muncul pula video seorang wanita dari Kelantan yang menasihati golongan wanita supaya tidak meletakkan hantaran terlalu tinggi.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Nurul Adeline Daud, dia berkongsi pengalamannya yang pernah mendirikan rumah tangga, namun perkahwinannya tidak bertahan lama.Dalam video tersebut, Nurul Adeline mengatakan tiada guna jika wanita itu meletakkan hantaran tinggi sehingga menyebabkan bakal suami terbeban dengan hutang atau mempunyai suami yang panas baran.



“Hantaran mahal tak guna kalau dapat suami yang panas baran, pukul isteri dan curang. RM20K, RM30K tak guna dik kalau sepanjang hidup merana.

“Tengok contoh seperti kak, akak ni seorang janda, tiada anak. Kak nikah hantaran RM13,188 sebab sempena dengan tarikh lahir akak 13.1.1988. Tapi kesudahannya, suami panas baran, curang dan kaki pukul,” katanya.



“Hantaran mahal itu kalau awak (berperangai) molek, tak selfie, tak gila publisiti murahan di Facebook, atau molek-moleklah (sifat baik lain)… rasanya ada orang (lelaki) yang sanggup bayar (hantaran) RM20K, tapi cermin diri dululah sebelum nak minta orang (bayar hantaran) mahal-mahal.

Nurul Adeline turut menasihati golongan wanita supaya memikirkan masa depan dan bukannya hanya melihat kepada jangka masa pendek dengan meletakkan hantaran yang terlalu tinggi sehingga akhirnya membebankan kedua-dua pasangan.



- Malaysia Digest

Ibu Terakam Foto Comel Anak 2 Tahun 'Posing' Bersama Pemangsa Berbisa , Sangkakan Dahan Pokok

Seorang ibu terkejut besar apabila mendapati aksi comel anaknya ketika sedang membuat sesi bergambar di satu kawasan di Australia di temani dengan seekor makhluk berbahaya - seekor ular Eastern brown - ular kedua paling berbisa di dunia (sumber: Wikipedia).



Jika diperhatikan betul-betul, terdapat seekor ular menjalar berdekatan dengan kaki anaknya itu dan ketika gambar itu dirakam, mereka langsung tidak sedar akan kehadiran makhluk berbisa itu.



Bianca Dickinson berkata, dia perasan ada sesuatu bergerak ketika sesi mengambil gambar itu tetapi dia menganggapnya sekadar dahan pokok yang bergerak kerana ditiup angin.

Bagaimanapun, ketika dia perhatian dengan lebih teliti, dia terkejut besar apabila mendapati objek bergerak itu adalah seekor ular  Eastern brown, yang berkedudukan hanya beberapa meter dari anaknya, Molly.



Bianca berkata, dalam hati dia mahu terus membawa Molly lari tetapi dia sedar, jika berbuat demikian, ular itu mungkin akan mengganas.

"Saya rasa kerana saya berdiri tegak, dan Molly pun tegak, ular itu menjalar melepasi kami," kata Bianca.

Selepas keadaan selamat, Bianca membawa Molly ke tempat yang selamat.

"Apabila saya sampai di rumah, saya periksa kamera dan menemui gambar ini," katanya.

Tambah Bianca lagi, Molly langsung tidak perasan akan kehadiran makhluk itu.

"Saya pula sebaliknya. Saya tidak dapat tidur malam dan hanya makan sekali sahaja selepas kejadian ini berlaku (pada Rabu)."



Ular yang dikenali sebagai The East brown itu merupakan ular kedua paling berbisa di dunia dan ia merupakan ular yang paling bertanggungjawab ke atas kebanyakan kematian akibat gigitan ular di Australia.

Dua Kali Lafaz..

Tahniah diucapkan buat dua jiwa yang saling mencintai, Nora Danish dan juga Nedim Nazri kerana telah selamat bergelar suami isteri. Pasangan ini telah diijabkabulkan di sebuah lokasi berdekatan Seputeh, Kuala Lumpur, dengan dua kali lafaz.




Majlis yang diadakan secara tertutup tersebut dalam masa yang sama turut dihadiri oleh saudara dan rakan terdekat Nora dan juga Nedim.


Memetik kenyataan Nora kepada BH Online sebelum ini, pelakon wanita ini mengharapkan agar perkahwinan kali kedua ini akan berkekalan. Lebih beruntung, peminat setia Nora Danish sememangnya sentiasa mendoakan kebahagiaan pasangan ini.



Apa pun, semoga ikatan yang terjalin ini akan terus dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Malah ramai yang menantikan destinasi seterusnya untuk pasangan ini berbulan madu.








Ahli Geng 360 Devan Didakwa

Kajang: Enam lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, Geng 360 Devan dua tahun lalu.

Anggota Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang(STAFOC) Mengawal Ahli Geng 360 Devan - Foto HarianMetro


Tiada pengakuan dibuat oleh enam tertuduh, Muhammad Rushlan Abdullah, B Letchumanan, K Alagasuveeran, 41, M Paramaguru, R Sathies dan Elangonaidu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noridah Adam.


Mengikut pertuduhan, enam tertuduh yang berusia antara 31 hingga 44 tahun itu didakwa menjadi ahli kumpulan Geng 360 Devan di MV Empayer Sdn Bhd, No 1-B Jalan Perniagaan Masria 1, Pusat Perniagaan Masria, Batu 9, Cheras di sini, antara 1 Januari 2015 hingga 7 Februari 2017.



Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum penjara 20 tahun.

Mahkamah tidak menetapkan sebarang jaminan dan menetapkan 8 April depan untuk sebutan semula.


"Nasi Lemak GAY Saya Jual Bukan Bermaksud Homoseksual, Tetapi Ada maksud Lain," Pemilik Nasi Lemak Gay Tampil Beri Penjelasan



Beberapa hari lalu menjadi tular di media sosial kisah seorang lelaki menjual nasi lemak dengan menggunakan nama Nasi Lemak Gay di gerainya yang mendapat kecaman ramai netizen.



Kerana kecaman itu, gerai berkenaan yang beroperasi sejak Januari terpaksa ditutup buat sementara bagi meredakan keadaan.

Pemiliknya Adi Yusuf telah tempil menjelaskan memberikan penjelasan mengenai maksu perkataan GAY yang digunakannya itu,  katanya nasi lemaknya itu tidak bermaksud lelaki gay atau homoseks tetapi singkatan Gerai Adi Yusuf, lapor mStar Online.

“Saya tidak sangka ia kecoh satu Malaysia. Saya terus kena kecam. Kuasa media sosial sangat menakutkan.” 

“Saya ambil keputusan untuk berhenti berniaga buat sementara selepas menerima banyak kecaman. Saya tunggu ia reda dahulu,” katanya.



Adi menyatakan dia tidak menyangka iklan nasi lemaknya yang dimuatnaik Selasa lalu mencetuskan kontroversi dalam sekelip mata.



“Saya bukan letak nama Nasi Lemak Gayboy pun. Saya tidak sangka masyarakat terus menghina saya dan menjatuhkan hukum tanpa usul periksa,” katanya yang beroperasi di Cheras. 

Van dipercayai bawa mayat Jong-nam tiba di KLIA

KELIHATAN sebuah kenderaan pengurusan jenazah berwarna kelabu masuk ke Kompleks Mas Kargo KLIA dari Institut Perubatan Forensik Negara Hospital Kuala Lumpur dipercayai membawa mayat abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam untuk proses dihantar pulang. - Foto BHONLINE


SEPANG: Van Toyota Hiace yang dipercayai membawa mayat abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam, dilihat memasuki Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 2.47 petang. Sejurus tiba, kenderaan itu terus melalui pintu pagar automatik untuk pemeriksaan sebelum menuju ke bahagian kargo.



 Difahamkan, mayat Jong-nam akan dibawa ke Beijing, China menerusi pesawat Malaysia Airlines MH360 yang dijangka berlepas jam 6 petang ini.

JKM Cari Waris Dua Bayi

Kuala Lumpur: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan ibu bapa kandung atau waris kepada seorang bayi lelaki berusia lapan bulan.



Bayi berkenaan dilahirkan pada 18 Julai 2016 di Hospital Kuala Lumpur sebelum ditinggalkan ibu kandungnya, Zuraida Mohd Suki yang dipercayai melarikan diri.


Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Zuraida atau warisnya boleh menghubungi Pelindung di Bahagian Kanak-kanak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Norazimah Yusoh di talian 0326124035.



Sementara itu, JKM juga mahu kerjasama orang ramai untuk mengesan ibu bapa kandung atau waris kepada seorang bayi berusia dua bulan yang ditinggalkan di HKL.

Bayi terbabit adalah kes bayi kelahiran pramatang dan ditahan di HKL untuk rawatan sejak dilahirkan pada 25 Januari lalu.

Namun, dalam tempoh bayi itu menerima rawatan, ibu kandungnya iaitu Ponijah didapati menghilangkan diri dari hospital dan tidak dapat dihubungi.

JKM mencari ibu kandung kanak-kanak bagi membantu siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pelindung di Bahagian Kanak-kanak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Noor Azlin Che Kamaruddin di talian 0326124000 sambungan 4038.


Akur Valet Doa diarah Tutup

Kuala Lumpur: Pengasas Valet Doa, Hasrin Harin, 40, menerima dengan hati terbuka mengenai arahan pemberhentian operasi Laman Facebook (FB) Valet Doa.



Namun, beliau masih menunggu hasil siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas operasi perkhidmatannya yang dilakukan sejak awal bulan ini.

“Sebelum itu, JAIS bertemu dengan saya untuk melakukan siasatan berhubung aduan awam mengenai perkhidmatan Valet Doa.



“Sehingga kini, saya masih belum menerima sebarang keputusan hasil siasatan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Hasrin, dia berharap JAIS dan pihak berkaitan memberikan penjelasan terperinci mengenai arahan penutupan laman FB berkenaan.



“Bukan hendak membantah, sebaliknya saya akur sekiranya ia benar-benar salah, tapi biar ada penjelasan mengenainya.

“Setakat ini, selain JAIS, hanya ada satu pihak (mufti) dari negeri di pantai timur menghubunginya bagi meminta penjelasan mengenai perkhidmatan ditawarkan.

“Selebihnya, hanya memberi komen dan pandangan berdasarkan fakta salah tanpa merujuk atau menghubungi saya terlebih dahulu,” katanya.

Hasrin berkata, pihaknya tidak pernah memberi jaminan semua doa yang dibacakannya termakbul.

“Sebaliknya, saya memberi jaminan semua doa dikirim dibacakan di hadapan Kaabah.

“Selain itu, saya hanya menyiarkan mengenai cara atau masa doa dimakbulkan Allah berdasarkan apa disebut Nabi Muhammad SAW dalam hadisnya,” katanya.

Menurutnya, fakta itu disalah tafsir orang ramai termasuk beberapa mufti sehingga menimbulkan tanggapan salah mengenai perkhidmatan Valet Doa.



Akhir bulan lalu, Hasrin menegaskan akan meneruskan perkhidmatan Valet Doa di samping melakukan beberapa perubahan termasuk berkaitan iklan bagi mengelakkan salah faham.

“Beberapa hari kemudian JAIS menghubungi saya dan melakukan siasatan awal bulan ini selepas menerima aduan awam mengenainya.

“Bagi menghormati siasatan berkenaan, saya mengambil keputusan tidak mengambil sebarang tempahan sehingga hasil siasatan dikeluarkan kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan JAIS dan Jabatan Mufti Selangor mengarahkan operasi laman Facebook Valet Doa dihentikan ketika menjawab pertanyaan soalan Datuk Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang), di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau akaun FB pengasas Valet Doa dalam membasmi aktiviti yang boleh menjejaskan kesucian umat Islam selain menimbulkan kesan negatif, salah faham dan boleh merosakkan akidah.

Sumber: HarianMetro