Thursday, April 13, 2017

SERING BERHUBUNGAN SEKS JADIKAN ANDA LEBIH PRODUKTIF DALAM PEKERJAAN?

Sebuah kajian baru menemukan bahawa orang yang memiliki kehidupan seks yang aktif lebih sihat dan cenderung untuk menyukai pekerjaannya. Mereka juga diyakini memiliki produktiviti yang baik dalam pekerjaan.



Para peneliti dari Oregon State University menerokai pekerjaan dan kehidupan seks dari 159 pekerja yang sudah menikah, selama dua minggu, dan meminta peserta tersebut untuk menyelesaikan dua bancian singkat pada setiap hari.

Iklan


Kajian ini menemukan bahawa mereka yang sering berhubungan seks di rumah memiliki perasaan yang lebih positif dan kepuasan kerja yang lebih tinggi pada hari yang berikutnya. Ini disebabkan oleh, mereka yang memiliki kehidupan seks yang baik, dikatakan lebih fokus dengan pekerjaan mereka pada sepanjang hari.

KEKERAPAN MEREKA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS DENGAN PASANGAN MEREKA JUGA BOLEH MEMBUATKAN MEREKA MUDAH UNTUK ‘MENCEBURKAN DIRI’ KE DALAM TUGAS-TUGAS DALAM PEKERJAAN DAN MENJADI LEBIH PRODUKTIF.

Iklan


Perasaan senang hati kerana kehidupan seks yang baik ini malah terbukti mampu untuk bertahan selama 24 jam untuk lelaki mahupun perempuan. Saat ini, peneliti juga tengah mengkaji perkaitan hubungan seks yang baik dengan potensi hidup lain seperti kepuasan pernikahan dan kualiti tidur.

Para ilmuwan ketika ini merasakam perkara ini terjadi kerana wujudnya penghasilan dopamin dan oksitosin setelah berhubungan seks, yang meningkatkan perasaan di dalam hati anda menjadi ceria selama berjam-jam setelah mengalami kemuncak seksual.

Iklan


“Ini adalah amaran awal bahawa seks memiliki manfaat sosial, emosional, dan fisiologi yang baik, dan itu penting untuk dijadikan sebagai keutamaan dalam kehidupan. Hanya sediakan waktu untuk itu,” kata Keith Leavitt, penulis kajian.

Iklan

Biodata Dzawin MLM Yang Mengejutkan

Bidang pengajian pendidikan agama lazimnya akan bergelar Ustaz dan penceramah bebas ataupun pekerjaan dalam bidang yang berkaitan dengan hal ehwal agama.



Bagaimanapun, menurut peserta lawak solo program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017, Dzawin menyifatkan pemikiran mereka sempit kerana beranggapan bekas pelajar agama tidak sesuai bekerja di dalam bidang hiburan.

“Mempunyai pendidikan agama di sekolah pondok, kemudiannya bekerja dalam bidang hiburan, kalau itu tidak dipersetujui orang ramai, jawapannya mereka berfikiran sempit,” ujarnya tegas.

Iklan


Ditanya lebih lanjut kenapa tidak diteruskan saja ke bidang hal ehwal agama, jelasnya dengan jawapan tersendiri.

“Kalau semua orang di sekolah pondok jadi Ustaz, siapa yang mahu bagi ceramah kepada orang-orang yang mabuk di bar? Apakah orang-orang mabuk ini akan hadir mendengar ceramah Ustaz di masjid?

Iklan


“Justeru, sekolah pondok ini bukanlah tercipta untuk melahirkan Ustaz mahupun media cetak Ustaz tetapi kami belajar agama bukan untuk menjadi Ustaz,” katanya.

Untuk info, Dzawin atau nama penuhnya Dzawin Nur Ikram, 26, merupakan seorang lulusan Universiti Islam Indonesia dan pernah  bersekolah pondok dan tahfiz Quran.

Iklan