Thursday, April 6, 2017

24 April Diisytihar Cuti Umum



Bersempena dengan Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V yang akan berlangsung pada 24 April (Isnin), kerajaan telah mengisytiharkan ia sebagai hari kelepasan am tambahan untuk seluruh negara.



Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa memberitahu Harian Metro, pengisytiharan ini dilakukan berpandukan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.



Manakala bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri telah diminta membuat tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing.


“Kerajaan akan mengadakan dua acara utama sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang dilantik pada 13 Disember 2016 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan 12 Disember tahun lalu.



“Pada pagi Isnin, 24 April, Istiadat Pertabalan akan diadakan di Balairung Seri Istana Negara manakala pada sebelah malamnya Majlis Santapan Diraja di Dewan Santapan Istana Negara.

“Di samping itu, Bacaan Yassin, Doa Selamat dan Solat Hajat akan diadakan pada Khamis, 20 April di Masjid Putra, dan Pameran Raja Kita akan diadakan pada Selasa, 2 Mei di Muzium Diraja (Istana Negara lama),” ujarnya dalam kenyataan hari ini.


Suami Datuk Seri Vida Enggan Beri Komen Isu Bercerai

Beberapa hari ini heboh isu perpisahan diantara Datuk Seri Vida dan suami, Fairuz Ahmad Zainuddin yang dikatakan sudah bercerai beberapa minggu yang lalu. Manakala menerusi laporan terdahulu, Datuk Seri Vida juga mengakui sedang menjalani proses perceraian. Bagaimanapun Fairuz enggan memberikan sebarang komen mengenainya.



“Tengah viral ya, bior le, no comment. Biar la orang nak cakap apa. My comment is no comment,” katanya kepada portal Oh Bulan yang baru sahaja tiba di Ipoh dari Kuala Lumpur ketika ditanya mengenai perpisahannya dengan Datuk Seri Vida.



Siapa yang menginginkan perpisahan di dalam rumah tangga, begitu juga dengan Datuk Seri Vida yang turut terkesan dengan perkara itu. Namun baginya segala apa yang berlaku mungkin ada hikmah disebaliknya, dan apabila ditanya jika beliau masih akan mencuba untuk menyelematkan rumah tangganya, jawapannya ringkas dengan mengatakan tidak.



Terdahulu, rumah tangga pasangan itu dikatakan bergolak apabila Datuk Seri Vida sendiri tampil memberitahu mereka kini sedang melalui proses perceraian. Tidak terlalu mendedahkan punca sebenar mereka berbuat demikian, Datuk Vida meminta agar orang ramai memberikannya sedikit ruang untuk menyelesaikan perkara itu. 



Suka Starbucks? Ini Jumlah Kalori Anda Perlu Tahu

Bila sebut tentang kopi dan kafe memang tak dapat lari pasti anda terfikirkan rangkaian kafe kopi terkenal iaitu Starbucks dan masyarakat kini makin gemar menjadikan Starbucks sebagai salah satu tempat untuk bersantai dan bertemu rakan-rakan.



Antara perkara yang menjadi tarikan orang ramai untuk ke Starbucks adalah keadaan dalamannya yang sangat selesa dan terasa relaks serta sesuai untuk menjadi tempat untuk chill.



Selain itu menu minuman yang disediakan juga adalah tarikan orang ramai untuk mengunjungi kafe tersebut. Boleh dikatakan menu yang disediakan Starbucks menepati citarasa masyarakat setempat.



Namun begitu pastinya anda ingin mengetahui berapa jumlah kalori pada setiap minuman yang dipesan. Perkara ini sangat penting untuk mereka yang sedang dalam proses menurunkan berat badan.



Sara Ali Kini Buka Tudung?

Jika sebelum ini pelakon Sara Ali pernah menyatakan bahawa dia sudah berhijab, namun baru baru ini tersebar gambarnya yang dilihat tidak bertudung sekaligus menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat.



Menerusi laporan BH Online, gambar di mana dia tidak berhijab tersebut dirakamkan dipercayai di China ketika dia sedang mengikuti sebuah program di sana. Namun empunya badan enggan memberikan sebarang penjelasan mengenai tindakannya itu.



“Saya tiada komen hal ini. Tak ada apa yang nak saya diperkatakan dan orang di luar sana takkan faham,” jawabnya kepada portal berikut. Mungkin apabila sudah bersedia nanti pelakon ini akan hadir dengan penjelasan.



Sementara itu sebelum ini Sara pernah menyatakan bahawa tindakannya bertudung adalah di atas hidayah Allah dan menyifatkan tindakannya bertudung sebelum ini adalah ketentuan dari-Nya.


Che Ta Tak Mahu Hamil Lagi

Bersyukur dengan kurniaan tiga cahaya matanya kini, Che Ta berkongsi kepada BH Online bahawa dia berkemungkinan besar dia tidak akan hamil lagi dalam menambah jumlah ahli keluarga.



“Rasanya tidak (untuk hamil lagi). Saya rasa, lagi ramai anak, semakin bertambah tanggungjawab. Sekarang, semuanya memerlukan duit. Jadi, kalau bertambah anak, ia bererti tanggungjawab menjadi semakin besar selain menuntut perhatian sepenuhnya”



“Bagi saya, mempunyai tiga anak sudah dikira sangat baik. Aaisyah (Dhia Rana) pun sudah ada dua abang. Niat saya untuk mempunyai anak perempuan juga dimakbulkan Tuhan dengan kelahiran Aaisyah,” jelasnya kepada laman berita tersebut.



Tambah Che Ta, jadual kerjayanya yang padat membuatkan dia tidak cukup masa untuk membahagikannya bersama keluarga. Baginya, dia tidak mahu mengambil mudah dalam soal anak anak lebih lebih lagi kini mereka sedang meningkat dewasa.


Nenek Guna Beg Louis Vuitton Untuk Bawa Ikan

Baru-baru ini telah viral di laman sosial mengenai seorang nenek di Taiwan yang menggunakan beg berjenama Louis Vuitton untuk membeli ikan di pasar.



Sekali imbas, memang tak menjadi pelik jika bawa beg berjenama ke pusat membeli-belah atau pasar. Tapi, nenek tersebut menggunakan beg mahal itu untuk membeli dan meletakkan ikan di dalam beg tersebut.



Beg tangan Louis Vuitton ‘Neverfull’ itu kebiasannya dijual dengan harga £900 atau RM4,982. Nenek terbabit tidak mengetahui bahawa beg berkenaan adalah sebuah beg berjenama antarabangsa yang mahal.

Menurut perkongsian cucunya, nenek memberitahu bahawa dia menyukai beg tersebut kerana kalis air dan sedikit berat. Cucunya menambah, dia menghadiahkan beg berjenama tersebut kepada neneknya bagi menggantikan beg yang sudah usang dan lama.



Dia yang pada awalnya terkejut dan kelu melihat neneknya mengisi ikan di dalam beg berjenama itu bagaimanapun gembira kerana hadiah pemberiannya itu digunakan sebaik mungkin.



Patutlah beg LV mempunyai reputasi yang baik, ia tahan lama dan sangat tahan lasak!

Stesen TV Singapura Dan Najib Ali Mohon Maaf Isu Persenda Datuk Seri Najib

Stesen Channel 5 dan pelawak Najip Ali dari Singapura hari ini telah membuat permohonan maaf kepada Datuk Seri Najib Razak berhubung isu mempersenda Pedana Menteri Malaysia itu, lapor The Malay Mail.



Pihak stesen berita Mediacorp dan Najip mengakui rancangan yang disiarkan dalam segmen OK Chope! minggu lepas “menjelikkan dan menyakitkan hati”.

“Channel 5 dan kumpulan produksi OK Chope! memohon maaf seikhlasnya kepada perdana menteri [Malaysia] kerana satu segmen episod minggu lepas,” kata ketua pengawai perhubungan awam Mediacorp Debra Soon dan pelawak itu.



“Kami, dengan itu, menarik siaran ulangan serta-merta. Kami memohon maaf sungguh-sungguh atas kesilapan ini.”

Dalam rancangan itu, peserta diminta melengkapkan ayat: “Najib slams... for threatening Malaysia's progress”. (Najib mengecam... kerana mengancam kemajuan Malaysia).



Apa yang lebih panas, di dalam program berkenaan, Najip telah memberikan pelbagai jawapan yang dianggap menghina dan mempersendakan perdana menteri, sekaligus mencetuskan rasa tidak puas hati termasuk Persatuan Seniman Malaysia.

Najip, yang juga juri Maharaja Lawak Mega 2017 terbitan Astro, menyedari bahawa beliau tidak sensitif dan cuai sepanjang segmen itu.



“Saya mahu memohon maaf sepenuhnya kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. Saya merayu kemaafan beliau dan juga kepada penonton dan rakan-rakan,” katanya. 



"@NajibRazak, Perut Tu Cover Sikit" - Najib Balas Tweet Lelaki Ini Bila Ditegur Suruh Cover Perut

Mesti kita tertanya-tanyakan adakah Perdana Menteri, Najib Razak, membaca komen-komen yang kita tulis di laman media sosialnya.




Ye lah, dia kan sibuk, jadi mungkin tak ada masa nak baca-baca komen yang kita hantar - tidak kira lah negatif, positif atau neutral.

Tapi hari ni, nampaknya beliau terbukti membaca komen-komen di Facebook apabila beliau membalas satu komen yang ditulis oleh Shameer Saari.




Semuanya bermula apabila Najib memuatnaik satu fotonya yang sedang berbual melalui telefon dipercayai ketika beliau berada di India.

"Berbual dgn Mohd Azrin, pegawai kedutaan Msia di Korea Utr yg slmt tiba di Msia pg tadi brsama 8 yg lain. Alhamdulillah semua sihat&selamat." tulis Najib.




Mata si Shameer ni sangat tajam agaknya sampaikan boleh tengok satu kekurangan Najib - perutnya yang kedepan sikit.

Dengan pantas Shameer menulis di ruangan komen: "@NajibRazak, perot tu cover sikit".




Tanpa disangka-sangka, Najib membalas komen yang diutarakan oleh Shameer.


Selepas itu, terus si Shameer ni mengajak Najib berbadminton bersama-samanya. Tapi tweet itu tidak berbalas.



Kes Shameer ini sangat unik kerana jarang sekali kita lihat Perdana Menteri membalas tweet-tweet netizen di laman sosialnya. Bagaimanapun - jika diketepikan sebentar pandangan politik - , perkara-perkara ini sangat bagus kerana boleh merapatkan lagi hubungan antara rakyat dan pemimpin.