Saturday, April 22, 2017

Wajah Bernanah, Kulit Menggelupas Dan Berlendir, Doktor Ini Kongsi Kesan Sampingan Terjadi Pada Gadis Beli Produk Kecantikkan Di Pasar Malam

Impian setiap gadis dan wanita yang inginkan wajah yang sempurna, gebu dan cantik. Oleh itu, mereka sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk kelihatan cantik. Namun sudah pasti produk-produk kecantikkan yang mendapat kelulusan yang sah mahal harganya. 




Produk-produk yang dijual di pasar malam adalah jawapannya. Murah dan jimat. Tapi boleh dapat hasil yang pantas. Namun, tidak diketahui apakah kesan sampingan daripada menggunakan produk-produk tersebut. 

Apabila sudah terlewat, barulah diri menyesal. Doktor Syamirulah Rahim berkongsi kisah seorag gadis yang menghidapi komplikasi akibat penggunaan produk kecantikkan yang di beli di pasar malam. 


Iklan


"Malu Keadaan Muka Teruk"

Gadis tersebut memakai penutup muka (facemask). Aku tertanya-tanya. Biasanya pesakit Tuberculosis yang diminta memakai facemask kerana penyakit tersebut mudah berjangkit. Atau pesakit kanser yang sedang menjalani kimoterapi kerana mereka mudah dijangkiti kuman.

Tetapi, apa yang membuatkan gadis 20-an ini datang ke klinik pada petang ini?


Iklan


"Maaflah doktor, saya malu sebenarnya." ujarnya lemah. Tangannya perlahan menurunkan facemask yang dipakai.

Maka terpampanglah wajah gadis ini. Kulitnya menggelupas. Nanah kering sebesar syiling 50 sen bertompok-tompok di pipinya. Masih ada bahagian kulit mukanya yang kemerahan. Berlendir. Ada yang baru hendak naik bintik, persis jerawat. Tapi bukan jerawat.

"Produk apa, yang cik pakai?" soalku spontan. Sekali pandang aku sudah mengetahui, pasti ada penyebabnya. Ini bukan kali pertama aku menjumpai kes sebegini.


Iklan


"********", jawabnya ringkas. Aku mengangkat kening. Baru pagi tadi aku membaca kenyataan media terbaru dari Datuk Ketua Pengarah Kesihatan.

Aku mengeluarkan telefonku dan aku membuka website KPK. Aku tunjukkan kepadanya gambar produk berkenaan.

"Yang ini ke, cik?"

"Ya, kedua-duanya!"

"Beli Di Pasar Malam"

Aku bertanya lebih lanjut beberapa soalan kepadanya. Sudah berapa lama guna. Di mana dia membelinya.

"Dah dekat dua minggu guna. Beli di pasar malam."

"Saya ada jumpa penjual tersebut semalam. Penjual tu kata muka saya jadi begini kerana badan mengeluarkan toksik sebab sebelum ini banyak pakai pencuci muka yang ada bahan kimia."

"Healing crisis?" aku bertanya.

"Ya, betul doktor, itu yang dia bagitahu. Betul ke?"

"Cik, ini bukan healing crisis. Tidak ada apa yang disebutkan sebagai healing crisis. Sebaliknya ini adalah kesan penggunaan bahan terlarang didalam produk tersebut." aku menjelaskan.


IKLAN


Tampak hiba di wajahnya.

"Cik, sudah berkahwin?" aku bertanya lagi. Beliau tersenyum-senyum sengih. Mungkin ingat aku cuba mengoratnya. Lantas menggelengkan kepala.

"Maaflah kerana bertanya. Maksudnya cik bukannya pregnant atau sedang cuba pregnant lah kan?" aku sengaja bertanya lagi. Kerana aku perlukan kepastian.

"Eh mestilah tak. Kenapa, doktor?" gadis itu pun cuba mendapatkan penjelasan.

"Bukan apa, cik. Kerana dalam salah satu produk tersebut, pihak KKM mengesahkan ada bahan bernama tretinoin."

Bundar mata beliau mendengar aku menyebut nama bahan kimia tersebut.

"Tretinoin, adalah sejenis bahan yang digunakan untuk merawat jerawat. Tetapi, ianya sangat kuat. Kuat dari segi kata, kesan sampingannya.


IKLAN


Kesan sampingan yang saya maksudkan, adalah jika seseorang itu mengandung sama ada sedar atau tidak, khususnya pada trimester pertama, janin beliau berisiko untuk mengalami kecacatan!"

Wajah gadis tersebut berubah pucat.

"Kesan tretinoin yang cukup kuat ini, menyebabkan ubat ini biasanya hanya dipreskripsi oleh doktor pakar kulit. Saya sendiri tidak dibenarkan memberi ubat ini kepada pesakit, kerana saya bukan pakar kulit.

Dan pakar kulit sendiri pun, apabila beliau mahu memulakan rawatan dengan ubat ini, pesakit perlu menandatangi persetujuan (consent) bahawa sekiranya ditakdirkan pesakit mengandung ketika menjalani rawatan tretinoin, dan berlaku kecacatan kepada janinnya, doktor pakar kulit ini tidak akan dipertanggungjawabkan.


IKLAN


Maksudnya pesakit bertanggungjawab mengambil langkah-langkah pencegahan kehamilan sepanjang menjalani rawatan dengan ubat ini!"

Gadis tersebut menunduk. Terdengar perlahan dia menyebut..

"Astaghfirullah....

Sebenarnya doktor...kakak saya pun ada menggunakan produk ini juga. Tapi dia tidak mengalami masalah kulit seperti yang berlaku kepada saya. Kakak saya tersebut, sedang mengandung anak sulung, baru dua bulan!"

Aku menarik nafas panjang.

"Saya sarankan cik nasihatkan kakak cik untuk berhenti menggunakan produk ini, dan maklumkan perkara tersebut kepada doktor klinik tempat beliau check up. 

Dikhuatiri beliau perlu menjalani scan yang terperinci (detailed scan) untuk mengenalpasti adakah ada masalah pada janin beliau."

Mata gadis tersebut bergenang.

"Tak Mahu Tutup Periuk Nasi Orang"

"Kenapa produk dengan bahan berbahaya sebegini dijual di pasar-pasar malam, doktor..." tanyanya. Aku pula yang serba salah. Namun aku menjawab dengan tuntas,


IKLAN


"Kerana ada orang yang membelinya."

Lantas gadis tersebut diam. Sentap, agaknya.

"Awak, taknak ambil apa-apa tindakan ke kepada syarikat produk ini? Bukti sudah ada." aku cuba menghasutnya.

Beliau hanya mendiamkan diri seketika, sebelum berkata - "Tak apalah, doktor, benda dah jadi, saya taknak tutup periuk nasi orang."

Maka aku pun menjawab dengan senyuman,

"Kes sebegini, kalau jadi di hospital-hospital kerajaan, berduyun-duyunlah orang akan memarahi doktor dan hospital. Viral di media sosial, katanya doktor cuai memberikan ubat. Silap haribulan kena saman berjuta-juta. Tapi yelah. Itu kalau berlaku di hospital kerajaan."


IKLAN


Sengaja aku cuba "membakar" beliau.

Tapi sejujurnya, memang aku sudah bosan dengan produk-produk sebegini yang melambak di pasaran. Produk-produk yang mengandungi bahan terkawal dan berbahaya, namun dijual secara berleluasa. Dengan testimoni-testimoni yang indah-indah, "babi pun boleh terbang". Kanser pun boleh sembuh. Kencing Manis pun jadi tawar.

Padahal mengandungi bahan seperti steroid, yang penggunaan secara kronik dan tidak terkawal dosnya menyebabkan kerosakan buah pinggang. Akhirnya datang ke hospital juga, dan kami juga yang perlu merawat pesakit-pesakit yang menjadi mangsa kepada kapitalis tidak beretika seperti ini.

Aku menghabiskan sesi pada petang ini dengan menerangkan rawatan yang aku berikan kepada gadis tersebut. Aku meminta izin untuk mengambil gambar mukanya untuk tujuan laporan advers dan aku berjanji akan melindungi identitinya.

Gambar yang dipaparkan ini, bukan gambar gadis tersebut. Ianya hasil dari carian google, namun inilah yang berlaku pada wajah gadis itu.


IKLAN


Dan aku harap masyarakat lebih bijak mengetahui bahawa nombor notifikasi, bukanlah nombor kelulusan.

Dan sijil paten harta intelek, bukanlah sijil "KKM Approval".

"Sebak Saya Melihat Tangan Masih Digari Sebelum Majlis Konvo" - Lelaki Ini Kongsi Kisah Graduan Yang Bergelar Banduan

Manusia tidak lari dari membuat kesilapan. Menjadi seorang banduan mungkin menjadi sebagai peluang kedua untuk merubah diri menjadi insan yang lebih berguna kepada masyarakat.




Mohd Nassru berkongsi kisah graduan banduan yang berjaya menamatkan pelajaran mereka. Semoga kisah yang dikongsi beliau ini menjadi iktibar pada semua.

Sebak saya melihat, meremang roma, pasukan konvoi graduan penghuni penjara. Segak, bersongkok, bertali leher. Tangannya masih bergari sebelum majlis sebenar... Sebaik sahaja acara sebenar, gari dibuka untuk penerimaan scroll.


Iklan


Pasukan keselamatan bersenjata memenuhi ruang luar dan dlm dewan. Bilangan graduan Sijil Kemahiran Malaysia dr seluruh penjara. Lihat sendiri ruangan itu...

Tiada siapa memilih utk jln hidup, ditirai besi. Tiada siapa mahu sejarah hidupnya hidup dilantai simen, bertingkap jeriji...


Iklan


Ramai ahli keluarga yg kelihatan di ruang tetamu keluarga. Ada bunga2 konvo dipegang penuh harapan. Ada si ibu tua memandang sayu. Mengesat mata...

Hari ni, dgn izin ketua Jabatan saya mewakili utk bacaan doa dalam istiadat konvokesyen. Satu pengalaman baru..



Iklan


Ia mengingatkan saya ketika perkongsian bersama warga banduan penjara. Menyampaikan perkongsian utk muhasabah diri.

Byk sekatan utk sampai ke dewan bersama banduan. Byk pagar berjeriji berkunci...


Iklan



Lelaki Sanggup Bayar RM32 Ribu Untuk Disusukan Seperti Bayi

Bila sebut tentang penyusuan susu ibu kepada bayinya memang perkara normal, malah digalakkan lagi dari segi kesihatan.Namun bagaimana pula jika penyusuan susu ini dijadikan sebagai satu bisnes?





Ya, dengar memang mengarut tapi yang lebih teruk lagi perkhidmatan ini memang sudah wujud dan menjanjikan servis terbaik untuk orang dewasa!

Menurut portal Shanghaiist, beberapa lawan web di China telah dikesan menawarkan servis yang dipanggil sebagai 'Adult-wet-nurses.'


Iklan


Tujuannya hanya satu iaitu menyusukan lelaki dewasa yang 'kurang kasih sayang' dan pelanggan hanya perlu mendaftarkan diri secara atas talian dengan yuran sebanyak 100 Yuan (RM64).

Sama seperti proses menyusukan bayi, lelaki di sana sanggup membayar sehingga 50,000 Yuan atau RM32,136 untuk mendapatkan khidmat dari mereka yang profesional.


Iklan


Menurut sumber, tidak cukup sekali, kebanyakan lelaki akan kembali mencari 'ibu susuan' mereka semula selepas ketagih dengan cara layanannya. Kos perkhidmatan akan meningkat mengikut saiz payudara wanita pelayan terbabit.


Iklan


Perkara yang disifatkan sebagai jelik ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Kebanyakannya mengatakan manusia zaman sekarang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang.

Makin mengarut nampaknya dunia sekarang sehingga benda seperti ini juga sudah mula dijadikan bisnes.


Iklan



Awek Bogel Bawah Katil

Melaka: Lakonan seorang lelaki mendakwa dia bersendirian di dalam bilik sebuah hotel bajet di bandar raya ini gagal memperdaya penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sejurus kekasihnya ditemui menyorok di bawah katil.




Dalam serbuan jam 4 pagi semalam, lelaki berusia 23 tahun itu mulanya memberitahu dia hanya menginap berseorangan di bilik hotel di Melaka Raya di sini.


IKlan


Bagaimanapun, tembelangnya terbongkar apabila pemeriksaan rapi penguatkuasa JAIM menemui seorang wanita berusia 22 tahun sedang bersembunyi di bawah katil tidak berbaju


Iklan


Sumber berkata, penguat kuasa sebelum itu terpaksa menggunakan kunci pendua hotel selepas pasangan terbabit tidak memberikan kerjasama.

“Sebaik pintu dibuka, lelaki itu berpura-pura baru terjaga daripada tidur dan memberi alasan tidak dengar pintu biliknya diketuk,” katanya.

Pasangan terbabit di tangkap dan di bawa ke pejabat agama untuk di soal siasat. 


Iklan