Tuesday, May 2, 2017

Kisah Mistik Yang Terkenal Di Malaysia, Tetapi Ternyata 1 Pembohongan!




1-Raja Bomoh (Dunia) teropong MH370.



Kisah ini masih baru dan segar di Malaysia di mana seorang Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin (80 tahun) mampu melihat situasi sebenar yang telah berlaku kepada pesawat MH370. Walaupun ramai yang menjadikan beliau sebagai bahan jenaka di laman sosial, namun ada juga segelintir yang percaya dengan pembohongan beliau. 
Baru-baru ini, Ibrahim Mat Zin juga dikatakan telah menjalankan ritual bagi mengelakkan nuclear dari pihak kerajaan Korea Utara dengan hanya menggunakan kelapa dan buluh. Perkara ini memang membodohkan dan melemahkan lagi mentaliti masyarakat yang mudah percaya dengan perkara-perkara mistik ini.

IKLAN


Sehinggalah pada tanggal 25 April 2017, barulah tular di media sosial bahkan di media utama dimana Ibrahim Mat Zin mengaku yang beliau hanya berbohong kepada semua orang kerana beliau disuruh oleh VIP yang beliau tidak mahu mendedahkan identitinya. Beliau patut bersyukur dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Sekiranya beliau dilahirkan di Papua New Guinea, sudah tentu mereka akan mengatakan beliau adalah seorang ahli sihir dan dibakar hidup-hidup.

2-Ustaz Arif Cakra Alam manusia elektrik.



Kisah mengenai Ustaz Arif ini popular pada tahun 90an. Ramai yang tertipu dengan muslihat beliau termasuklah artis-artis di Malaysia seperti Amir Ukays dan lain-lain. Ada juga yang menggelarkan beliau sebagai "Mahaguru" kerana begitu taksub dengan kehebatan beliau mengalirkan elektrik melalui badan, makan kaca, dan bermacam-macam lagi.

IKLAN


Apa yang menariknya ialah Ustaz Arif mengaku bahawa beliau juga adalah pakar dalam ilmu persilatan, dan perubatan Islam. Ini adalah sentimen yang dimainkan oleh beliau untuk mendapat pengaruh dan kepercayaan orang ramai. Hal ini berlanjutan hampir sepuluh tahun sehinggalah media siaran dari Korea datang ke Malaysia untuk menyiasat sendiri tentang keajaiban beliau pada tahun 2006.

3-Mona Fandey boleh keluar penjara sesuka hatinya.



Siapa tidak kenal dengan Mona Fandey, atau nama sebenar beliau Maznah Ismail seorang penyanyi dan tersenarai sebagai top 10 penjenayah di Malaysia. Nama Allahyarham mula melonjak naik apabila terlibat dalam satu kes pembunuhan ahli politik terkenal, Dato Mazlan Idris pada tahun 1993. Beliau telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada tahun 2001.

IKLAN


Pada waktu ini, media utama banyak memainkan sentimen mistik ini sahaja kerana kisah-kisah mistik sangat laris dan mendapat sambutan ramai. Banyak penulis menulis buku tentang Mona Fandey dan kehebatan sihirnya, jin, dan bermacam-macam lagi.

4-David Copperfield ada perjanjian dengan Ifrit.



Kisah ini dipopularkan oleh satu majalah paling sampah dimuka bumi. Majalah ini sangat gemar memainkan isu-isu khurafat untuk memperbodohkan masyarakat semata-mata untuk mengaut keuntungan. Penulis tak mahu sebut nama Majalah itu, biarlah menjadi rahsia. Pada ketika ini, sebut sahaja nama David Copperfield, pasti anda akan merasa seram sejuk kerana kononnya David Copperfield memohon pertolongan dari Ifrit untuk melakukan sihir yang dikaburi dengan nama 'silapmata'.

IKLAN


5-Allahyarham Haron Din bawa sekawan jin naik bas.

Dan Top #1 untuk carta kisah mistik palsu ini adalah kisah Allahyarham Haron Din bawa sekumpulan jin naik bas untuk dibuang ke lokasi tertentu. Kisah ini ada banyak versi. Ada yang kata Haron Din bawa sendiri bas itu dan ada yang kata ada seorang lagi individu lain yang memandu bas. Paling best, kisah ini ditokok tambah dengan ajinomoto sesedap rasa kononnya Allahyarham Haron Din dah pesan kepada pemandu bas agar jangan toleh ke belakang namun beliau dengan tidak sengaja terpandang cermin pandang belakang lalu ternampaklah sekawanan jin sedang senyum kepadanya.

Namun bagi pentaksub kisah mistik, mereka tetap mahu percaya dengan cerita karut marut ini. Mereka (pentaksub) akan mengatakan bahawa kisah ini sepatutnya menjadi rahsia. Sebab itulah Allahyarham Haron Din tak mahu mengaku kebenarannya agar masyarakat tak jadi gelabah. Sekiranya anda salah seorang daripada mereka, terimalah jari tengah daripada penulis. Anda adalah parasit kepada masyarakat. 

IKLAN
==============================================

ANDA INGIN IKLANKAN DAN VIRALKAN PRODUK ATAU SERVIS ANDA SEPERTI INI??

WHATSAPP SEGERA KE:

+6011-11966553
+6011-11966553
+6011-11966553


KAMI MEMPUNYAI MEDIUM ONLINE SEPERTI
INSTAGRAM,FACEBOOK DAN BLOG
YANG MAMPU VIRALKAN PRODUK DAN SERVIS ANDA!


No comments:

Post a Comment