Tuesday, April 11, 2017

"Saya Berhijab Bukan Kerana Allah"

Baru-baru ini hangat seketika apabila pelakon, Sara Ali yang bertudung tiba-tiba tampil tidak berhijab di khalayak ramai. Tindakan itu sekaligus mendapat kecaman ramai, lebih kecoh lagi apabila Sara sendiri mengakui dirinya bertudung bukan kerana Allah dan hatinya juga tidak pernah tenang semenjak mengenakan hijab setahun lalu.



“Setahun saya rasa bersalah dan hidup tidak tenang. Tidur pun tak lena. Mula-mula fikir nak diamkan diri tetapi sampai bila saya harus hidup dengan keadaan sebegini. Apa yang saya lakukan ini bukan patut dibanggakan pun tetapi saya sudah lama berfikir tidak mahu menyembunyikannya”



“Keputusan ini dibuat selepas berbincang dengan banyak pihak termasuk keluarga saya dan beberapa orang lain dalam industri hiburan terutama wartawan. Saya akui saya berhijab bukan kerana diri sendiri atau kerana Allah tetapi kerana sesuatu yang tidak mahu saya sebutkan. Tiada ibu bapa bangga dengan keputusan ini terutama melibatkan urusan agama”



“Tetapi mereka akur walau tidak bersetuju dengan keputusan ini. Ini silap saya, sepatutnya saya bertindak menggunakan akal tetapi tidak. Saya meminta maaf tidak menjadi diri sendiri, tetapi saya sudah cuba yang terbaik. Saya tidak suka bangun tidur dengan perasaan bersalah dan menipu semua orang selama setahun,” katanya kepada Oh Bulan mengenai perkara itu.


Meskipun memasang niat untuk tidak lagi berpura-pura, perkongsian beliau di Facebook Live untuk memperjelaskan tindakannya itu nampaknya sekali lagi mengundang kemarahan peminat. Apa yang pasti ramai mengaitkan tindakan Sara itu dengan Uqasha Senrose yang dilihat memulakan ‘trend’ membuka tudung.

"Bukan Saya Dan Isteri Sahaja Akan Solat Berjemaah Tetapi Pembantu Rumah Juga"

Tidak dinafikan ramai mengangumi keluarga Johan Rajalawak dan isteri, Ozlynn mendidik anak-anak mereka. Lihat sahaja di Instagram, tidak pernah sehari mereka tidak solat berjemaah bersamadi rumah. Perkara itu turut diakui Johan sendiri yang memilih untuk mengajar anak-anaknya berdisiplin terutama perihal solat sejak mereka kecil lagi.



“Saya tidak pernah mengajak anak-anak saya solat tetapi dari kecil saya ajar mereka hormat waktu solat. Di rumah, bukan saya dan isteri sahaja akan solat berjemaah tetapi pembantu rumah juga. Waktu itu segala kerja perlu ditinggalkan. Jika anak-anak menangis pun waktu sedang berjemaah, kami biarkan sahaja dan teruskan solat seperti biasa”



“Minggu pertama mungkin mereka tidak faham tetapi bila perkara tersebut (berjemaah) dilakukan setiap hari mereka sendiri faham dan tidak menangis lagi. Selepas itu mereka sendiri akan ikut kami solat walaupun hanya meniru gaya tanpa bacaan”

“Bila saya lihat mereka sudah boleh ikut bacaan dalam sembahayang, saya mula ajar mereka demi sedikit. Alhamdulilah, waktu solat adalah waktu kami semua bersama di rumah. Saya mahu bila saya tiada nanti, mereka tetap akan mendirikan solat,” katanya kepada portal Astro Gempak.




Seperti ramai yang tahu, sikap Johan di kaca televisyen memang kelakar namun katanya, beliau seorang yang berbeza apabila mendidik anak-anak. Peminat yang sering mengikuti perkembangan keluarga ini di laman sosial pasti tahu bertapa garangnya Johan tetapi sangat penyayang!


CARA BERHENTI ONANI, MENONTON VIDEO & GAMBAR LUCAH

Dalam ni saya ceritakan cara berhenti onani. Tapi sebelum tu saya nak tanya. Anda serius nak berhenti buat semua tu?



Kalau serius, dah tengok kesan tengok gambar lucah dan onani? Dalam tu anda boleh tahu kesan-kesannya ke atas diri anda.

Ya, ada juga perempuan yang menonton video dan gambar lucah serta melakukan onani. Tapi, jangan bimbang, tip-tip yang saya berikan di bawah ini boleh diaplikasikan kepada perempuan ataupun lelaki.



Dah sedia nak tahu apa yang anda boleh buat untuk berhenti tengok gambar lucah?

Itu sebabnya anda di sini kan? Jom kita mulakan.

Cuba perasan apa yang anda sedang fikirkan semasa anda teringin nak onani

Cuba perhati apa yang sedang bermain di dalam fikiran sebelum anda melakukan aktiviti ini.

Apa yang sebabkan anda nak buat onani?



Apabila anda dah tahu apa yang bermain di dalam fikiran anda, anda akan tahu apa yang merangsang untuk anda melakukan aktiviti itu.

Dan bila anda dah perasan apa yang menyebabkan anda mula membuka laman web lucah, anda akan tahu bila masanya anda perlu beredar daripada berada di hadapan komputer.



Ya. Elakkan diri daripada berada di hadapan komputer ataupun keadaan yang menyebabkan anda mula melayari laman web lucah.

Tutup pelayar Internet anda dan buat aktiviti lain. Jika anda seorang diri dalam rumah, pergi ke luar rumah Pergi jalan-jalan. Pergi berjoging. Ataupun buat aktiviti yang mengeluarkan peluh.



Kajian menunjukkan senaman mempunyai kesan positif dengan mengeluarkan dopamin dan senaman berterusan boleh menyebabkan penaikan berterusan dopamin dan penyesuaian yang lain dan ini akan mengubah litar ganjaran di dalam otak.

Apa yang bermain dalam fikiran anda adalah perkara paling penting sekali. Tapi jangan lupa yang luaran pula…

Beri perhatian kepada penampilan diri anda.

Ada sebab kenapa penampilan boleh membantu anda berhenti. Bagaimana anda mencerminkan diri anda kepada orang lain?



Apa yang orang fikir bila orang tengok anda?

Cuba pakai pakaian yang bersih, cool, buat stail rambut yang kemas, cukur mana patut, pastikan postur badan anda berada dalam postur yang betul dan relaks semasa bertemu dengan orang. Apa kaitannya?

Apabila penampilan anda menarik, anda akan berasa lebih konfiden dan lebih senang untuk anda berinteraksi dengan orang.

Salah satu objektif penting yang boleh dicapai setelah berhenti aktiviti-aktiviti ini ialah anda boleh mencari aktiviti lain untuk menggantikan masa yang sekarang anda dah ada selepas tidak melakukan aktivit-aktiviti ini.

Selain tu, lebih mudah untuk anda berjumpa orang di luar sana. Bila konfiden jumpa orang, lebih senang anda berinteraksi.

Cuba jadi seorang yang menarik

Dengan kata lain, anda boleh cuba membina personaliti magnet. Tarik orang ke arah anda.

Anda boleh baca buku seperti How to Win Friends and Influence People  (juga sudah dialih bahasa ke bahasa Malaysia) untuk lebih tahu bagaimana untuk menjadi orang yang menarik perhatian.

Orang yang menarik ini selalunya orang yang sering memberi semangat kepada orang di sekelilingnya. Orang yang menarik ini selalunya cuba memotivasikan orang selain dirinya sendiri.

Orang akan tertarik dengan orang yang berkeyakinan dan mereka akan mahu menjadi kawan.



Peluang anda untuk berkenalan dengan lebih ramai wanita juga lebih tinggi. Mereka akan tertarik kepada anda tanpa perlu cuba menarik perhatian mereka. Anda hanya perlu menjadi diri anda sendiri.

Mulakan perjalanan self-improvement (penambahbaikan diri) anda

Apabila anda membaiki diri anda, anda akan menarik lebih banyak perkara positif lain. Seperti yang saya kata dalam poin sebelum ini: anda akan menjadi magnet. Magnet positif.

Baca buku-buku yang menaikkan semangat anda. Cuba tolong orang.

Cuba jadikan diri lebih baik setiap minggu. Jika anda 1% lebih baik setiap minggu, dalam setahun, anda sudah 52% lebih baik daripada tahun sebelumnya. Tabiat positif ini akan meningkatkan mood dan perasaan anda.

Anda akan lebih yakin. Gembira. (Sangat banyak buku yang boleh anda baca untuk menjadi lebih baik).

Dan selepas itu, keyakinan diri anda akan menjadi sangat tinggi sehingga keyakinan anda sendiri akan meningkat dan anda akan berasa segalanya tidak mustahil dalam dunia ini.

Jangan bimbang!

Saya pasti akan ada keinginan untuk relapse (kembali kepada tabiat dahulu) terutama sekali apabila sudah biasa melihatnya. Anda sudah menjadikannya sebahagian daripada tabiat harian anda apabila anda kesunyian.

Jika anda gagal berhenti, jangan rasa teruk sangat dan cuba lagi. Setiap hari ialah hari yang baharu.

Perjalanan tak semestinya mudah. Kadang-kadang ada juga lubang di atas perjalanan anda untuk menambah baik diri anda.

Anda perlu berdepan dengan cabaran ini dengan memikirkannya sebagai cabaran untuk anda meningkatkan kemampuan diri.



Anda perlu menakluk syaitan di dalam diri anda untuk menang. Hidup ini kita hidup sehari-sehari dan bukannya satu penamat kalau anda kalah sekali. Cuba sekali lagi.

6. Jangan fokus untuk berhenti… fokus pada aktiviti yang boleh anda lakukan

Cuba fokus untuk melakukan aktiviti bermanfaat yang boleh dilakukan. Jangan fikir untuk jangan melancap ataupun melihat video lucah. Jangan fikir tu. Arahkan fikiran anda ke arah yang lain.

Fikir apa aktiviti yang boleh anda buat hari ini supaya anda tidak ada masa pun nak buat aktiviti-aktiviti negatif tersebut. Bersenam, bersukan, dan macam-macam lagi aktiviti yang boleh anda lakukan.

Pada permulaan mungkin akan sukar untuk anda berhenti. Anda mungkin kembali kepada tabiat lama anda.

Tapi anda kena berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik. Bila anda sudah berhenti melakukan aktiviti-aktiviti ini, anda akan melihat kesannya.

Kesan-kesan Selepas Berhenti Tengok Video Lucah dan Berhenti Melakukan Onani

Hasil daripada aktiviti-aktiviti produktif yang anda buat setiap hari, anda akan dapat melihat pelbagai kesan sampingan yang baik untuk diri anda.

Dan akhirnya anda akan menjadi seorang lelaki yang lebih baik… lelaki yang mampu untuk mengawal nafsunya dan boleh melakukan pelbagai perkara baharu kerana anda telah menggantikan tabiat negatif anda dengan tabiat yang lebih baik.

Untuk seorang perempuan, apabila anda dah berhenti melakukan benda-benda ni, anda akan nampak sesuatu perbezaan.

Sesuatu yang lebih elegan akan menjelma. Saya pernah baca ada perempuan yang rasa nilai dirinya seperti semakin tinggi selepas berjaya menakluki nafsunya sendiri.

Anda akan dapat menikmati lebih banyak nikmat dunia. Anda tidak perlu lagi bergantung harap kepada onani ataupun gambar sebegitu untuk merasa puas.

Benda mudah pun boleh menjadikan anda gembira seperti berjalan-jalan seorang diri ataupun melihat awan perlahan-lahan bergerak di langit.

Anda akan berjumpa dengan wanita yang layak mendapat anda. Wanita yang melihat diri anda yang baharu dan menyukai nilai-nilai yang baharu yang anda tonjolkan di dalam diri anda selepas anda berjaya mengawal diri anda.

Tidak terlambat lagi untuk anda berhenti onani.


Baca cara berhenti onani yang saya letakkan di dalam ini. Tak kira umur anda berapa. Anda boleh baiki diri anda dan mewayarkan semula sel-sel di dalam otak anda supaya berfungsi seperti biasa.

Apabila anda menggantikan semua tabiat negatif (melancap, tengok TV berlebihan, internet, main game, merokok, makan makanan ringan dan sebagainya) dengan tabiat yang lain…



Anda boleh membina tabiat positif seperti berlari setiap hari, mengangkat berat, makan makanan yang sihat (kurangkan gula dan makanan diproses), bercakap dengan orang baharu, buat benda baharu, main instrumen (gitar, piano), membuat aktiviti di luar rumah, belajar perkara baharu, membaca lebih banyak bahan bacaan, kenali peluang yang ada di luar sana dan hidup kehidupan anda sehidup-hidupnya yang anda mahukan.

‘Aku Nak Cerai! Hiduplah Kau Dengan Kawan-Kawan Kau Sampai Mampus’ – Isteri Meroyan Diabai Suami

Yang belom pernah melalui proses mengandung, melahirkan serta berpantang serta para suami yang anggap beranak tu macam kena gigit semut siap nak minta main lagi masa dalam pantang silalah gantung diri kat pohon rambutan sana. Psikologi setiap manusia adalah berbeza ada yang boleh mengatasi meroyan tapi ada yang makin teruk. Cerita aku macam ni.



Aku dimasukkan wad lebih awal sebab mengalami contraction yang teruk tapi laluan masih tak terbuka. 3 hari ada di wad barulah doc decide tuk deliver secara paksa iaitu pecahkan air ketuban. Selama 3 hari aku dekat wad menahan contraction aku sensorang. Setiap kali waktu melawat katil orang lain penuh dengan orang aku krik krik sensorang.

Terjenguk-jenguk aku suami bila nak datang kol tak angkat mesej tak reply. Setengah jam sebelom waktu melawat habis suami aku datang bawa nasi dan terus balik. Allahu tersentak emosi aku ketika tu, sudahlah menahan sakit yang amat, salah ke dia datang awal datang berborak dengan isteri ni dan betol tak isteri-isteri sekalian dalam krt jika aku cakap macam mana pun kita sakit, sedih tapi bila nampak suami kita akan jadi happy dan bersemangat. betol tak?



Suami ketika itu baru habis contract kerja jadi takde alasan untuk dia pergi kerja tak.. so mana dia pergi? Yup dia pegi cc main dota dengan kawan-kawan. luluh hati aku admin. tapi aku tolak tepi.. aku tak nak fikir sangat nanti aku jadi makin sedih. sudahlah sakit yang amat takde langsung concern dari suami. That’s why mengapa suami merupakan faktor terbesar yang mempengaruhi psikologi seorang isteri. Lepas aku dimasukkan ubat 7 jam dalam labour room sakit macam nak hilang nyawa. Lagi pula ini anak sulung dan aku baru berusia 23 tahun.

Keesokannya aku dah boleh discharge… doc cakap 12.30 discharge, aku inform suami itupun 5-6 kali kol baru angkat sebab dia tido.Dari 12.30, 3 pm baru suami datang. Time tu memang emosi aku sudah tidak stabil. aku yang tak selesa di hospital tambah pulak dengan nurse yang asyik tanya mana suami dengan anak merengek susu bengkak. Menitis air mata aku time tu. Nasib baik akak sebelah aku nasihat. Banyak bersabar dia cakap anak sulung memang macamtu kita rasa perit sangat. Memang memang perit… sebab tu support dari suami amat perlu.



Bila dia sampai aku tanya kenapa dia lambat. dia cakap g makan ngan member datang dari kampung. ermm… korang rasa ape aku rasa time tu? aku tengok suami orang lain da bole discharge on time bole datang kenapa tak suami aku? aku malas nak fikir lagi..so aku pendam dan diam. masa tu aku da rasa menyampah dalam hati aku cakap macam-macam da.
Dan bila dekat rumah dia jarang ada siang dan bila malam memang tiap-tiap malam dia kuar pukul 5, 6 pagi baru balik. korang bayangkan aku berpantang sensorang. malam-malam dengan kesan luka jahit aku tukar lampin baby susu baby setiap setengah jam. emosi aku terganggu. sudahlah masih sakit. ditambah pula mengurus anak sensorang aku penat yang amat.



Pernah anak aku menangis aku cubit-cubit satu badan dia. aku pernah tampar anak aku smpai menangis tak keluar suara aku sumpah seranah suami aku depan anak aku. Emosi aku tak stabil.. tapi lepas tu rasa menyesal yang amat. Masa aku pukul anak aku… memang nampak dia buruk sangat… aku tak nampk pun seorang bayi yang comel… bila dia sampai menangis tak keluar suara aku tersedar..aku menangis ape salah anak aku.. cubalah fikir… emosi siapa yang tak terganggu, luka jahitan masih sakit… nak pegi toilet bangun jalan sendiri.aku nak air aku bangun buat dan amik sendiri. Memang 2 minggu pertama pantang aku sangat tak stabil… baby memang jadi mangsa cubit.

Pernah dia buat perangai aku jadi marah aku tak susukan dia aku bancuh susu pekat f&n tu bagi dia minum botol. aku sumbat-sumbat smpai dia menangis lebam mata.Suami aku? Keluar balik rumah tido.aku dan anak terbiar. 2 minggu aku pernah main pisau dekat kepala anak aku,aku cakap “ko tak diam aku potong lidah ko nanti”. Mungkin Allah swt nak bagi aku kesedaran anak aku mula tak merengek.dia diam sahaja. cuma menangis sikit bila nak susu. lepas 2 minggu aku recover balik. aku banyak baca pasal pantang dekat internet.



Aku mula susukan anak aku betul-betul .aku mula manjakan dia betol-betul. dan baby aku mula senyum dekat aku.. Allahu ape aku dah buat dekat anak aku selama ni. Lama-lama aku da jadi ok. walaupun sampai habis pantang suami aku kuar melepak aku tak fikir. dalam hati aku aku fikir suami aku da mati . aku jaga dan tatang anak aku betul-betul. memang rasa marah dan benci tu ada dekat suami aku sebab lupa tangunggjawab dia..tapi setiap kali aku tengok anak aku layan elok-elok. aku buang semua perasaan lain.

Lama-lama aku da oke .aku dah tak kisah dengan suami aku. Now kitorang tengah tunggu tuk kes mahkamah tuk bercerai. Bagi aku dari aku memberontak dan berbuat dosa sakit hati nak hidup perangai suami yang lebih pentingkan kawan-kawan dari tangungjawab di rumah aku lepaskan. Hiduplah dia ngan kawan-kawan dia sampai mampus…



Yang lelaki yang rasa tak boleh nak move on lagi ngan kawan-kawan mohon tak payah gatal-gatal nak ada isteri… kerana isteri itu amanat anak itu amanat… yang perlu ko jaga emosi adalah isteri dan anak-anak mu bukanlah kawan-kawan. jangan buat isteri macam hamba. Kalau tak mampu dari awal lagi fikir… jangan dera emosi orang lain dengan perangai-perangai lahanat suami.

Sumber: facebook/Kisah Rumah Tangga

Ketahui Cara Selamatkan Diri Sekiranya Kereta Anda Tenggelam Ke Dalam Air

kereta tenggelam



Mungkin anda pernah mengalami situasi cemas ini sendiri, dan ada yang hanya mendengar kes ini berlaku melalui berita. Walaupun kes seperti ini jarang berlaku, ia amatlah penting untuk kita mengetahui bagaimana untuk mengatasi rasa cemas dan bertindak dengan bijak. Anda mungkin berfikir ia tak akan terjadi kepada anda, namun, jika ditakdirkan anda berada dalam situasi ini, apakah yang anda akan lakukan?

Dianggarkan 400 orang mati setiap tahun disebabkan oleh kereta yang dinaiki tenggalam ke dalam tasik atau sungai selepas kemalangan, menurut data yang dikumpul oleh penyelidik dari Kanada, Gordon Giesbrecht. Ramai di antara mereka terperangkap di dalam situasi ini tidak tahu untuk berbuat apa untuk menyelamatkan diri, atau berbuat perkara yang tidak betul, ketika saat kereta mereka sedang tenggelam.



Januari lalu, seorang ustazah yang bekerja sebagai guru agama di Kolej Vokasional Besut, meninggal dunia kerana lemas, selepas kereta yang dipandunya terbabas dan masuk ke dalam parit di Jalan Paya Rawa, Kampung Raja, Besut pada pukul 1.30 petang. Mangsa disahkan meninggal dunia ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk dibedah siasat.

kes lemas

Sebenarnya, kejadian seperti ini boleh dielakkan jika kita sedar dan mengetahui cara yang betul dan apa yang perlu dilakukan jika kita berada di dalam situasi ini. Seorang pakar selam, Geoff Fahringer, telah menghasilkan sebuah video dan menunjukan apa yang perlu dilakukan ketika terperangkap dalam kereta, dengan menggunakan sebuah kenderaan lama dan memandu masuk ke dalam terusan yang berkedalaman 8 kaki.



Beliau berpengalaman selama lebih dari 10 tahun sebagai pasukan penyelamat menyelam untuk bahagian Collier County Sherrif di Kanada.

Menurut penyelidik, Gordon Giesbrecht, pokoknya, anda perlu menyelematkan diri anda sendiri jika kejadian ini berlaku kerana tidak akan sempat untuk menunggu penyelamat datang untuk menyelamatkan anda. 

"Kami memberi tahu orang ramai yang mereka perlu keluar daripada kenderaan tersebut sebelum air naik ke paras tingkap, itu hanya memberikan anda masa 30 hingga 60 saat selepas kenderaan masuk ke dalam air," kaa Gordon. Maksudnya, jangan cuba capai telefon anda apabila kenderaan anda telah masuk ke dalam air. "Jangan telefon 999, dari dalam kenderaan yang sedang tenggelam," tambahnya.



Berikan perhatian kepada video ini, dan kongsi artikel ini kepada orang yang tersayang. Anda mungkin dapat menyelamatkan nyawa mereka satu hari nanti, atau mungkin nyawa anda sendiri

‘RM900 Je Gaji Saya Bulan Ni Sayang’ – Suami

Setiap wanita pastinya mengimpikan seorang suami yang bukan sahaja mencintai dirinya. Malah, mempunyai keperibadian yang tinggi.



Bayangkan saja jika dia tidak mengenali keperibadian anda tetapi anda pula akan hidup bersamanya sehingga akhir hayat? Bukan mudah untuk menjadi suami mithali yang melaksanakan segala tanggungjawab sebagai seorang suami.

Hormatilah dan hargailah segala pengorbanan suami itu. Baca berikut perkongsian Miss A berikut ini.



Saat aku menulis di page confession ini, suami yang tercinta sedang nyenyak tidur. Aku peratikan saja suami aku. Banyak yang dia dah berkorban untuk aku. Untuk aku dan bayi pertama kami, dia nampak penat sangat.

Mana taknya, dia lah breadwinner dalam keluarga kecil kami. Aku dibuang kerja dulu masa mengandung, tapi aku ada buat bisnes kecil-kecilan dari rumah. Dapat lah tolong suami sikit sebanyak bila dia tak cukup.



Suami aku, bukan saja tenaga yang dia korbankan. Tapi masa, wang ringgit dia yang tak seberapa ada tu pun dia korbankan untuk aku dan anak.

Aku jatuh sakit dan dia lah yang banyak mengorbankan segala yang dia ada untuk tengok aku pulih semula.



Baru-baru ni, dia tertunggu tunggu gaji dia, setiap jam log in log out account cimb clicks dia. Bila gaji finally masuk, aku tengok dia tergamam depan skrin handphone.

“RM900 je gaji saya bulan ni syg” Katanya perlahan. Baru teringat yang bulan lepas, dia banyak ambil cuti untuk menjaga anak kami, dan aku yang tengah sakit.



Sebak aku tengok muka dia aku tak dapat nak describe macam mana, bergenang air mata tapi aku tahan kan aje. Nasib dia masih pandang ke skrin handphone dia, kalau dia tengok muka aku mesti dia cakap “Jangan risau”. Dalam 15 minit lepas tu, aku tengok mulut dia ada terkumat kamit.

“Alhamdulillah” dia kata, sambil sapu tangan ke muka. Lepas tu dia pandang muka aku, senyum kelat.

Katanya padaku, “Alhamdulillah sekurang-kurangnya saya ada gaji. Tapi macam mana saya nak bayar duit kereta dengan duit rumah ni eh?”

Aku sedih. Aku sedih sebab aku tak ada jawapan. Aku hanya mampu usahakan dengan bisnes kecil-kecilan aku ni untuk bantu dia.

Aku ada apply jobs through jobstreet memandangkan aku dah bersalin, dan dah habis pantang. Tapi belum sihat sepenuhnya.

Mungkin belum rezeki aku, baru satu dua company yang reply tapi belum panggil interview. Mudah-mudahan ada la tu nanti rezeki untuk kami sekeluarga.



Sejak dia tanggung aku sepenuhnya, sejak dia buat segala kerja rumah tanpa merungut- basuh baju, sidai baju, sapu rumah, mop rumah, kemas dapur, lipat baju walau pun senget benget, you name it, dia lah yang buat semua.
Malah siap tolong urutkan kaki, badan aku yang kesakitan lepas dia balik dari kerja, aku selalu ucapkan terima kasih pada dia. Tapi dia hanya diam. Dia tak balas satu apa.

Sampailah satu hari tu masa dia tengah urut kaki aku, dia kata,

“Awak tak perlu la ucapkan terima kasih dekat saya, saya tak suka. Sebab tu saya diam je” Aku cakap pada suami..“Dah awak tolong saya macam-macam, tanggung makan minum saya, so saya ucapla terima kasih.

Macam kalau kita buat salah kat orang, kita minta maaf kan, ni kita bersyukur ada orang tolong so kita cakap la terima kasih.”

Suami balas,

“Itu tanggungjawab saya syg”

Jawab aku pula,

“Memang tu tanggungjawab awak, tapi awak tau tak berapa ramai suami kat luar sana walaupun diorang tau apa tanggungjawab diorang tapi diorang tak buat pun? Tapi awak buat, sebab tu saya berterima kasih”

Suami aku hanya diam.



Sungguh, saat ni aku sangat bersyukur dikurniakan suami sepertinya. Aku tak tau apa masa depan kami, adakah kami masih akan bersama ataupun tidak, berapa lama jodoh kami berdua akan bertahan, semua nya rahsia Allah!

Apa yang aku tau, di saat ini, waktu ini, inshaAllah dengan izinNya aku takkan sia-sia kan masa yang aku ada bersama suami aku. Bersabarlah wahai suami, inshaAllah ada rezeki yg lebih baik untuk kita sekeluarga nanti.

Buat suami, aku tak mengharapkan kemewahan, cukup lah apa yang ada ni asalkan halal, dan diredhai Allah. Terima kasih di atas segala-galanya yang telah kau korban kan untuk aku.

Aku tak pernah sangka yang kau sanggup ada dengan ku di saat aku tengah jatuh. Walaupun kita dah mengenali satu sama lain dari zaman universiti. Aku tak pernah sangka sebab dari kecik aku diajar untuk tak mengharapkan sesiapa, kecuali diri sendiri dan Allah. Tapi aku silap, kau lah yang ada dengan aku, kau saja lah yang setia.

Post ini bukan aku nak memuji suami berbukit-bukit semata, tapi hanya sekadar luahan hati kecil aku. Setiap kali pandang muka nya bila tengah tidur, hati aku jadi sebak. Aku yang kekononya kuat di siang hari, jadi lemah bila malam.



Wahai suami-suami di luar sana, laksanakan lah tanggungjawab kamu sebagai seorang suami, bahagiakan lah isteri mu, senang kan lah hati dia, sama-sama lah didik anak-anak untuk menjadi anak-anak yang baik, taat dan mendengar kata.

Bila sang isteri redha, bahagia dan beryukur dengan kehadiran mu, inshaAllah rezeki mu akan melimpah ruah dengan izinNya sebab isteri akan sentiasa mendoakan segala yang terbaik ada di muka bumi ini, hanya untuk kamu wahai suami. – MissA

Sumber: Utara News

"Kenali diri sendiri sebelum mengenal orang lain."

Manusia Ada Pelbagai Wajah....



Biasa dengar ayat begini? Adakah kita benar-benar mengenali diri sendiri ataupun kita sebenarnya tak tahu pun siapa diri kita? Adakah kita tahu mengapa kita lakukan perkara yang kita pilih untuk lakukan? Apa yang mempengaruhi minda, sifat dan tindak-tanduk kita?

Pakar psikologi telah lama cuba mencari jawapan bagaimana kita melihat dunia dan apakah faktor yang mempengaruhi tingkah laku kita. Kami kongsikan 3 penemuan psikologi yang mungkin mengubah cara anda memahami diri sendiri.



#1 Setiap manusia ada potensi untuk jadi jahat
Ini merupakan eksperimen yang paling terkenal dalam sejarah penyelidikan psikologi sehingga ia dijadikan filem box office. Satu kajian pada tahun 1971 dijalankan oleh penyelidik dari Stanford University dengan menyediakan penjara olok-olok di tingkat bawah tanah bangunan fakulti psikologi.

Seramai 24 orang pelajar yang mempunyai rekod bersih dan tidak mempunyai sebarang masalah mental dipilih untuk berlakon sebagai banduan dan pengawal. Penyelidik kemudian membuat pemerhatian terhadap banduan yang perlu tinggal dalam sel penjara selama 24 jam setiap hari dan juga pengawal yang bekerja syif selama 8 jam melalui litar kamera CCTV terlindung.



stanford prison experiment

Eksperimen yang sepatutnya berlangsung selama 2 minggu itu bagaimanapun terpaksa dipendekkan kepada 6 hari sahaja kerana sikap pengawal yang suka mendera tahanan. Pengawal didapati bersikap ganas terhadap banduan dengan membogelkan banduan, meletakkan beg penutup di atas kepala dan mengajak mereka membuat hubungan seksual.

Ada juga pengawal yang mengakibatkan penderaan psikologi kepada banduan sehingga mereka mengalami stres dan keresahan. Eksperimen itu dihentikan dengan segera kerana ia menjadi di luar kawalan.

Membuatkan kita terfikir, adakah kita juga akan membuat dan melalui perkara yang sama dalam situasi sebegitu?


#2 Kita tak sedar pun apa yang berada di hadapan mata
Anda rasa anda benar-benar tahu dan peka dengan apa yang terjadi di sekeliling anda? Mungkin tidak.

Pada tahun 1998, penyelidik dari Harvard dan Kent University mensasarkan pejalan kaki di kampus untuk mengetahui bilangan orang yang peka dengan keadaan sekeliling. Dalam eksperimen itu, seorang pelakon upahan dikehendaki bertanyakan arah jalan kepada orang yang lalu-lalang secara rambang.



buta perubahan eksperimen manusia tak sedar

Semasa memberikan arah jalan kepada insan yang 'kesesatan' itu, dua lelaki yang membawa pintu kayu besar akan berjalan di antara pelakon dan pejalan kaki tersebut sehingga menghalang pandangan sesama sendiri buat beberapa saat. Pada ketika inilah pelakon upahan ini digantikan dengan pelakon yang lain. Pelakon baru ini mempunyai ketinggian dan bentuk badan yang berlainan. Selain itu, dia juga mengenakan pakaian berbeza, mempunyai potongan rambut dan juga suara yang berlainan.

Apa yang memeranjatkan, separuh daripada bilangan peserta eksperimen ini tidak sedar pun mereka bercakap dengan orang yang berbeza!

Ujian ini menjelaskan fenomena "buta perubahan" yang membuktikan bagaimana otak kita selektif untuk mengingati maklumat yang kita dapat secara visual.


#3 Perasaan susah mengawal diri

Pada akhir tahun 60-an, satu kajian terkenal dari Stanford University telah menjalankan eksperimen 'menahan diri' ke atas kanak-kanak. Dalam eksperimen terbabit, kanak-kanak berusia 4 tahun diletakkan dalam sebuah bilik seorang diri. Di hadapan mereka ada satu pinggan kecil yang berisi seketul marshmallow.

Penyelidik telahpun berpesan kepada setiap kanak-kanak ini bahawa mereka boleh memilih untuk memakan marshmallow tersebut sekarang, ataupun boleh menggandakan bilangan marshmallow sekiranya mereka berjaya menunggu selama 15 minit sehingga penyelidik datang kembali ke bilik tersebut.

ujian marshmallow kanak kanak

Walaupun majoriti kanak-kanak itu menjawab yang mereka akan menunggu kerana ingin makan dua ketul marshmallow, semasa tempoh menunggu, mereka bergelut dengan perasaan dan akhirnya tidak dapat bertahan lama. Kanak-kanak ini beralih arah dan terus memakan seketul marshmallow itu.

Kanak-kanak lain yang berjaya menahan diri kesemuanya menggunakan taktik mengelak seperti berpusing ke belakang atau menutup mata. 



Implikasi tingkah laku kanak-kanak ini sebenarnya sangat penting. Hal ini demikian kerana kanak-kanak yang mampu menahan nafsu dan melengah-lengahkan kepuasan ini tidak menjadi obes, tidak mempunyai masalah ketagihan dadah ataupun masalah perilaku apabila meningkat remaja dan lebih berjaya apabila dewasa.


Tertinggal RM50K Dalam Pesawat



Datuk Aliff Syukri Kamarzaman baru sahaja balik dari mengerjakan ibadah umrah bersama-sama ahli keluarganya di Tanah Suci

Namun, semasa sampai di tanah air, ‘Abang Terlajak Laris’ ini tertinggal beg tangannya yang mengandungi duit RM50,000 di dalam pesawat Malaysia Airlines.



Menurut Aliff, dia terlupa mengambil begnya itu yang diletakkan di tempat duduk pesawat setelah sibuk menguruskan neneknya yang berkerusi roda dan hanya menyedari ketiadaan beg tersebut selepas satu jam mendarat dan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah kediamannya.

Dalam pada itu, Aliff bernasib baik apabila seorang pramugara yang dikenali sebagai ‘Encik Zol’ membantu menyimpan beg tersebut.



“Saya bawa sekali nenek menunaikan umrah dan menguruskannya keluar dari pesawat.

“Saya terlupa dan tertinggal beg berisi duit RM50,000 dalam kapal terbang. Lepas sejam, ketika dalam perjalanan pulang baru saya sedar beg tiada.

“Saya bawa sekali nenek menunaikan umrah dan menguruskannya keluar dari pesawat.

“Kelam kabut saya patah balik dan rupa-rupanya nya abang pramugara tolong simpankan. Saya memang puji sikapnya yang jujur kerana tiada langsung wang saya dalam beg itu hilang,” katanya kepada Harian Metro.

Menerusi laman Instagramnya, Aliff turut memuat naik gambar swafotonya bersama pramugara tersebut dengan kapsyen ucapan penghargaan terhadap Zul.



“Inilah wajah peramugara Malaysia Airlines yang jujur… Ya allah bersyukurnya saya… sebenarnya dompet saya tertinggal di dalam kapal terbang dia pulangkan dengan keadaan yang baik selepas 30 minit. Saya ingat dah tak dapat dah lah. Susahkan nak jumpa orang yang jujur macam mamat ni betul tak??” tulis Aliff.

Apa pun, semoga insiden ini menjadi pengajaran buat Aliff supaya lebih berhati-hati.