Monday, May 1, 2017

"Matang, Bukan Milik Orang Berusia."



"Apa impian dan cita-cita awak, Irfan?" Saya masih ingat, sewaktu cikgu tanyakan itu, kami sekelas berusia 14 tahun. Tenang, saya jawab, "Saya nak kahwin umur 25." Maka pecahlah hilai tawa kelas itu.
.
- "Miang betul kau."
- "Dah kau kenapa tak sabar jadi laki orang?"
- "Haha rileks lah, nikmati zaman remaja ni."
- "Udah-udahlah berangan jiwang oi..."
.
Pada waktu itu, saya tidak temui walau seorang pun manusia, yang melihat ini dari sisi positif, kecuali seorang ini, iaitu,
Al Irfan Jani, yang sekarang.



Akhirnya, pada usia 25 tahun, Allah izinkan saya lalui jua Pintu Perkahwinan ini. Hinggakan, sewaktu bersalaman kadi, saya sendiri pun sebak (ibu saya pun menangis - tengok anaknya mengalir airmata).
Kerana, momen diketawakan pada belasan tahun dulu, bermain di kepala.
Sebenarnya, saya amat bersyukur.

Tak sangka.
Maha Hebatnya Allah, kerana ilhamkan saya dengan impian visual yang SEJELAS itu. Detail. Di saat saya masih belasan tahun.

This is the power of VISUAL DREAM.

"Matang, bukan milik orang berusia. Walau ia ditimba dari perigi masa. Dari jalan pengalaman, atau di taman cinta. Matang selayaknya milik orang yang melihat masa depan."
Saya tak ingat dari mana saya baca ini sewaktu kecil.
Tapi, kata-kata itulah yang jadikan Al Irfan Jani seperti sekarang. Selain buku-buku HAMKA, Othman Puteh, Usman Awang, dll.



Mereka yang ketawakan saya dulu, malah dia lebih dari apa yang ditawakan mereka. Dengan awek, marka, buah hati, mataher (mata air).
Sedangkan saya, tiada rekod bercinta di zaman sekolah.
Kerana, saya punyai VISUAL DREAM yang kedua.
Selain berkahwin usia 25 tahun, saya juga pasang impian menuntut ilmu ke Jepun dengan biasiswa.
Jika ditanyai pada kenalan sekolah, mereka pun tahu, betapa fanatiknya saya dengan dua impian ini. Saban hari, saya ulangi DREAM STATEMENT ini pada mereka. Berkali-kali.

Alhamdulillah, itu juga dicapai lebih dulu dari impian satu.
Yang ini pun, antara momen sebak dalam hidup saya.
Sebab saya bukan orang pandai. Kena belajar lebih masa. Tidur kurang masa. Buat latihan bertubi-tubi. Jenis otak lambat pikap.
Lain kali saya ceritakan. Panjang stori macam mana saya dapat ke Jepun. Semua ini atas pertolongan Allah jua.



Akhirnya, inilah bukti dari hadis Rasulullah (selawat atas Baginda),
"Ana 'Inda Zhanni 'Abdi" maksudnya, "Aku (Allah) mengikut sangkaan Hambaku." - Muttafakun Alaih
Maha Baiknya Allah. Maha Kasih Sayang-Nya Dia.
Dia 10 kali lebih dekat dari 1 kali kita dekati-Nya. T_T
THE POWER OF VISUAL DREAM
Mulai sekarang, lupakan yang lalu, dan jadilah matang.
Seperti yang disebut tadi, "Matang, adalah milik mereka yang 'melihat' (Visualkan) masa depannya."

- Senaraikan impian
- Punyai tempoh masa
- Realistik
- Gambarkan
- Zahirkan "Dream Statement"
- Gunakan perkataan positif, SAYA MAHU, SAYA JADI, SAYA DAPAT,
- Elakkan perkataan negatif, TAKNAK MAHU, taknak jadi macam, Tidak, <<<ini ramai buat silap.
- Buang perkataan KALAU, AKAN, NANTI. << ni pun ramai yang selalu lupa.
- Tulis, ulang, dan sebut, setiap hari.
- Doa, usaha, dua-dua kena kuat.

Secara tak langsung, otak dan tubuh kita akan bekerja ke arah itu.
Allah akan lorongkan rezeki di jalan-jalan itu. Temukan dengan orang yang betul. Menguji dengan hikmah yang baik.
Bukan setahun dua punya kerja ni. BELASAN, malah puluhan tahun punya perjalanan.
Nampak tak, betapa Maha Baiknya Allah.



So, apa tunggu lagi.Ambil pen dan kertas.

Tulis

VISUAL DREAM STATEMENT
Abaikan mulut-mulut orang, yang katakan kita TERLALU POSITIF. Impian itu percuma. Masa kita capai impian tu pun nanti, bukannya dia ada pun di sebelah kita.


Sumber: Al Irfan Jani



Order sekarang HARI INI JUGA!!

Untuk dapatkan harga promosi:

TAIP: "NAK HARGA PROMOSI 2 BOTOL"
TAIP: "NAK HARGA PROMOSI 2 BOTOL"
TAIP: "NAK HARGA PROMOSI 2 BOTOL"

WHATSAPP KE:

+6011-11966553
+6011-11966553
+6011-11966553