Tuesday, May 2, 2017

Kata Mat Saleh tentang Gaya Pemanduan Orang Malaysia.



Selalu kita dengar cerita orang tentang trafik di Indonesia yang amat mengerikan ataupun betapa dahsyat pemanduan warga Ho Chi Minh.

Kita juga suka merantau ke Jepun atau negara-negara di benua Eropah yang dikatakan paling bertamadun. Kita seringkali rasa kagum dan terpegun dengan budaya mereka. Sikap dan tingkah laku mereka selalu kita julang, kita puji, kita angkat, tetapi adakah kita bawa pulang ke tanah air dan amalkan apa yang mereka buat?

Dan apa pula kata orang luar tentang trafik dan pemanduan di Malaysia? Adakah kita sudah cukup berhemah? Mari kita tinjau:

IKLAN


1-Motosikal.

"It may seem some of the motorcyclists here feel like they own the road, or even behave like a bicyclist as they will drive on the sidewalks or drive the wrong way down one-way streets. Being the first one at the front of the traffic lights doesn’t mean you’ll be the first one to pass through the light, either, as motorcyclists squeeze through the tiny gaps between the multiple lanes of cars waiting behind you until find yourself settled behind an army of motorcycles. Changing lanes is oftentimes thwarted by an ill-timed motorcycle zipping by just as you see your chance open up."

Penunggang motosikal di sini merasa seperti mereka memiliki jalan raya dan berkelakuan seperti penunggang basikal kerana mereka akan memandu di kaki lima atau memandu dari arah yang bertentangan di jalan sehala.

Sekiranya kenderaan anda berada paling hadapan di lampu isyarat, tidak bermakna anda akan menjadi yang pertama untuk bergerak apabila lampu bertukar hijau. Penunggang-penunggang motosikal ini akan datang berhimpit-himpit antara celahan kereta, sedar tak sedar anda telahpun berada di belakang sekumpulan penunggang motosikal.

IKLAN


Apabila hendak menukar lorong, penunggang motosikal seringkali berdesup laju secara tiba-tiba dan menghalang anda daripada mencelah.

2-Papan Tanda & Lampu Isyarat.

"Car drivers rarely respect signs. This means that in Malaysia the red light sign (where cars should stop) is just another shade of green! Usually you will have one or two cars not stopping at the red light, so you have to be careful."

Pemandu kereta jarang sekali mematuhi papan tanda. Di Malaysia, lampu merah (di mana kereta perlu berhenti) sebenarnya bermaksud satu lagi warna hijau! Biasanya mesti akan ada satu atau dua buah kereta yang tidak berhenti di lampu merah, jadi anda perlu berhati-hati.

IKLAN


3-Keselamatan.

"Always watch out for your safety. If you're driving into Malaysia, then you might not want to wind down your windows on the highway because this might invite motorcyclist robbers. Also, do take note of your personal belongings at all times, theft and robbery incidences are still quite high."

Sentiasa berhati-hati dengan keselamatan diri anda. Jika anda memandu ke Malaysia, jangan turunkan tingkap di jalan raya kerana ini boleh mengundang perompak yang menunggang motosikal. Selain itu, sila jaga barang-barang peribadi anda pada setiap masa. Kejadian kecurian dan rompakan agak kerap berlaku.

Sesungguhnya kita memang tidak akan dapat mengubah perangai dan tabiat pemanduan orang lain, tapi setiap perubahan bermula daripada diri kita sendiri. Ayuh kita mulakan tabiat pemanduan secara berhemah. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat bantu mengurangkan statistik kemalangan dalam negara.

IKLAN


Akhir kata, pandulah secara berhemah. Ingatlah orang yang tersayang.

==============================================

ANDA INGIN IKLANKAN DAN VIRALKAN PRODUK ATAU SERVIS ANDA SEPERTI INI??

WHATSAPP SEGERA KE:

+6011-11966553
+6011-11966553
+6011-11966553


KAMI MEMPUNYAI MEDIUM ONLINE SEPERTI
INSTAGRAM,FACEBOOK DAN BLOG
YANG MAMPU VIRALKAN PRODUK DAN SERVIS ANDA!


No comments:

Post a Comment