Perkhidmatan itu juga mendapat perhatian daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Mufti Selangor sehingga satu arahan untuk menghentikan operasi servis tersebut telah dikeluarkan.
![]() |
Iklan |
Pemilik valet doa, Mohd Nasrin Harin kini akur dengan arahan tersebut dan buat masa sekarang dia menunaikan hajat dengan mendoakan kebaikan ke atas pengirimnya di Mekah secara percuma tanpa sebarang syarat.
Mohd Nasrin yang menunaikan umrah sejak dua minggu lalu memberitahu Mstar, kali ini pemergiannya ke sana secara peribadi tanpa membawa ahli keluarga ataupun khidmat berbayar.
![]() |
Iklan |
“Di sini saya doakan yang baik-baik saja, untuk kesihatan, keberkatan rezeki, ketetapan iman dan diberikan taufik dan hidayah."
“Kiriman doa orang lain pun ada, biasanyakan begitu…dikirim oleh orang lain kepada orang yang nak ke Makkah, tapi saya tak letakkan harga, terpulang kalau ada yang nak sedekah.” ujarnya lagi."
![]() |
Iklan |
Mohd Nasrin turut memberitahu dia membaca doa dan hajat mereka yang mengirimkannya di lokasi-lokasi umum dan pada masa yang ada, tambahnya amalan tersebut turut dilakukan oleh jemaah yang lain.
![]() |
Iklan |
No comments:
Post a Comment