Thursday, April 20, 2017

KAJIAN: Warna Kuning Buatkan Anda Rasa Bahagia!



Jika anda alami tekanan atau masalah kemurungan, apa yang akan anda lakukan? Setiap orang mempunyai cara berbeza untuk melepaskan tekanan tersebut.

Namun, kajian terbaru mendedahkan, tekanan dan depresi boleh dikurangkan secara berkesan menerusi penggunaan warna kuning dalam kehidupan harian seseorang.

Iklan


Kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Medical Research Methodology mengatakan, warna kuning dipercayai mampu meningkatkan rasa bahagia seseorang.

Hasil kajian itu juga mendapati warna-warna gelap seperti hitam dan kelabu membuatkan individu berasa dekat dengan kecemasan serta kemurungan.

Iklan


“Bagi menghindarkan daripada rasa murung, guna warna kuning untuk mengecat ruang kerja, bilik mandi, ruang makan atau sudut-sudut tertentu di dalam rumah untuk membangkitkan mood gembira,” kata laporan itu.

Iklan




No comments:

Post a Comment