Wednesday, April 12, 2017

Henti Beri Wang Kepada Pengemis

Henti beri wang kepada pengemis Antara pengemis  yang dikesan meminta sedekah di kawasan sebuah bank.



KUALA TERENGGANU – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) minta orang ramai henti memberi sedekah kepada pengemis, peminta sedekah dan juga gelandangan yang berkeliaran di Bandaraya Kuala Terengganu, bagi memastikan bandar raya ini bersih.

Pegawai JKM Kuala Terenganu,  Zainal Omar berkata, pihaknya optimis dalam usaha bagi mengurangkan aktiviti tersebut di bandar raya ini daripada masa ke semasa selaras dengan Tahun Melawat Terengganu 2017 atau ‘Visit Beautiful Terengganu’. 

   

Menurutnya, pihaknya juga bertindak sebaik sahaja aduan diterima tetapi mereka bijak meloloskan diri apabila menjalankan aktiviti secara bergerak dari satu tempat ke satu tempat.



“Kita minta kerjasama daripada orang ramai sendirilah, berhentilah memberi (sedekah). Jika kita masih memberi (memberi sedekah), ibaratkan (kita) menggalakkan aktiviti tidak sihat ini berlaku di tempat-tempat tersebut


“Masih terdapat cara lain untuk kita menyalurkan sumbangan kita kepada masyarakat seperti derma di masjid-masjid dan juga kepada agensi yang berkaitan ,” katanya kepada Sinar Harian semasa diminta mengulas berhubung aktiviti meminta sedekah yang masih berlaku.



Malah, beliau juga tidak menolak kemungkinan mereka adalah individu yang sama sahaja walaupun telah diberi amaran.

Zainal berkata, sebahagian besar atau boleh dikatakan 95 peratus kalangan mereka ini sudah menerima bantuan sama ada daripada JKM sendiri atau melalui zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Sementara itu, pihaknya juga sering menerima aduan berhubung pengemis, peminta sedekah di kalangan warga asing tetapi tindakan tidak boleh diambil kerana di bawah bidang kuasa agensi lain dan hanya bertindak memberi amaran sahaja.

No comments:

Post a Comment