Thursday, April 6, 2017
24 April Diisytihar Cuti Umum
Bersempena dengan Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V yang akan berlangsung pada 24 April (Isnin), kerajaan telah mengisytiharkan ia sebagai hari kelepasan am tambahan untuk seluruh negara.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa memberitahu Harian Metro, pengisytiharan ini dilakukan berpandukan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Manakala bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri telah diminta membuat tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing.
“Kerajaan akan mengadakan dua acara utama sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang dilantik pada 13 Disember 2016 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan 12 Disember tahun lalu.
“Pada pagi Isnin, 24 April, Istiadat Pertabalan akan diadakan di Balairung Seri Istana Negara manakala pada sebelah malamnya Majlis Santapan Diraja di Dewan Santapan Istana Negara.
“Di samping itu, Bacaan Yassin, Doa Selamat dan Solat Hajat akan diadakan pada Khamis, 20 April di Masjid Putra, dan Pameran Raja Kita akan diadakan pada Selasa, 2 Mei di Muzium Diraja (Istana Negara lama),” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment