‘Maafkan saya ibu, ampunkan saya ayah’, itulah luahan gadis berusia 23 tahun melutut di hadapan kedua orang tuanya setelah didakwa menjadi mangsa rogol oleh majikannya sendiri di Oman, Arab Saudi dua tahun lalu.
Gadis kampung yang berasal dari negara seberang ini berkata, dia bekerja sebagai tenaga kerja wanita di negara itu semata-mata untuk membantu keluarganya yang hidup susah di kampung.
Mangsa ditempatkan dengan majikan yang dikenali sebagai Khaliq Saidi, akan tetapi keadaan menjadi pilu apabila mangsa diperlakukan seperti hamba hingga dirogol berkali-kali dan mengandung.
Tak tahan dengan perkara itu, mangsa kemudian lari dan membuat laporan di kedutaan Indonesia di Oman. Gadis itu kemudian di hantar balik ke Indonesia dan sampai ke kampung halamannya pada 18 Mac lalu.
‘Saya sangat sedih melihat keadaannya, dia telah meminta maaf kepada ibu bapanya kerana balik dalam mengaibkan’ memetik dari sumber.
Menurut sumber yang sama juga, mangsa sebelumnya dipaksa oleh suspek untuk menggugurkan kandungan yang sudah pun berusia 8 bulan. Namun, mangsa menolak dan melarikan diri dari rumah majikannya itu.
Bagaimanapun, ibu bapa mangsa meminta bantuan bagi mana mana pihak yang mampu untuk menuntut keadilan terhadap anak gadis mereka.
No comments:
Post a Comment