![]() |
Gambar Hiasan |
Dalam satu penyiasatan, pihak KGW News telah menghantar surat kepada 86 orang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara akibat kesalahan pecah rumah di Oregon Department of Corrections. Banduan-banduan tersebut telah diarahkan untuk menjawab 17 soalan berkenaan bagaimana mereka memecah masuk rumah, bila jenayah itu berlaku dan apa yang mereka mahukan ketika melakukan jenayah tersebut.
Berikut merupakan ringkasan jawapan yang mereka terima:
![]() |
Iklan |
1. Bagaimana biasanya anda memecah masuk ke sebuah rumah atau apartment?
Kebanyakkan daripada mereka memecah masuk melalui pintu atau tingkap yang tidak dikunci. Sesetengah masuk dengan cara memecahkan pintu.
"Saya biasanya akan pecahkan pintu, daripada pecahkan tingkap kaca. Bunyi yang kuat itu lebih selamat daripada bunyi kaca pecah, dan juga ada risiko terluka akibat pecahan kaca," kata seorang banduan."
2. Setelah berjaya memecah masuk, apakah benda pertama yang anda cari?
![]() |
Iklan |
Barang kemas, barang elektronik seperti telefon bimbit, kad kredit adalah barang-barang tumpuan pencuri. Mereka juga sukakan himpunan koleksi dan juga pistol.
"Ada stiker NRA (National Rifle Association) di bumper kereta tuan rumah, sudah pastinya banyak senjata api untuk dirompak," jawab seorang daripada mereka."
3. Ke manakah anda mencari barang-barang berharga yang tersembunyi?
![]() |
Iklan |
Kebanyakkan pencuri mula mencari barang berharga di bilik tidur utama, kemudian bergerak ke seluruh bahagian rumah.
"Di semua tempat! Daripada dapur hingga ke peti sejuk, ke tangki ikan dan tangki tandas, rak buku dan malah dalam kotak bijiran sarapan pagi," kata seorang banduan."
4. Bilakah masa yang paling anda suka untuk memecah masuk?
![]() |
Iklan |
Pencuri lebih suka masuk awal pagi atau petang.
"Di antara pukul 12.30 tengahari dan 2.30 petang. Sesiapa yang balik rumah untuk makan tengahari sudah pasti tiada lagi di rumah dan kanak-kanak pula biasanya masih di sekolah," kata pencuri"
5. Adalah penggera keselamatan atau papan tanda sekuriti yang diletakkan di depan rumah menghalang niat anda?
Mereka mempunyai beberapa pandangan. Ada yang mengatakan ia tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lain pula mengatakan mereka tahu cara untuk mematikan sistem keselamatan dan mengelakkan daripada dikesan oleh sistem keselamatan.
6.Jika ada kamera litar tertutup, adakah ia menghalang anda daripada memecah masuk?
![]() |
Iklan |
Biasanya, pencuri-pencuri ini bersetuju bahawa kamera sekuriti merupakan satu penghalang terbesar. Tetapi ada juga yang mengatakan yang ia merupakan petanda bahawa terdapat barang berharga di dalam rumah.
Ramai daripada banduan-banduan tersebut telah insaf. Mereka tidak mahu pemilik rumah menjadi mangsa.
"Terima kasih kerana memberi peluang untuk kami membantu dan memberikan nasihat yang boleh membantu orang ramai," kata sorang banduan."
"Saya takkan boleh kembalikan rasa selamat yang telah saya rosakkan kepada mangsa saya tapi saya boleh bantu elakkan orang lain daripada hilang rasa selamat mereka,"
![]() |
Iklan |
Order sekarang HARI INI JUGA!!
Untuk dapatkan harga promosi:
TAIP: "NAK HARGA PROMOSI 2 BOTOL"
TAIP: "NAK HARGA PROMOSI 2 BOTOL"
TAIP: "NAK HARGA PROMOSI 2 BOTOL"
WHATSAPP KE:
+6011-11966553
+6011-11966553
+6011-11966553
============================
ANDA INGIN IKLANKAN DAN VIRALKAN PRODUK ATAU SERVIS ANDA SEPERTI INI??
WHATSAPP SEGERA KE:
+6011-11966553
+6011-11966553
+6011-11966553
KAMI MEMPUNYAI MEDIUM ONLINE SEPERTI
INSTAGRAM,FACEBOOK DAN BLOG
YANG MAMPU VIRALKAN PRODUK DAN SERVIS ANDA!
No comments:
Post a Comment