Tuesday, April 25, 2017

Taman Tema Animasi Pertama Asia Kini Berada Di Ipoh



Taman tema adalah sebuah lokasi yang sering menjadi pilihan ramai untuk menghabiskan waktu cuti dengan berhibur dan melakukan aktiviti bersama keluarga ataupun rakan-rakan jadi tidak hairan setiap taman tema yang dibuka di Malaysia pasti mendapat sambutan yang memberangsangkan.

IKLAN


Setelah melalui proses pembinaan selama tiga tahun, taman tema animasi pertama Asia, Movie Animation Park Studios (MAPS) akan memulakan operasinya pada 26 Jun ini di Bandar Meru Raya Ipoh.

IKLAN


Dijangkakan tarikh pembukaan taman tema ini bersempena sambutan Hari Raya Kedua Aidilfitri dan pihak pengurusan taman tema menjangkakan ia akan menjadi tumpuan orang ramai yang sudah lama menanti-nantikan pembukaan taman tema animasi ini.

“Alhamdulillah, setelah tiga tahun akhirnya Maps akan dibuka pada 26 Jun. Hari Raya kedua. Kita juga terpaksa tunda pembukaannya kerana melakukan beberapa perubahan seperti lokasi Smurfs agar mengikut struktur terkini seperti di pawagam,” ujar Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Ramelle Ramli kepada Sinar Harian.

IKLAN


Taman tema animasi ini mengabungkan animasi popular tempatan dan luar negara seperti Boboiboy dan Smurf dan pelbagai permainan indoor dan outdoor akan disediakan untuk para pengunjung dengan tiket masuk yang berpatutan.

IKLAN


No comments:

Post a Comment