Friday, April 21, 2017

Lelaki Terselamat Dari Tembakan Apabila Telefon Honor 5X Miliknya......

Sekali lagi, telefon pintar keluaran China, Honor, mengagumkan pelanggannya dengan ciri istimewa 'tidak langsung'' -- kalis peluru.

Iklan


Awal bulan ini, seorang lelaki meninggalkan sebuah bank di Santiago, Chila bersama pakciknya selepas mengeluarkan tiga juta Pesos (RM20,000) dari akaun pencen pakciknya itu.

Ketika sedang meminum kopi, dua lelaki itu terkejut apabila tiba-tiba ditahan oleh tiga perompak. Lelaki muda itu cuba melawan tetapi ditembak oleh salah seorang perompak terbabit.

Iklan


Bagaimanapun, dia terselamat apabila telefon Honor 5X berada di tempat yang tepat untuk menahan peluru yang ditembak.

Menurut laporan The Paper, dua dari perompak itu telah ditahan manakala seorang lagi berjaya melarikan diri bersama wang.

Iklan


Kejadian yang hampir sama berlaku di Afrika Selatan tahun lepas apabila seorang peniaga ditembak di dada dalam jarak dekat namun terselamat apabila peluru terbabit ditahan oleh sebuah telefon Huawei P8 Lite yang disimpan di dalam poket.

Melihat kejadian sebagai potensi untuk pemasaran, Huawei menghadiahkan lelaki itu sebuah Huawei P9 Lite yang baru.

Iklan


Sumber: shanghaiist.com 

No comments:

Post a Comment