Tuesday, April 25, 2017

Inalillahwainailaihirojiun...



Saya dalam perjalanan balik dari MUAR ke Cyberjaya. Jalan di lebuhraya bermula dari Pedas sudah jammed teruk.
Waze Saya mengarahkan Saya utk keluar lalui Jalan pedas dan mengambil lebuhraya LEKAS. Tetapi hati Saya tak berapa sedap.
Sehinggalah sampai di exit senawang, Saya keluar dari lebuhraya dan mengambil LEKAS. Tetapi Saya pelik, Kali ini Saya pusing2 tidak bertemu Jalan nak ke LEKAS sprt biasa.


IKLAN


Maka saya berpatah balik ke lebuhraya PLUS, sehingga sampai lebih kurang 100m ke R&R Seremban, betul2 di hadapan kereta saya Honda BRV yg baru sahaja kemalangan bbrp Saat yg lepas, dan mangsa masih di dlm kereta.
Saya lantas berhenti di tepi Jalan dan mengarahkan isteri menjaga anak2 di kereta sementara Saya pergi menyelamatkan mangsa kemalangan.


IKLAN


Saya Mula memperkenalkan diri Saya sebagai seorg doktor, mengarahkan apa yg sepatutnya di Buat oleh org yg dtg membantu.
Kami mengeluarkan mangsa2 yg tersepit dan terperangkap dari kereta dengan cara yg sebaik mungkin. Saya memastikan cara memindahkan mangsa dlm keadaan yg betul.


IKLAN


Mangsa2 berdarah teruk dalam kereta, tersepit terutamanya mangsa di belakang, 
Isteri mengalami sakit dada, sukar utk bernafas dan rib fracture, 
Ayahnya kecederaan ringan, Tetapi mengalami trauma dan lupa ingatan amnesia, 
Anak lelaki pertama mengalami kecederaan di bahagian perut yg serious dan sgt kritikal, tidak sedar kan diri, GCS 3,
Anak keduanya mengalami pendarahan dari kepala yg tidak dapat diselamatkan, 
Anak kecil sekali hanya cedera ringan.

Sementara menunggu bantuan ambulans sampai di lokasi, Saya memberi bantuan sebaiknya kepada mangsa, sambil menenangkan org ramai dan juga mangsa yg trauma.
Bantuan ambulans lebih kurang 30 minit Baru sampai di lokasi, kemungkinan kerana Jalan yg sesak teruk. Dua ambulans sampai di lokasi.


IKLAN


Kemudian memberi bantuan bersama paramedic dgn secepat mungkin, memindahkan mangsa ke ambulans, memberi bantuan oksigen, sehinggalah mangsa2 di bawa ke hospital.
Terima kasih semua yg terlibat kerana membantu, tidak mengira bangsa, semua bekerjasama, Kami membahagi2 kan tugas bersama.
Kemudian melihat juga mangsa dari bas yg mengalami patah tangan utk di bawa ke hospital.


IKLAN


Tetapi Saya rasa sedikit kecewa apabila Pasukan Ronda PLUS, yg tulis first aid team, tidak mempunyai apa2 peralatan first aid apabila saya meminta utk saya memberi rawatan awal kemalangan.
Lesson learned, we still need to improve our pre hospital care especially in the highway.
Semoga Allah Terima jasa baik semua yg menolong dlm kemalangan ini dan mangsa bersama keluarga mangsa juga diberi kekuatan dgn ujianNya, dan Semoga diberi kesembuhan dan keselamatan.

Sumber FB: Ahmad Fairuz Mohamed

No comments:

Post a Comment