Thursday, April 20, 2017

Benjy ditahan polis Indonesia kerana miliki dadah

Benjy pernah ditahan beberapa kali kerana kes dadah sebelum ini.- Gambar fail


PELAKON Khaeryl Benjamin atau Benjy, ditahan pihak berkuasa Indonesia di Sumatera Utara, kerana memiliki dadah jenis syabu.



Portal Detik.com melaporkan, Benjy ditahan pada malam Selasa lalu sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Medan.

Benjy dilaporkan menyembunyikan syabu dalam lubang dubur ketika diperiksa pihak berkuasa.

Pelakon berusia 38 tahun itu dilaporkan berada di Medan atas urusan peribadi.

"Setelah dilakukan pemeriksaan, kami menemui dua bungkus syabu seberat 14 gram yang disembunyikan di bahagian dubur," kata pihak polis.

Iklan


Benjy memberitahu pihak berkuasa dadah itu dibeli dan dibawa dari Kuala Lumpur.

Benjy yang merupakan anak Allahyarham seniwati Azean Irdawaty, pernah ditangkap beberapa kali kerana kes dadah.

Iklan


Paling terbaharu, dia dibebaskan dari tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 28.99 gram pada April tahun lalu.

Iklan



No comments:

Post a Comment