Friday, April 21, 2017

Bapa Kelar Leher Anak Kerana Banyak Habiskan Masa Dengan Facebook

PHETCHABURI, THAILAND - Polis menahan seorang lelaki yang tergamak mengelar leher anaknya kerana berang anaknya banyak menghabiskan masa melayari Facebook, lapor Stomp. 



Joi (bukan nama sebenar), 41, mengaku melakukan perbuatan itu dan meninggalkan anak perempuannya berusia 13 tahun dalam keadaan cedera parah selepas dua beranak itu bertengkar, mangsa banyak menghabiskan masa melayari aplikasi Facebook dan Line yang kemudian mengurungnya di rumah sewa mereka, Ahad lalu. 

Iklan


Dia ditahan di pusat pemeriksaan di daerah Prachuap Khiri Khan Thap pada malam Ahad lalu ketika cuba melarikan diri dengan anak perempuan bongsunya. 

Joi mengakui dia menyerang mangsa selepas hilang sabar ketika bertengkar dengan anaknya itu.

Iklan


Menurut isteri Joi, suaminya tidak gemar melihat anaknya banyak menghabiskan masa dengan media sosial kerana bimbang akan memberi kesan negatif terhadap pembelajarannya.

Bagaimanapun, dia menafikan dakwaan kononnya mangsa diserang dan didera secara seksual oleh suaminya. 

Iklan


Mangsa dilaporkan telah pulih namun masih di bawah pengawasan pihak hospital. 

Polis berkata, pihaknya pernah mengeluarkan waran tangkap terhadap Joi yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan di daerah Muang Trang pada 14 Ogos 2007.

Iklan



No comments:

Post a Comment