Namun bagi seorang pemandu wanita ini, pengalamannya lebih melucukan kerana penumpang yang diambil itu ialah suaminya sendiri.
Pemandu yang menggunakan nama pengguna Cik Petir di Twitter, sempat berkongsi pengalamannya itu ke laman sosial berkenaan.
Turut dimuat naik adalah gambar suaminya yang duduk di tempat duduk belakang.
![]() |
Iklan |
Menurut ceritanya, Cik Petir sebelum itu menerima tempahan Uber di kawasan rumahnya.
Tanpa disangka, tempahan itu datang daripada suaminya sendiri.
![]() |
Iklan |
Dapat request uber kt area rumah aku. Tunggu punya tunggu sekali suami sendiri sebokla nak ikut aku mana aku nak pegi!!! KAU BAYAR EH
Apa yang mencuit hati adalah ekspresi wajah Cik Petir dan suaminya, sehingga netizen menjadikannya sebagai meme.
Gaya bahasa Cik Petir yang bersahaja 'menempelak' suaminya juga berjaya menggeletek hati pengguna laman sosial.
![]() |
Iklan |
No comments:
Post a Comment