Sudah pasti ramai antara kita sebelum ini mengimpikan satu percutian bulan madu yang indah dan mewah selepas kahwin, rata-rata ingin pergi keluar negara sebagai hadiah perkahwinan.
Namun, berbulan madu di tempat percutian terkenal sudah menjadi perkara biasa bagi ramai orang diluar sana, malah ada mereka sudah pergi merata pelusuk dunia.
Namun, bagi pasangan pengantin ini, mereka mengabadikan kenangan perkahwinan mereka dengan pergi bebulan madu dengan cara yang cukup 'rare', mana tidaknya, mereka telah bercuti bulan madu dengan mengelilingi Semenanjung Malaysia dengan hanya menaiki moto kapchai.
Pasangan Amy Zkamal dan isterinya Afizza Ajis dari Pulau Pinang ini, mereka telah membuat keputusan untuk mengabadikan bulan madu mereka sebagai rider dua tayar mengelilingi semenanjung Malaysia dengan menunggang motosikal Yamaha Y15ZR milik Amy Zkamal.
*Lenguh pungkoq oooii, pusing satu Semenanjung, Isteri dia memang hebat.
Mereka bergerak dari Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis dan Kedah.
Mission honeymoon ride 1 semenanjung..
Apa yang admin dapat cakap, misi 5 hari mereka bulan madu ini memang rare dan akan terpahat menjadi kenangan yang pasti tak dapat mereka lupakan, memang tak sama lansung dengan bercuti makan angin seperti orang lain, anda memang terbaik, tak ramai perempuan sangguh susah payah letih macamni, lelaki pun.
No comments:
Post a Comment